rss
email
twitter
facebook

Sunday, September 16, 2012

Aku harus ceritakannya...

Malam tu aku rasa bosan,sangat bosan sampaikan aku sangup drive ke bukit bintang..kat sini ada satu cafe yg jadi tempat aku lepak..tenangkan diri....aku tau,ni bukan jalan yg betol utk hilangkan tekanan...tapi inilah aku,jangan judge lebih2....

Disebelah meja aku...seorang bro yg agak berumur..dia sorang dimejanya...aku anggukkan kepala,dia membalas.....dan tiba2 dia beralih tempat ke meja aku...terkejut,tapi aku biarkan...kami berkenalan.....haris namanya.

Kami bebual panjang..seperti ada keserasian...dari hal yg ringan,kepada perkara2 yang sensitif...termasuk lah cara hidup kami..perbualan yg sangt mengujakan...

Dia adalah duda,beranak 3,umurnya 50 tahun dan dia gay.....aku tergamam...rupanya perhatiannya diberikan pada aku dengan harapan aku dapan dipancingnya....tapi,setelah menerangkan siapa aku dan yg paling utama,aku bukan gay...dia lantas mengerti dan kami teruskan bicara...

Aku tertarik dengan cerita dia,bagaimana menjadi gay...menjadi insan bergelar ayah dan kemudiannya menukar haluan menjadi gay...

Dia berkahwin pada usia muda,selepas selesai pengajian diploma...bakal isterinya seorang arkitek,lulusan ijazah luar negara...demi cinta,dikahwini juga walau latarnya berbeza....tapi,demi untuk menandingi kedudukan isterinya,dia sanggup berusaha gigih untuk sambung belajar dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan...dan dia berjaya..

Pada tanggal 18 tahun usia perkahwinannya,dia dan isteri ke mekah untuk haji...isteri bertudung labuh selepas itu dan kehidupan sangat normal...mereka sering ke masjid berjemaah bersama dan dia menjadi lebih tawaduk pada yg Mencipta..

Perkahwinannya diteruskan sehingga tahun ke 20...malang,sejak awal diusia ini,isterinya sering mencari alasan untuk bergaduh...sering memperkecilkan dia..mebandingkan tarap pendapatan n pendidikan...dia dilayan seperti orang bodoh...dia sendiri tertanya2 kenapa di kala usia perkahwinan ini,dia diuji...kenapa bukan diawal perkahwinan dulu..

Akhirnya...bercerai,isterinya mendesak untuk cerai....dia terasa kosong...hidupnya hanya dihabiskan bersama2 anak dan isteri,tapi kini,dia terpaksa laluinya seorang...dia terasa kekok dan keciwa.

Sunyi...itu lebih tepat lagi...dia terasa fobia dengan wanita bekerjaya...baginya,selagi wanita bekerja,susah untuk menghormati suami...

Kesunyian terubat bila dia berjupa teman lama..juga duda...masing2 saling cuba untuk memenuhi ruang sunyi yang selalu ada...

Demi tidak mahu berasa sunyi,dia sering mengikut temannya ke mana sahaja...hingga mengunjungi kelab2 malam terkenal sekitar kl...pada awalnya dia resah,sebab itu bukan dirinya...tapi digagahkan juga,dengan alasan untuk tidak sunyi....

Dan...dikala sunyi yg sering tidak hilang,si teman mengajak mencuba benda baru...meniduri lelaki yg bergelar anak ikan..walaupun dia tau itu salah,tapi apa salah mencuba,bukan banyak,tapi hanya sekali..

Itulah titik perubahannya...dari seorang family men,rajin ke masjid dan sudah bergelar haji,bertukar menjadi mepuas nafsu lelaki...dia tidak menyesal dengan apa yg terjadi...malah rasa puas dapat bergelumang dengan ramai lelaki muda,terutama dari golongan model..

Tamat cerita dia..aku terdiam...dari adigan cuba memikat,aku akhirnya ditukarkan menjadi tÉmpat berbicàra dan meluah rasa n pengalaman yang dilalui...

Allah maha besar...dan sebenarnya,realiti adalah sangt menyakitkan...terlàlu banyak kisah manusia dan aku dapat mendengar salah satu dari kisah hambanya yg diuji...

Aku bersimpati dengannya...Allah tukarkan dia dari seorang yang naif dan konservetif pada agama,kepada seorang hamba yg patuh pada kehendak sonsang...

Aku beredar dari meja dan bersalam denganyya...aku pulang...dalam hati,masih tertanya2...bilakan dia akan berubah..sangat sayang jika dia teros bergelumang dengan dosa....

Doaku padanya,hanya satu...biarpun apa yg terjadi,biarlah dia masih dibawah rahmat Allah,amin.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone