Aku terkejut bila mark kata dia nak jumpa mak ayah rita..dia nak minang rita!...ni mmg kes serius.!!..dah lah mak ayah rita tak terima mark,tak percaya mark langsung,dan ttb mark plak nak meminang rita...
Kerja giler!!!
Ok,dah mark bersungguh2 sangt nak minang rita,aku bagi tau mark bahawa kalau nak minang rita,mark kene bawak sedara mara...dia tak boleh pergi sendiri...yg bagusnya,mark ada jugak la sedara yang kawin ngan orang melayu....
.......lepas tu,aku langsung tak dengar carita ttg mark n rita..senyap camtu jek.
Satu hari,rita kol henset aku...suara dia sayu jek..aku dah boleh agak apa yang berlaku..dah aku jangka,pinangan mark ditolak cara baik oleh mak ayah rita.dengan alasan,rita masih lagi mampu ditanggung atau disara oleh mereka suami isteri.
Sampai part ni,rita ceritakan pada aku sambil menangis...sesekali suara rita hilang2,tersekat di kerongkong..ada bait ayat yang kadangkala tak mampu nak dihabiskan rita....
Ayat yang paling aku ingat waktu tu,rita berkata "Allah memilih aku untuk memalui dugaan ni,dan aku harus redha.."..masa tu,aku plak yang rasa sebak...kenapa cinta mereka berdua dihalang dengan halangan yang cukup besar...mereka berniat baik,nak dirikan masjid,tapi Allah masih tak benarkan masjid tu dibina waktu tu...why she?why he?..
Mark langsung tak kol aku sejak tu.aku paham,mark terlalu sedih...penolakkan ni umpama menerangkan padanya pandangan masyarakat malaysia terhadap orang luar sepertinya...mark brtindak berdiam diri...
Aku tak berani nak kol mark atau rita.aku takut kalau2 kata2 aku akan mungkin menyakitkan hati diorang berdua...tapi rita selalu kol aku dan update cerita terbaru...mcm2 cara yang mark n rita buat untuk menjadikan impian mereka jadi realiti,termasuk memujuk mak ayah rita,merapatkan hubungan mak ayah rita dengan mark....ajak mark join aktiviti keluarga rita.....tapi tetap tak dapat mengubah pendirian mak ayah rita "mark tak akan mampu menyara,membahagiakan anak mereka".
Benda ni berlarutan hingga 4 tahun..aku tak tau nak buat apa...sebagai 'saksi' cerita ni,aku sepatutnya boleh buat sesuatu untuk tolong mereka berdua...tp aku memilih hanya untuk menjadi 'saksi' jek...aku ada reason aku sendiri....aku taknak jadi penghalang hubungan antara rita dengan mak ayah rita..aku kenal mak ayah rita,walaupun perkahwinan ni dihalang,tapi aku percaya,mak ayah rita tak buat keputusan ini dengan melulu...gerak hati mak ayah adalah anugerah Allah yang sangt istimewa...jadi,aku hanya menjadi pemerhati,dengan harapan gerak hati mak ayah rita finally ada kebaikannya....amin
Selepas 2 tahun tak berjumpa mark,satu petang di hari rabu,aku dapat kol dari rita,mark kemalangan dan berada di ICU.....
Aku terkejut,sangt terkejut....aku yakin rita lagi terkejut dengan berita ni...
Sambung ke siri yang ke 3....Saksi (part 3)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Carita bermula camni...satu hari,aku dijemput dalam satu majlis perjumpaan reunion kawan2 lama..wah,mmg hebat time tu..aku jumpa dengan kawan2 lama masa skolah dulu..hehe..yang dulu slim-melim,skarang dah masyallah sihatnya..hehe..ada yg dah jadi mak ayah...ada yg dlu mmg tak lawa lah (stock cempak laut),skarang dah cam victoria secret...hehe...senang cerita semua orang berubah....hehe...dan yang paling aku sakit hati, ada yang tanya aku "ko siapa yek?"...mmg makan hati aku time tu..orang tak ingat aku..bila sebut nama,baru diorang kenal....whattttt!!!!!
Dah melalut jauh....masa tu aku jumpa kawan baik aku time sekolah..dlu ktorng mmg baik giler...tapi bila dah besar,jarang jumpa lah...
Dia dah jadi semakin cantik...hehe...dan sebelah dia ada seorang lelaki..kami berborak2 sakan..dan aku diperkenalkan dengan bf (boyfriend) dia...emm....aku ingatkan suami dia...ok lah..orang cantik2 camtu,selalunya mmg berpacaran ngan org luar negara....apa barang orang malaysia kan kan...hehe...gurau jek.
Diorang nampak cantik..serasi...sepadan...mmg pinang belah dua lah!...aku jealous jugak..pasangan bahagia.!..
Lepas majlis reunion tu,aku terus berhubung dengan rita (kawan pompuan aku yg ada bf over-c tu)...hubungan ktorang jadi rapat seperti dlu...dan kadang2 aku join rita ngan bf dia dating bersama...mmg romantik giler kot diorang tu.aku pernah ikut diorang berdua gi makan,gi karok dan gi melancong lagik...hehehe
Korang mesti heran apasal aku terhegeh2 ikut diorang gi dating kan...hehe...sebenarnya,mak ayah rita langsung tak percaya kat bf rita...diorang anggap bf rita ada muslihat sbb dia bercinta ngan rita...ada agenda rahsia...tapi,itu pandangan mak ayah rita..bagi aku,diorang bercinta dengan iklas...bf rita sangt menjaga kehormatan rita..walaupun dia bukan orang malaysia,tapi dia tahu tata adab orang melayu...jadi,utk mengaburi mata mak ayah rita,setiap kali rita dating ngan bf dia (mark namanya),aku akan dijadikan orang tengah...maknyanya parent rita mati2 ingat rita keluar ngan aku...hehe.tapi diorang terpaksa buat camtu demi kasih yg bertaut..ewahhhhhh....hehe
Benda berlarutan hingga bertahun lamanya...dan menjadi lebih parah sebab rita masih lagi tinggal bersama parent...ada kala,mark akan kol aku n luahkan kekeciwaan tentang hubungan diorang....sebagai orang tengah yg rapat ngan rita n mark,aku selalu nasihatkan diorang bersabar ngan mohon doa dari yg kuasa...
Dan,sebagai langkah seterusnya,mark dah pun masuk islam...benda yang aku agak terkejut lah..tak sangka mark ambik tindakkan sejauh ni....rupanya,selepas diselidik,mark mmg dah lama nak masuk islam dan bila dia jumpa ngan rita,hasratnya utk dapat bimbingan dalam islam,termakbul....mark dah ubah nama jadi firdaus.....tp aku still panggil dia mark...hehe
2 tahun selepas tu,mark luahkan hasrat pada aku untuk meminang rita...dan dia btol2 gi jumpa mak ayah rita......
Sambung part 2.....kisah "Saksi"
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Camni ceritanya....masa aku darjah 5,cikgu adakan pemilihan untuk jadi ahli kumpulan nasyid sekolah...sebab nak masuk pertandingan peringkat zon..so cikgu panggil aku untuk test suara..mungkin suara aku bagus utk lagu2 dakwah ni,aku pun terpilih lah...hehe
semua pelajar yang terpilih terdiri dari pelajar darjah 5 dan 4 sahaja.aku rasa tak sedap hati la sbb aku rasa aku memang tak boleh nak nasyid2 ni.di pendekkan cerita,masa nak cari lead a.k.a ketua kumpulan,aku dipilih untuk bersaing dengan 3 orang lagi..orang tu adalah fakrurazi (skg dah jadi doktor) dan zarif (adik aku sendiri)..hehe.dan aku dipilih untuk jadi lead singger..hehe
So,ktorang berlatig cam nak rak lah!..habis jek waktu sekolah,kene stayback...ada kelas vokal katanya..kelolaan cikgu salasiah n cikgu salbiah..lupa,cikgu haliza jugak.
Aku tak ingat lagu apa yg ktorang nyanyi,tp masih boleh agak dia punya corus lah...giat gak berlatih waktu tu.konon lah nak menang..
Ok,hari pertandingan pun tiba.mmg gementar sangt.nak larik jek rasanya...kira bawak tanggungjawab besar la nak harumkan nama sekolah...hehe...harum ke?!hehe
Dan tak disangka2,ktorang menang tempat pertama dan akan mewakili zone ke peringkat daerah....nasyid yang sama lah jugak aku n the geng dilipih untuk mewakili negeri sembilan ke peringkat kebangsaan...hehehehehehe
Mengucap panjang doh.......sampai ke tahap ni ktorg melangkah..
Dan skarang,ktorang ada kat tengah2 bangunan pwtc....atas pentas yg aku rasa mmg grand lah waktu tu....hadirin yang hadir,lebih seribu rasanya...mmg ramai.
Aku pun stat bernansyid...rasanya memang dah cukup mendayu2 aku bawak lagu tu...mmg layan lah...agaknya lah,time tu vokal aku mmg superb kot (agak lah)...pas lagu pertama habis,tros masuk lagu kedua...oh,lupa nak bagi tau,sambil nasyid,ktorg ada buat gaya2..
Hehe....angkat tangan,turun tangan...pusing kanan,pusing kiri,kedepan,kebelakang...hehe
Dan sekali lagi ktorg menang di peringkat kebangsaan!!!!heheheheheheh....mmg menarik sangt!.....hadiah dapat duit lah,piala pusingan n sijil....
Ok...ni gambar sampingan jek...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Apa puncanya?..haaaa,ni la yang aku nak kasi cerita,buat tauladan kita semua.
Faizal,kawan lama aku masa kat universiti.orangnya biasa2,ada rupa,kerja bagus,nak kata alim sangt tu,tak lah..tapi sembahyang cukup.
Dia kawin pada usia 26,betol2 lepas kitaorang dapat degree...bini dia aku tak kenal sangt.katanya kawan skolah rendah dia..emm...kiranya cinta lama lah ni..time bercinta mmg sakan gak..sampaikan sanggup ponteng test elektronik,semata2 nak sambut birthday awek dia tu lah..dan skg bini dia lah..
Org cakap bini dia cantik bergaya...ada pinggang lagik.hehehe...tapi bila aku jumpa dia hari ni,semua cinta dulu tu,dah tak seperti dulu lagi...aku cuba tanya puncanya...
Mengikut kata faizal,benda ni berlaku sejak mereka dapat anak pertama...waktu bini dia bersalin,dia ada waktu tu..so dia tgok dengan jelas "keadaan bini dia" melahirkan anak waktu tu..
Sejak tu,dia rasa geli..rasa mual,setiap kali dia nak 'bersama' isterinya...dia terbayang2 waktu 'kejadian tu'...aku tros tergamam..aku tak pernah alami benda tu,jadi tak tau apa2..
Dan sewaktu dia rasa "geli tu"...dia berkenalan dengan kawan facebook..anak dara berumur 22 tahun..baru habis diploma.
Dan nak jadikan cerita..faizal dah terlanjur beberapa kali dengan budak tu..ish3..hubungan mereka berlanjutan sampai akhirnya budak pompuan tu tahu rupanya faizal dah berbini....marah betol budak tu kat faizal..kesan dari kes tu,budak pompuan tu berhenti kerja.dan menghilang.
Faizal rasa gian nak 'bersama' anak gadis muda...dan sekarang dia terjebak dengan aktiviti hubungan rambang nih...emm..keadaan dia dah makin trok...pernah satu malam,dia menangis depan bininya,mintak maaf...dan waktu tu bini dia pun menangis jugak,...mereka berjanji takkan bercerai..cuma bini dia selalu doakan fizal supaya berubah..
Emm.....aku diam jek sepanjang dengar cerita faizal...
Korang sebagai pembaca blog aku,camna aku nak tolong fizal?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone