rss
email
twitter
facebook

Saturday, February 25, 2012

Atok dan kiyai...

Pagi ni,aku termenung sekejap,bila ternampak gambar arwah atok seran.waktu tu,atok tengah giat anyam ketupat untuk hari raya....gambar ni pada tahun 1996....dah lama..

Dan secara tiba-tiba,terlintas salah satu kisah yang atok ceritakan pada aku....kisah dia bertemu seorang kiyai di kluang,johor....begini ceritanya...

Jam menunjukkan pukul 8 pagi,kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah.rupanya sahabat ku,dahlan.aku menjemputnya naik kerumah...dahlan nampak seperti runsing....

"Ko kenapa lan (nama singkatan dahlan),macam ada masalah jek?"

"Ran (singkatan nama atok aku,misran),boleh tak ko teman aku ke kluang hari ni,aku nak gi berubat laa,aku rasa sakit aku datang balik"

"Emm,takde masalah,lagi pun aku takde perkara penting nak buat hari ni,tapi bila kita nak bertolak?"

"Kalau kau takde masalah,kejap lagi aku datang,kau siap2 lah dulu,kita pergi naik motor aku"

"Bagi masa aku bersiap jap"

Aku memberitahu isteri (maimunah,nenek aku),tentang hasrat aku menemani dahlan ke kluang....langsung aku bersiap.

Kami berdua bertolak ke kluang dari segamat dengan motor honda...perjalanan mengambil masa 3 jam..sesampainya di rumah kiyai yg dimaksudkan....

"Lan,betul ke ni rumah kiyai?macam pondok ayam jek...kau tengok tu,bersepah ayam kat semua tempat"

"Betul ran,aku pernah datang dulu,ni lah kelebihan yang Allah berikan padanya"

Aku memberi salam,lalu keluar lah seorang tua menyambut salam kami.dia menjemput kami naik.

Tapi hanya Allah yang tau betapa risau aku waktu tu.setiap inci rumah dipenuhi tahi ayam...ayam bersepah2 memenuhi setiap ruang rumah.

"Jemput lah minum teh,wak buat sendiri ni,maaf la kalau tak sedap" pelawa tuan rumah.

Aku tengok,cawan teh dipenuhi kesan2 hati ayam di bibir2 cawan.tapi disebabkan tuan rumah dah mempelawa,aku kuatkan hati minum teh yg dihidangkan.

Walapun rumah,cawan,teko,dipenuhi tahi ayam,tapi tak pulak berbau busuk...malah baunya agak 'mendamaikan'...

Dahlan terus berbincang dengan tuan rumah tentang penyakitnya....aku perhatikan sahaja.

Salapas berbincang,tuan rumah mengajak kami berjemaah solat zuhur dirumahnya.ikutkan hati,nak saja aku tolak.masakan sembahyang di rumah yg penuh tahi ayam.

Tapi aku dan dahlan terus berjemaah dengan tuan rumah...hanya untuk menghormatinya.

Selesai solat,kami memintak diri untuk pulang...

"Wak,dah lewat ni,kami mintak diri dulu"

"Ialah,wak faham,hati2 dalam perjalanan,maaf lah kalau kalian tak selesa di rumah wak"

Kami hanya tersenyum.sedang aku bersalaman dengan tuan rumah (wak),tiba2,dengan kuasa Allah,seekor ayam bertenggek di bahu ku dan BERAK CAIR di atas bahu.

Aku beristigfar panjang...tapi aku membiarkan ayam tu teruskan 'hajatnya' hingga selesai.

Wak hanya tertawa kecil."Maafkan lah dia,dia memang nakal sedikit",sampuk wak.

Kesan tahi ayam tu aku biarkan.aku pasti ada muslihat disebaliknya.

Sewaktu aku melangkah keluar dari kawasan rumah wak,aku perhatikan hati aym dibahuku.

Masyallah!!!!,dibahu ku bukan ada tahi ayam,tapi daun2 teh muda,yang harum baunya.

Aku toleh ke belakang,ke arah rumah wak....suasanyanya sangat berbeza...yang tadinya dipenuhi ayah,tetapi kini,tiada lagi ayam,tetapi dipenuhi dengan lelaki2 yang berserban putih dan berjubah..tahi ayam bertukar menjadi daun2 teh yang wangi...masyallah...Allah maha besar.

"Ran,aku tau kau terkejut,marilah kita pulang,dah petang ni"

Aku dan dahlan meninggalkan rumah wak dengan rasa kerdil atas kekuasaan Allah.

Kisah ni berlaku sekitar tahun 80an..

Monday, February 20, 2012

Cerita Lawak Minggu Ini...

Balik dari makan,aku,nazdrie,azazi dan faiz,borak-borak depan tv....sambil2 ungkit kisah2 lama masa zaman belajar,zaman sekolah....

Dan secara mengejutnya,nadzrie membawakan kisah lucu waktu dia dizaman "kegemilangannya" dia kilang FREESCALE.....

Kisah pendek bermula....

Macam biasa,aku dan teman-teman berborak sambil minum pagi di kafe kilang...dan tiba-tibanya azrul membuka topik perbualan...

"Oit mat,lawa baju ko pakai,beli mana?"

"Aku beli kat rantau panjang"

"Ooooo....patut laa lawa.eh,aku nak tanya,,,banyak ke penyu turun sana skarang aa?senang jumpa penyu tak?"

"Haram sengallllllll.......heheheheheheheheheehehehehehehehehehe"

"Apahal ko gelak plak?"

"Penyu datang kat rantau abang,bukan rantau panjang..sengallllll"

"Kat rantau panjang,labi-labi pun susah jumpa,ni kan pulak penyu"

Heheheheheheheheheheheh....semua gelak nak haram!

Nak pecah perot aku gelak cerita nadzrie....hehehehe

Friday, February 17, 2012

Kisah lawak bulan ini...

Kisah Pertama...

Ada sehari tu,aku dimintak bos untuk hadiri kursus kat main ofis kat bandar melaka...dalam kursus tu kitaorang diminta untuk buat pembentangan ttg kertas kerja...kita orang perah otak setengah mati lah...

Pembentangan semua dibuat dalam english....suddenly

"Oi korang,tau tak JKR dalan english?"

"JKR tu jabatan kerjaraya ke?"

"Ha'a,jabatan tu la.sori la,english aku cam haram sket.ada ko tau jkr dalam english?"

Dengan selamber jek dia jawab "oh,itu mudah sekali,jkr dalam english ialah 'department work and celebration'...betol kan?!"

Setengah mampos aku gelak....adoiiiii laaaaaa...kawan,ko mmg buat lawak.


Kisah Kedua...

"Aku boring betol keje kilang skang ni.walaupun post engineer,tapi kerja cam haram"

"So ko nak buat apa skg?!"

"Aku nak kerja dalam bidang oil and gas engineer lah.gaji pun puluh ribu"

"Aku sokong ko.so bila nak apply?"

"Tulah masalahnya,susah nak dapat ooo...interbiu pun payah.dapat kerja ngan Petronas Carigali ke,SHELL ke,MOBIL ke...."

"Laaa,apanya susah.adik aku diploma jek.tp dapat jek keje ngan Petronas"

"Wah,dasat laa adik ko...boleh la dia hantarkan resume aku"

"Tapi skg adik aku kat SHELL,bukan kat petronas lagi.dia tahan keje Petronas seminggu jek,pastu dapat offer SHELL,dia jump ke shell la"

"Eh,seminggu jek?!,Bukan ke bila dah keje tu,kene tanda tangan kontrak 3 tahun?!"

"Oh,adik aku Pump Attendant jek"

"Sial ko!!!!!siallllllllllll koooooo!!!

Hehehehehe.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pic ni time tengah driving....bahaya!

Saja ambik....kalau sesapa tak larat tgok,jangan tgok!....blog aku,peduli hapa!heheheheh...

Saturday, February 11, 2012

Whitney Houston dalam kenangan....

Pagi ni aku bukak berita (yahoo punya news),dapat tau diva pop dunia meninggal dunia..Whitney Houston...

Punca kematian kemungkinan adalah dadah...

Sorang diva yg sangat aku kagumi dengan suaranya dan gaya persembahan yg mengkagumkan....

Bila dah sampai masanya untuk pergi,tidak sesaat pun akan dilambatakn...

Lagu2 beliau akan sentiasa dalam kenangan.....

Penat n Cake

Rasa penat giler.....sabtu pun kene kerja....baru habis keje nih!sakit kepala plak.

So,reward diri sendiri ngan blueberry cake......ngan teh panas.

Friday, February 10, 2012

Hari sabtu pun kene kerja......

Aku ni dah tanda tangan ngan bos yang aku sanggup jadi "hamba" syarikat dia.....huh

Jadi kalau dia kata kerja hari ni,dengan hormatnya,aku kene ikut apa dia cakap....

Dah macam tima keje kat kilang plak,hari sabtu pun kene kerja...hehehe

Thursday, February 9, 2012

Aku,arwah atok seran dan kedai gunting.....

Hari ni aku cuti...satu hari jek.tapi bila cuti di waktu orang lain kerja,memang best....hehehe.

Jadi kesempatan ni,aku gi laa potong rambut....dalam post yg lepas,ada aku cerita,bos aku dah rasa "semak" dengan rambut aku yg dah nak panjang mengurai....

Waktu potong rambut tu,tiba2 aku teringat arwah atok seran....kenagan dengan atok,time dia bawak aku gunting rambut...camni ceritanya.....

Setiap kali aku balik kampung (Felda Chemplak,Labis,Segamat),atok akan bawak aku gi gunting rambut.dengan alasan rambut aku dah panjang...tapi yg peliknya,tiap kali balik kampung pun,dia kata rambut aku dah panjang.

Masa tu aku satu2nya cucu atok yg paling besar....cucu sulong la nih,yg lain semua kecik2 lagi....atok muda betol time nie.baru 54,nampak tegap dan tak lekang ngan senyuman....kopiah dia sentiasa kat kepala,walaupun belom pergi haji.

Aku pun naik motor kapchai atok,pergi tempat gunting rambut.sebenarnya kedai gunting tu bukan lah kedai sebenar,tapi rumah orang.tukang gunting tu sebenarnya kawan masjid atok.aku panggil atok yunan....baik orangnya,dah arwah gak.

Sampai jek,atok tros angkat aku,letak atas kerusi gunting,agak tinggi gak rasanya...sejak saat tu atok yunan mulakan operasi gunting rambut aku.sambil gunting sambil borak2 ngan atok.aku tak paham sangt sebab diorang speaking jawa.

Yang tak tahannya,2 jam gunting rambut aku pun,masih tak habis2 lagi.maklumlah,orang tua gunting,separuh2 dia gunting....gunting sambil borak2 plak,mmg lama laa nak habis.

Aku sure tertido bila potong rambut ngan atok yunan.....pastu diorang berdua gelak2 tgok gelagat aku terpusing2 kepala menahan ngantok....hehe.

Pas dua jam,akhirnya,acara gunting rambut aku pun selesai....best!boleh balik lah.tiba2.....

"Yunan,ko potongkan rambut aku pulak,dah panjang rasanya"......

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 6, 2012

Pagi2 dah kene gerak gi kerja....

Selamat pagi

Saja tulis pagi2 ni....boring2 tunggu traffic light hijau,snap satu pic na....hehe

Sampai ofis,bos aku tegur "cantik rambut"......mampos,bos dah tegur...."Bos!petang ni saya gi potong rambut,menyahut saranan bos tercinta!".....hehehehe,....

Selamat menyambut maulidur rasul.semoga dapat bertemu Rasulallah di akhirat nanti.

Friday, February 3, 2012

Kisah boring sebab takder gambar....

Lately,boring pulak nak tulis dalam blog ni...bukan takder story,tapi takder gambar yg nak diletak....alih2 ambik gambar sendiri n letak dalam blog sendiri......sendiri letak,sendiri tengok,sendiri baca......hehehe..memang cam haram.

Sejak dua menjak ni,banyak pulak kerja kat ofis...mungkin nak maulud nabi kot,sebab tu bos kasi kerja banyak2......(kaitan tak munasabah langsung)!!!....hehehe

Oh...lupa,ada kisah best nak kasi cerita.camni....tadi aku drive balik ke seremban dari alor gajah...ikut highway plus....suddenly,jem terok.kereta gerak pelan2....kiranya siput leh jadi champion kalau ajak lumba lah....rupa2nya,accident terok giler....lori trailer ( rasa cam salah eja) langgar lori kecik (aka lori sayur nyonya dan apek)...2 ambulance di kejarkan ke tempat kejadian...rasanya takder kematian.cuma,cedera terok.sapa langgar sapa,tak pasti....tp aku sempat mintak adik aku record guna hp dia.....

Video tu akan aku upload nanti.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, February 1, 2012

Ayah dah semakin sihat...

Sejang seminggu nie,aku risau betol..ahad tu hari,ayah tiba2 mengadu pening2..aku hantar ayah ke hospital besar seremban..teros kene tahan wad sebab darah tinggi ayah terlalu tinggi dan kencing manis dia terlalu manis!!!!

Tapi pagi ni,ayah dah semakin ok..darah dah turun,tahap gula dalam darah pun dah di paras yang tak membimbangkan...

Imbas semula pagi ahad ayah sampai ke wad kecemasan,aku rasa aku paling longlai...tgok ayah terlantar lemah,aku jadi goyah..risau,berdebar,sedih...perasaan tak best!

Sepanjang ayah di hospital,merasa gak aku mandikan ayah,lapkan badan ayah,picitkan kaki ayah sampai ayah lena..kesian ayah.tu je yang mampu aku bantu.

Tiap malam di hospital,tido tak pernah lena.bukan sebab tak selesa (tapi memang tak selesa pun),tapi,setiap malam ada jek berlaku kematian.dan kebanyakkannya pesakit yg dekat dengan katil ayah....aku jadi sayu bila tgok mayat terbujur kaku,pulang menghadap Allah.lagi sayu bila mendengar suara tangis sanak saudara simati..rasa insaf...selalunya berlaku dalam jam 2.30 pagi sampai 4.00 pagi....waktu hening.

Ni waktu ayah sakit,anak2 ayah gilir2 jaga...bila tiba masa aku sakit tua nanti,siapa laa akan jaga aku...anak pun takder,harap anak buah je laaa....(Sedih plak)...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, January 23, 2012

Aku Ber-POP YEAH YEAH!!!!

Hehehe....ni semua sebab semalam laaa!

Semalam,aku gi laa jalan2 kat klcc,saja tgok orang2 kat sini.cuti lama sangt sampai ada banyak masa nak tgok orang lain....hehehe.Sempat jugak makan nandos kat klcc..waktu azan magrib berkumandang,aku sibuk mengunyah ayam nandos!....rasa berdosa plak!

Pas makan n solat,tergerak nak ke Istana Budaya...tanpa lengahkan masa,tros aku angkat punggung ke sana.

Sampai sana orang beratur panjang beli tiket,tapi semua pakcik2 makcik2..patut laaaaaa,ada konset POP YEH YEH kat sini.

Cam best,aku follow beratur skali,usah tiket laaa....tapi,tiket yg tinggal semua atas rm100!!!!!,giler ah aku nak beli tiket seratus just nak tgok OH FATIMAH live!....ngak mungkin donggg!

Tiba2,datang sorang promoter,tunjuk tiket kat aku,harganya RM80...dia kata ada org dah booking tapi tak dapat datang...."Sori kak,mahal sangt"..."Ok2,akak jual 50 hengget jek,live nih"...."Ok kak,sy ambik"....aku dapat tiket harga 50 jek!layannnnnn!

Tiket dah ada,dah boleh masuk dewan lah....tapi,3 "pos keselamatan" aku kene merayu....aku kene tahan sebab pakaian aku tak ikut peraturan..pakai jean,t shirt,selipar jepun n topi!!!!..puas aku merayu kat 3 pos tu,aku tipu laa kononnya aku peminat setia L.Ramli,mati2 nak tgok dia nyanyi.....atas bawah atas bawah guard tu jeling kat aku...akhirnya dapat gak masuk!hehehehe...pop yeh yeh katanya!

Dan dalam dewan,aku rasa aku laa yg paling muda...semuanya pangkat ayah n mak aku yg ada dalam tu....belasah jek beb.!

Sambil berkonset,aku follow diorang nyanyi skali...sampaikan ada yg tegur,"anak tau ke lagu ni"....jawab aku "ko pikir aku siapa"....hehe...tak la cam tu...gini.."Saya tau pakcik,ayah mak saya selalu berdendang dengan lagu2 ini...masa saya baby pun dodoikan guna irama pop yeh yeh".....menipu sangt senah!

Aku tonton sampai tamat....sekali sekala layan gak.

Sampai rumah,aku cerita benda ni pada ayah....makan hati gak ayah sebab dia fanatik pop yeh yeh!!!!hehehe....

Takder ambik apa2 pic sbb beteri hp aku kong!

Tammat!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 20, 2012

Hari nikah "My Girl"

Pe2 pun,aku nak ucapkan selamat pengantin baru pada Maylina binti Aslim...

Btw,aku baru jek balik dari rumah maylina,tgok dia bersanding..may nampak cantik dengan baju pengatin warna terang....suami may nampak baik orangnya....

Syukurlah,may ditemukan jodoh yang sepadan dengannya...(ayat makcik2),hehehe.Aku tumpang gembira bila tgok may tersenyum2 bersanding atas pelamin...hehe.sepadan,bagai pinang dibelah dua..wah!(Memang ayat makcik2)

Dulu....zaman dulu kala laa,may hampir2 menjadi suri aku,tapi mungkin may bukan jodoh ku yang sebenar...so,tak dapat aku disatukan dengan may....

Tapi aku tak perlu rasa bersalah lagi sebab aku rasa suami may skarang nampak lagi baik dari aku....bagus tu!

Sekarang,lepas pulang dari rumah may,aku berada di perkarangan tempat aku mula2 jumpa may....tangga yg menjadi saksi ,pertama kali aku nampak may disini....."Sekolah Menengah Islam Seremban"...saja aku datang sini,merenung kisah lama...

Tapi tu tinggal kenangan yg bagus untuk terus diingat...mmg tak akan aku lupakan.

Nampaknya,sorang lagi "My Girl" dah menemui kebahagian disamping suami tercinta...

Aku akan terus melangkah meninggalkan kenangan...terus ke hadapan mencari bahagia aku sendiri...

Thursday, January 19, 2012

Malam talent time!

Saja tajuk bagi gempak...takder benda yg spesel pun cuma malam ni nazri (kawan nyembang kat ofis n rumah aka hausmate),ajak karok....dah lama benar tidak mengasah suara katanya.

Nak ajak kawan lain,sume cam sibuk,so ajak sayuti (kawan ofis) jek.cukup laa bertiga gi karok.

Karok kat tempat baru kali ni...kat melaka ni banyak tempat karok,tapi bukan laa tahap 'hijau kotak' atau 'merah kotak',jenis biasa2 jek.....

Wednesday, January 18, 2012

Bapak punya boring weh!!!

Aku tetap nak tulis dalam blog ni gak!!!!....AKU BORING SAY!!!!

Hari ni aku dipaksa rela attend kursus untuk sah jawatan...kursus tu takder masalah pun,tapi org yg bagi ceramah tu yang jadi masalah...besar punya masalah!

Penceramah-patutnya diorang pandai tarik minat pendengar..tapi tak,dok laa dia borak sorang2 kat depan...

Aku memang dok depan bila pergi kursus...tapi....

5 minit pertama-semangat nak dengar kursus.

2 minit kemudian-aku mula terpikir kat otak,apa hutang2 yg belom bayar (dah mula hilang tumpuan).

2 minit tambahan-nagnatok pulakkkkkk.

3 minit-borak2 ngan orang sebelah....berlanjutan sampai habis masa.

Hehehehe.......

Sesungguhnya,pergi kursus memang tak best!

Pic org kanan dan kiri aku....sama ngan aku!hehehe

Monday, January 16, 2012

Morning sekelian alam.

Bangun tido=7.45am

Gosok baju=8.15am baru selesai.

Tapi,meeting dengan dekan=8.30am.

MAMPOS WEY!!!!!

Hehehe...tapi apa2 hal pun,sempat lagi pose utk pic terkini......diambik time traffic light merah!

Hari gaji,aku cuti!!!!

Hari ni aku dapat gaji..ni gaji yg keempat aku dapat sejak keje kat utem....apa2 pun,aku tetap bersyukur walaupun gaji aku tak sebesar mana.

Dan yang paling best,hari ni aku cuti!!!hehehehe....jadi hari ni bawak mak,din (adik aku no 5) dan wani (adik no 4) gi shopping.mak nak bli kasut baru katanya.heheheh

Tapi,yg tak bagusnya bila gaji time cuti,gaji cepat habis....aduh!

Sunday, January 15, 2012

Bonia rm700..!

Hari ni uwan (panggilan atok perempuan dlm bahasa n9),buat cermin mata baru...harga lebih kurang 700 hengget!....mahal giler.

Aku,uwan dan ayat (sepupu den),ke kedai cermin mata Focus Point giant utk buat cermin mata kat sini.

Sini boleh dapat murah sebab angah (adik aku no 2) keje sebagai supervisor kat kedai ni.....dengan erti kata lain boleh dapat murah!

Harga cermin mata = RM 700
Harga pas diskaun kedai = RM 350
Harga pas guna staf rate = RM 100 JEK!!!!!!!!!

Hehehe,murah kan...hehehe.

Untung ada cucu keje kat kedai cermin mata....hehehe.!

Lupa nak bagi tau...cermin mata BONIA okkkkk!

Ada gambar uwan aku dengan cermin mata tester...hehehe.lawak gak sebab uwan aku ingat tu lah cermin mata yg dia kene pakai....:ehehehe..bentuk cam terminator.hehehehe...

Cucu jahat gelak uwan sendiri.

Saturday, January 14, 2012

Malam yg sengal.

Memang takder apa yg nak di buat mlm ni.

So,gi ambik gambar sendiri+ada din skali.

P/s:din tu adik aku no.5!

Thursday, January 12, 2012

Penat tgok orang perasan best.

Aku ada sorang kawan lama ni.Tapi rasanya,aku memang sangt2 teringin putuskan sahabat ngan dia.Nasib baik laa aku sayang Nabi kita.Dia tak kasi putus2kan silaturrahim nih.So aku masih berkawan ngan mamat ni lagi laaaa....

Kenapa aku meluat dengan dia?

Pertama - Dia ni jenis perasan suara sedap...Kalau dia perasan sensorang,aku tak hirau sangt.Tapi dia dok ajak kawan2 dia (termasuk aku) supaya puji dia melambong2.Padahal suara dia biasa jek,tak sedap mana.

Kedua - Perasan hensom....alahai,ni satu lagi kes....kalau keluar dengan dia, dia akan bagi tau camni "korang perasan tak,ramai perhatikan aku,ramai minat aku,myb penampilan aku yg uptodate kot"....ko bayangkan jantan cakap camtu...gedik!...sakit kepala.Ada sekali tu dia bagi tau aku "shadi,tadi ada orang tegur aku katanya 'awak ni cam artis laaa'"...rasa bangang jek bunyiknya.

Ketiga - Aku marah kat diri aku sendiri sebab jadi kawan dia!!!!!

Penat melayan kawan camni ghupanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Minum ptg mat saleh style.

So tiba2 aku terberenti depan kedai jual kek....kek haus laaa.so ptg ni aku minum petang berhidangkan kek indulgen...mmg cam mat saleh.

Tp sekali sekala ok laa wat gini.kene hari2,boleh selambak aku pas tu.

Boleh tahan gak rasanya,murah pulak tu.satu slice dalam 4 ringget jek.kat melaka kan,tak boleh demand harga sangt.tu pun,aku sorang jek customer dlm cafe ni...

Wednesday, January 11, 2012

Wayang dan anak kelas

Ni laa yang aku perlu hadap sepanjang idup aku kat dunia ni - kemana jek aku pergi akan jumpa dengan ank murid aku...kemana saja,tgok wayang,gi makan,dalam pasaraya,jumpa muka diorang gak...

Agaknya ni laa yg cikgu aku rasa sebelom ni...nak kata rimas tu tak laaa,kene biasakan diri.benda ni akan terjadi sampai aku mati....hehehe.

Nampak gayanya memang tak boleh buat benda2 tak elok lah.banyak mata yg akan memerhati....hehehe.

Mlm ni tgok cerita The Awakening-dengarnya cam sedap.adik kat kaunter tu yg promote.kalau tak sedap,mmg aku santau adik promoter tu.

Bersama2 ni aku lampirkan gambar2 sampingan.

Tuesday, January 10, 2012

Makan time

Lapo giler siol...

Masalah ni setiap malan akan dihadapai,"mana tempat nak makan!"..dah semua kedai dicuba...tapi semua menu sama.

Last2 makan kat depan rumah jek,jalan kaki pun boleh...ada dua manu yg pelik

1.Nasi Goreng Mutiara

2.Nasi goreng Puyuh.

Aku pilih yg nombor dua sbb aku tak makan mutiara.hehehehe.sampai skg nasi yg dijanjikan belom sampai..

Akan aku post gambar nasi goreng burung puyuh...jap yek..

Monday, January 9, 2012

Hari meeting scl

Meeting n meeting n meeting.
Ni la aktiviti bila student tgah exam atau cuti.hish...

So untuk menghilangkan rasa boring...ambik gambo laaa...hehe

budak bernama adam adli

hari ni aku lari siket dari tujuan asal aku tulis blog....blog ni sebenarnya kisah tentang aku, tapi pagi ni sengaja aku lari ....aku nak cerita tentang budak ni. sebelom apa2, saja aku tunjukkan gambar budak yg bernama adam adli ni......




ni laa adam adli...siapa dia?


mula2 aku pun tak ambil port sangt tentang ni..siapa adam adli?...perenang negara kah?......bekas penari kebudayan kah?....atau pencopet kebangsaan?..hehehe...bukan laaa....

dia ni student UPSI, ambik bidang TESL kat sana..anak orang kebanyakan, cam aku gak....


dia jadi "hot" babe sebab dengan selamber badaknya dia turunkan bendera yg ada gambar PM kita...pastu mengada2 rakam,tayang kat youtube....kesannya kene gantung 3 semesta...


aku nak ucapkan syabas sangt2 pada budak ni....


oi budak...ko tu baru setahun jagung..umur muda lagi, banyak lagi yg ko belom lalui..senang cerita peringkat anak2 monyet lagi lah....ko pernah terpikir tak kesan tindakkan ko ni sebelom ko buat?...tak pernah kan..sure lah...sebab tu ko buat...


ko dah tau ko tu student universiti kerajaan, bakal jadi cikgu lagi....tindakan ko ni akan beri kesan buruk pada masa depan ko.....masa depan keluarga ko jugak ko tau!....ko tu ada mak ayah, ada adik beradik...yg ko akan sara dan balas jasa....skarang ni dah digantung semesta....kan payah...pas ni sah2 ko tak dapat kerja jadi cikgu kerajaan, sebab ko penentang kerajaan.....bengap!


kalau ye nak berpolitik, habiskan belajar dulu....baru masuk bidang politik...aku langsung tak simpati kat ko laa budak...sakit hati ada lah!...konon berlagak pandai,sebenarnya hampeh...bertindak ikut napsu,cam ni lah jadinya....padan muka ko budak..!


aku tak paham kenapa ramai sangt student skarang nak buat demonstari jalanan...menentang kerajaan....bukan tak boleh,ni bukan masanya,habiskan masa studi ko dulu....jangan heret nasib mak ayah ko ke gaung bersama2 ko....


bodoh laaaa.........




ni gambar masa perhimpunan bantahan, mencerca tindakan adam adli...nasib badan ko budak!