rss
email
twitter
facebook

Wednesday, August 29, 2012

Atok n nenek gi jalan KL

Hari ni memang dalam sejarah..mak,ayah,aku dan adik2 dapat tunaikan banyak hasrat atok ngan nenek..

Ayah dan mak dan ktorang semua ajak atok ngan nenek jalan2 sekitar KL..tp sebenarnya ktorang ajak diorang berdua jalan2 kat Time Square jek...

Hasrat atok ngan nenek nak sangat jalan2 kat salah satu pasaraya kat sekitar kl ni..bukan bermaksud sebelom ni ktorang tak pernah ajak diorang...banyak kali..tapi kebanyakkannya gi shopping..bukan jalan2 makan angin camtu jek..hehe

Atok nak sangt main permainan memanah "archery"...nasib baik kat time square ada pulak gelanggang benda alah nih..dan ktorang ajak atok main!..

Atok main 2 set skali gus...dah umur 75!!..tapi atok ada skil memanah yg sangat mengkagumkan!!...hampir semua anak panah kene tepat kat point tengah!!!...giler siol!hehehe

Lepas main archery,tiba2 nenek bersuara,"nenek teringin la nak naik keterapi yang berlegar atas kepala tu,rasanya ada kat kuala lumpur,nenek ada tgok kat drama gerak khas kat tv"...hehe..rupanya nenek aku menyimpan hasrat nak naik monorel...dan ktorang bercadang tunaikan hasrat tu!..yeahhhh!

So,ktorng bergerak ke hub monorel yg ada kat time square tu...sampai kat situ,baru perasan,takde kemudahan untuk disable people..nenek aku guna wheel chair...apa lagi,aku ngan adik2 aku gilir2 dukung nenek setiap kali jumpa tangga...ada gak yg angkat wheel chair nenek aku tu...

Tapi,bagus gak orang kita ni...kebanyakannya bagi kerjasama waktu atok nenek aku dalam monorel..diorang bagi laluan dan keutamaan pada atok dan nenek aku...so atok ngan nenek sangat selesa dalam monorel tu...

Perjalanan dari hub time square sampai ke setiawangsa dan patah balik ke time square..Atok n nenek aku dah berumur 75 dan 74...sangat kegum ngan monorel,kagum ngan pembangunan negara kita..hehe..

Aku rasa sangt lega...tersangat best dapat bawak atok n nenek naik monorel....dan diiringi anak dan cucu...walaupun diorang dari kampung,tapi sekurang2nya diorang dah rasa naik monorel n main archery...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, August 15, 2012

Kisah waktu kecik...aku dan ayah.

Aku saja nak tulis kisah ni dalam blog aku,supaya aku tak lupa n orang lain boleh baca...

Masa aku umur 7 tahun,darjah satu,mak dan ayah aku join persatuan Al-Arqam...aku tak pasti korang semua tau ke tak tentang persatuan ni...boleh google..pas join Arqam,mak aku tros pakai tudung labuh n berpurdah..ayah plak berserban dan berjubah.

Waktu tu hidup ktorang sekeluarga agak susah..sebab segala gaji yang ayah aku dapat harus diserahkan kepada pihak persatuan,supaya boleh diagihkan kepada semua ahli..semua org dalam persatuan pun buat camtu.

Tapi ayah tetap menjalankan tanggungjawab pada kelaurga kami.makan pakai,masih lagi cukup...cuma nak bermewah2 tu mmg takde la.

Satu hari,masa kat skolah,cikgu pendidikan seni mintak ktorang semua bawak water color pada esok hari sbb nak buat latihan lukisan..aku jadi susah hati.aku tau ayah takder duit...tapi aku teringin sangt nak water color tu..bukan apa,aku taknak malu depan kawan2 nanti.

Akhirnya,aku diamkan diri jek..esoknya aku tak bawak water color tu..sampai masa pendidikan seni,aku pinjam dari kawan sebelah...tapi budak sebelah aku tu kedekut sket..dia tak kasi aku guna banyak2...dia kasi aku guna 2 color jek..warna putih dan coklat..hehe..cam haram....

Disebabkan satu kelas tak siap lukisan,aktiviti melukis disambung ke minggu hadapan..

Kali ni aku taknak pinjam dari kawan sebelah aku tu..aku mesti mintak ayah belikan satu set water color...sampai rumah,aku ceritakan benda ni pada mak..dan mak ceritakan pada ayah.ayah hanya senyum...

Petang tu ayah pergi ke kedai..jangka aku,ayah mesti belikan set water color ptg tu..tak lama tu,ayah balik.aku perhatikan tangan ayah kosong.takder water color.aku agak keciwa..tp aku tak berani tanya ayah..aku senyap jek.malam tu aku tido awal sbb esok sekolah.

Pagi tu,mak kejutkan sembahyang subuh n siap2 untuk kesekolah...aku bukak mata..baru aku perasan ada bungkusan atas kepala aku...aku bukak...dan satu set water color....

Terima kasih ayah...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, August 10, 2012

Bila orang pandang kita dengan pandangan sinis....

Aku dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati...mak ayah dan adik2 aku selalu saling mengambil berat antara satu sama lain....jadi aku tak hirau sangt bila masuk ke dalam masyarakat...cuma ambik masa nak sesuaikan diri...

Hidup aku jadi murung bila aku mula2 ke sekolah..dari jauh pelajar lelaki dan perempuan selalu mengejek.."Budak lembut"...bukan budak jek yg cakap camtu,cikgu2 kat sekolah rendah cop aku dengan ayat tu..."lembut".

Aku jadi rimas,aku sakit hati,jadi murung...disebabkan tu,aku banyak habiskan masa seorang diri,melayari waktu2 persekolahan dalam dunia aku sendiri...takda kawan karib,takder teman sepermainan...

Aku jadi sangat tenang bila balik rumah..aku jumpa adik2 aku,jumpa rose sekeluarga...diorang tak pernah pandang aku sebagai lelaki lembut...aku dipandang sebagai abg yang menjadi tempat diorang berlindung,dan menjadi teman sepermainan yg tak pernah surut dengan gelak tawa...walaupun di sekolah tidak begitu,tapi dirumah aku gembira dengan kehidupan.

Masa berlalu..aku masuk ke sekolah menengah...berkenalan dengan kawan2 dari kawasan lain dan berbeza latar belakang...disini,"lembut" tak lagi menjadi teman "seperjuangan ku"...aku di pandang seperti orang lain,yang punya hati untuk maju dan memalui zaman persekolahan yang mengasyikkan...

Dan selepas tamat sekolah menengah,aku diterima masuk ke matrik...kat sini aku jumpa ramai bekas pelajar dari asrama penuh...hajatnya nak berkawan,tapi aku dengan mudah diketepikan dan tros di cop "lelaki lembut"....dan sekali lagi peristiwa hitam disekolah rendah menjadi permainan imaginasi aku....untuk meredakan tekanan,aku hidup dalam dunia aku sendiri..tapi syukur,roomate aku semuanya ok,tak pernah memandang aku "lembut yang hina"...dan sampai satu ketika,diorang turut dipulaukan disebabkan berkawan dengan aku dan menjadi teman sebilik aku.paling aku ingat bila student perempuan dengan terus memanggil aku "si lembut"...hina.

Kehidupan di matrik aku tinggalkan dan aku ke dunia siswazah...ok,syukur sangt...tiada yg menmandang aku lembut lagi...aku tak tau kenapa,tapi pada firasat mungkin aku dah tak lembut,atau diorang hormat dengan "kejadian" seperti aku...

Dan aku teruskan hidupku ke alam pekerjaan...aku menjadi engineer..6 tahun aku memegang title tu sebelum aku ditawarkan menjawat jawatan pensyarah di salah satu IPTA awam....dan ini lah aku sekarang....

Satu malam yg baik,aku disapa oleh seorang perempuan..."Awk ni nampak ensem tapi sayang awk lembut"..aku terkedu...dunia aku rasa sunyi...segala kenagan lama kembali menghantui aku...aku seperti dihukum lagi.....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone