rss
email
twitter
facebook

Monday, September 16, 2013

happy birthday...siapa yang patut di raikan?



malam semalam, aku teman mak borak2 depan tv...sambil layan drama kat astro, mak ada ceritakan tentang kisah sedara mara, apa yang berlaku pada adik beradik mak sekarang ni..kiranya mak update tentang keadaan makcik pakcik aku lah...

tiba2 terkeluarlah kisah sambut hari jadi...mak tak kisah orangnya..dan dia sangat open minded...ada orang yg pantang kalau tak sambut hari jadi, tapi bukan mak....walaupun camtu,setiap kali hari jadi mak, aku dan adik2 akan wish mak atau adakan sedikit sambutan kecil2lan untuk mak....

malam tu, mak bertanya satu soalan pada aku berbunyi.."kenapa setiap kali sampai time birthday, kita akan tunggu wish dari orang lain?..kalau ada orang tak wish, kita jadi tak berapa nak suka orang tu?..sebabnya orang tu tak ingat tarikh lahir kita...terutama kalau time hari jadi, teringin nak dapatkan wish dari suami, isteri, anak atau kawan2 rapat...tapi, apa pulak yang kita buat bila dah dapat semua wish tu?"......

ok......soalan mak aku blur tros...tak dapat tangkap dan aku bertanya pada mak apa idea mak....dan mak beri satu jawapan yang aku rasa time tu jugak aku nak ulang masa lampau dan buat apa yang mak buat...

ini jawapan mak....

"setiap kali sampai hari jadi mak, mak akan cari telefon sesegera mungkin dan mak akan telefon nenek dan atok...dan mak akan ucapkan "mak, hari ni hari jadi uda (panggilan untuk mak aku dalam family dia), uda nak ucapkan terima kasih sebab lahirkan uda, didik uda dan membesarkan uda selama ni..uda sayang mak....abah,uda mintak maaf kalau selama ni uda banyak susahkan abah, uda nak ucapkan terima kasih sebab besarkan dan didik uda sampai ke hari ini...mak abah,terima masih lahirkan uda ke dunia ni...."

itu jawapan mak...itu yang mak buat setiap kali tiba hari jadi dia....dan aku,aku tak pernah wish pada mak sedemikian setiap kali tiba hari jadi aku....

aku sebak dengar jawapan mak.....dan aku rasa bersalah dengan aku sendiri...dan aku akan betulkan apa yang sepatutnya aku betulkan....

Tuesday, September 3, 2013

pic raya ni paling aku suka

ok...korang mesti tak berapa faham pic raya kali ni...time ni,aku mintak adik aku snap pic aku depan rumah uwan aku..dan disaksikan oleh 2 orang lagi adik aku (laki bini)...tanpa diorang ni sedar, diorang pun telah di snap masuk dalam pic raya aku....hehehe..konon lah diorang dok tepi tapi tak masuk dalam gambar ...sebenarnya TIDAK!!!!..hehehe


Monday, September 2, 2013

Tanda Putera buat aku rasa sedih laa...

Aku gi tgok tanda putera,filem kontroversi tu kat wayang ngan mak n ayah...1st time aku gi tgok ngan mak ayah tanpa ada 8 askar kat belakang (adik2 aku...hehehe).

Sebelom cerita ni mula, ada lah iklan tentang wira negara dan keamanan malaysia...mak ai,sedih la ngan iklan tuh...tahan air mata mak senah jek...kalau ikutkan nasfu,dah lama meratap dah nihhh...hehehe..iklan tu tentang perpaduan negara kita yang semakin terok...

Dah habis iklan, ttb kene bangun nyanyi lagu negaraku...rasa bersemangat sangt!!!!!..dah lah baru tgok iklan sedih tentang keamanan,pastu nyanyi lagu negaraku plak..mmg bertambah lah perasaan cintakan negara!!!!..

Cerita pun bermula....patut lah DAP mati2 tak nak cerita ni di tayangkan di Pulau Pinang...kalau korang nak tau,dalam cerita ni menunjukkan dengan jelas bahawa DAP adalah pihak yang bertanggungjawab menghidupkan semangat komunis masa lepas pilihanraya dan akhirnya terjadi peristiwa 13 may.....sejarah hitam negara kita.

Cerita ni bukan rekaan,tapi fakta sejarah yang diakui benar oleh semua pihak...dan aku nak ingatkan, yg menyebabkan rusuhan 13 may bukan orang cina, tapi DAP!!...orang cina,melayu dan india terasa tempiasnya waktu peristiwa 13 may....cerita ni btol2 macam baca buku sejarah catatan yang dilupakan....akhirnya aku faham.

Kesian aku tgok Tun Abd Razak dan Tun Dr.Ismail...sampai sakit2 pun masih lagi rasa bertanggungjawab nak selamatkan negara walaupun waktu tu mereka berdua sakit terok..sorang kene kanser,sorang lagi masalah jantung kritikal....tapi masih lagi tenang menghadapi 13 may dan karenah orang malaysia....

Sepanjang cerita, aku tgok ayah menangis....air mata ayah laju cam hujan....aku ngan mak tak berani tegur ayah...aku tahu,ayah sendiri rasa camna teroknya 13 may sbb masa tu ayah dah besar....aku dapat rasakan,cerita ni cam mengulang semula kisah2 sedih ayah di masa lalu yang aku tak tahu....aku ngan mak tgok jek ayah nangis....seb baik dalam gelap.

Aku sendiri banyak kali sekat air mata aku dari jatuh...mmg sedih la bila kenangkan pengorbanan pemimpin dulu nak amankan negara ni.....aku mmg tak mampu buat apa yg diorang buat...ketepikan kepentingan peribadi hanya untuk negara......tapi,ujung2,bila babak Tun Abd Razak dibawa balik ke Malaysia, kali ni aku btol2 rasa nak menangis lah...

Dan yang aku kagum,ramai jugak orang cina dan india tgok cerita ni....maksud aku dalam wayang sama ngan aku.....

diorang pun nak tgok camner peristiwa 13 may dan pengorbanan Tun berdua handle kes ni bila di adaptasi di layar perak......

Keseluruhan,aku suka cerita ni...aku sarankan sebagai rakyat negara ni,aku mintak korang semua tgok semula sejarah yang dilupakan ni...

Terima Kasih Datin Paduka Suhaimi Baba.....makcik mmg terbaik lah!!!!!