rss
email
twitter
facebook

Friday, June 11, 2010

aku bingung



susah betul bila dah buka blog ni tapi tak tau nak mula dari mana. yang penting skarang aku tengah pening sangt2. dengan keadaan jiwa kacau yang memang serabut, ditambah pulak dengan hati yang suram2 mentari yang tenggelam~hehe~falsafah gitew~


makin hari aku pikir, mungkin dah tiba masanya aku kumpul duit dengan giat. setakat ni la, akaun bank ada 3 4, tapi yang berisi satu jek. maklum, income kecik,kerak besar. kekadang jealous dengan kawan2 lama sume. mewah jek sentiasa, aku kat sini kais pagi makan pagi, kais petang makan untuk 3~4 petang. tak ke naya namanya. nak tak nak, kene tempuh jugak. cita2 setinggi gunung, tapi sampai hari ni, kaki gunung pun tak nampak lagi.


kalau dikira masalah aku ni, tak laa sebesar mana. cuma bila dah takder masalah yang lagi besar dlm kepala, masalah kecik pun dianggap besar jugak. waktu2 cam ni laa aku rasa nak mengadu kat seseorang yang aku sayang...selain family laaa. tapi awek pun takder. nak mengadu kat Tuhan..err...dah buat. sebakul gak laa doa lepas sembahyang...hehe


ader kawan cadangkan pergi bercuti. malangnya, poket kering sepanjang tahun, bercuti kebendanye~sabtu ahad, dok rumah je laa...puas laa tgok tv...sampai boleh tau laa ukuran tv tu yang sebenar.terperinci~!..hehe..nak tgok internet..alahai..dah malas nak tekan butang keyboard.


tapi, tv laa teman setia yang aku ada...nak mengaji, takut tersalah harakat n hukum, berdosa (alasan)...hehe...yang penting hidup mesti diteruskan, kegembiraan mesti dicipta...hehe



Wednesday, June 2, 2010

result master

hari ni aku berkobar2 nak bukak University Malaya punya laman web just nak tgok result aku yang terbaru....hasilnya,sangat mengecewakan......
aku rasa buntu skarang ni....boleh je kalau aku nak redah,tapi untuk menjadikan kedudukan aku lebih selesa, aku kene ambik semula subjek yang aku dapat tak berapa baik tu....dengan kata lain..repeat paper laaaa....
nak buat cam ner,stakat ni jek yang aku mampu lakukan. aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi dimasa akan datang dan apa yang terbaik untuk aku...sekurang2nya aku tak lah hampas sangt.
apa2 hal pun hidup mesti diteruskan dan aku kene lebih ceria..banyak berdoa dan bersyukur dengan apa yang aku dapat...

Tuesday, April 13, 2010

REC 2 (bahagian 2)




malam tadi, aku meluangkan masa bersama2 mak, ayah dan adik2 tercinta menonton filem seram "REC 2". kita orang satu family ni memang hantu dengan filem hantu...kadang2 tu ktorang lebih menakutkan dari hantu2 yang ader dalam filem...(terutama bile bangun tido)


ni lah poster filem tu..seram kan~seram laa jugak~


sebenarnya, ayah tak laa terlalu obses dengan cerita hantu ni. dia lebih suke cerita perang2, tembak2, pukul2. biasa laaa....nak tunjuk ganas kat anak2. bukan aku tak paham. tapi tu lah ayah aku...tapi malam tadi, ktorang berjaya pujuk ayah tengok cerita ni....macam mana ktorang pujuk.....(rasuah ayah ngan filem action terbaru)...hancus laa~

mak memang suke kalau diajak tgok filem seram2 nih...sama laa dengan adik2 aku yg lain...tak kira laki ke pompuan. mak cakap, sebab ktorg suke tgok filem hantu kerana..."MASA AKU MENGANDUNGKAN KORANG SEMUA, AKU SELALU JADI HANTU KALAU ABAH KO BALIK TAK BAWAK PULUT PANGGANG"......(boleh pakai ke alasan mak nih, aku pun tak pasti)~

so, dipendekkan cerita, ktorang pun tgok laa beramai-ramai cerita REC 2 ni.....adik aku sempat laa belanja buger daging sorang satu...tapi, bile dah mengadap cerita seram, selera pun tak berapa nak ada~lah.....mata buntang perhati screen tv, macam nak telan tv tu skali...

disebabkan cerita ni dalam bahasa sepanyol dan takder sari kata disediakan...maka,kami pun buatlah sarikata sendiri...dari cerita seram,ader pulak gelak2...biasa laa bila dah ramai2....tapi bila sampai part hantu tercegat keluar..."MAKKKKKKKKKK"..masing2 menjerit nama mak aku..."MAK ADA KAT SINI,TAK PAYAH JERIT2"...sampuk mak aku yg slumber~



salah satu adigan yang best~tapi aku tak ingat adigan ni...mungkin aku pandang tempat lain time ni....(^^)



keseluruhan cerita memang best...banyak adigan terkejut...aku bagi laa 4 bintang dari 5.....harap korang bolehlah cari cerita ni, tonton bersama keluarga...

wassalam

Sunday, April 4, 2010

KISAH IKAN GATAL MIANG



Benda ni cam best jek...tu pasal laaa aku nak kongsi dengan org2 dalam internet... especially pada yg sempat baca blog aku.

Dua hari lepas, aku di ajak oleh kawan baik aku, gi melawat makcik dia punya kawan (atau dalam bahasa mudah, makcik kepada kawan aku punya kawan). Memandangkan aku pun tengah lapang masa tu, takder hal laa aku nak ikut. Sampai je kat rumah tu, kite org disambut baik oleh tuan rumah.

Aku tak terus masuk rumah, tp singgah kat laman rumah tu...wah~ader akuarium ikan emas laaa....aku memang minat ikan bela2 nie..cuma maybe tak sesuai dengan tangan (wan aku punya cakap laa)..so tiap kali bela ikan..pasti capat ikan tu masuk syurga...hehe

Berbalik pada cerita tadi...aku pun belek2 laaa akuarium yg penuh dengan ikan emas yg bergermerlapan tu..wah~wow~walawey~giler ah~mak ai~cantik sial~nauzubillah (tiba2 jadi alim).....lama2, baru aku perasan...APASAL MULUT IKAN NI SENTIASA KEDEPAN?......cam org nak bercium...

"Tu species ikan jenis miang nak kawin...ko tgok mulut dia,nak bercium jek"....tuan rumah membuat kesimpulan yg bernas lagi tepat ttg ikan2 beliau...ader gak ikan jenis gatal miang kat dunia ni~....hehe


lihat lah ciuman cinta ku~ewah~




a big kiss 4 u laling~




gue mau cium loh~!!!!




i jatuh cinta dengan mata u yang besr lagi menawan...bolehkan i cium u~hehe

Wednesday, March 31, 2010

TIDUR DALAM TRAIN




Setiap hari sabtu dan ahad, aku akan menggunakan kenderaan yg satu ni~Train Komuter. Time menunggu tu punyalah lama ya amat...sempat laa main dadu dulu (kalau bawak laa). Bila train sampai...tu dia, berpusu-pusu umat manusia berebut2 nak masuk dulu. Tak kira mak aji ke, pak lebai ke, yg muda, yg remaja, bertolak2 sakan nak masuk.

Bila dah dapat masuk, berebut2 cari tempat duduk. Masa ni laa saat paling kritikal skali. Boleh bertumbuk laa kalau tersalah cara. Itu lah rakyat Malaysia. Pemandangan biasa setiap pagi. Kalau ader 'minah saleh' dalam train waktu tu, boleh tersembul biji mata dia dengan gelagat rakyat Malaysia tercinta.

Aku pulak, ikut keadaan. Kalau nasib baik, dapat laa duduk. Kalau tak berdiri laa sepanjang perjalanan. Tapi selalunya memang tak dapat duduk pun. Seat bukan banyak pun, tok sah laa nak main rebut2 kerusi ngan bebudak...wat malu jek. Bagi laa org yg sepatutnya duduk dulu, org tua, mengandung, yg tak berkeupayaan.

Sambil2 berdiri tu, sempat laa aku perati keadaan dalam train. Ada yg tidur, yg berborak, yg bergosip, yg layan blues......kalau ada yg menarik, cepat2 aku snap pic diorang guna handphone aku......tp dengan syarat, jangan sampai diorang perasan, mau dimaki nanti~

So kat bwah ni aku bagi korang semua tengok pic yg sempat aku snap...



punya lah mithali sibapak...peluk anak dia..dua2 pun lolap~



ko tgok balak nie..tido betul2 atau sengaja cari peluang skodeng awek sbelah....korang judge laa sendiri~



korang tgok plak 2 pic diatas...mula2 aku mati2 ingat mamat 'man in black' ni tak tido...tp tegak semacam jek....tp akhirnya, tersungkur gak...lolp gak beb...ngantuk bebenor rasanya.




sekumpulan anak2 yg terasa seperti dirumah sendiri...hambik kau...tido tak ingat punya...hehe....biasa laaa,bebudak~



dua orang bakal warga emas...memandang jauh merenung masa hadapan...~



dengan gaya tidur yang paling steady.....emm....tp mamat pink tu dok pandang tak puas hati jek....apa kes beb~!



ni kes ngantuk tak hingat~maklumlah..badan dah penat...tgok muka je aku dah boleh agak...tu mesti baru kene maki ngan bos....hehehe

Wednesday, March 24, 2010

AKU BERSYUKUR..



semalam, sedang orang lain nyenyak tidur, aku masih lagi mentelaah buku2 tentang wireless coz minggu ni aku ader test untuk subjek ni....sambil layan rancangan astro (yang aku sendiri tak pasti rancangan apa).

tiba2 aku teringat satu perkara....

sekarang ni aku sedang buat master dalam engineering, satu benda yang boleh dikatakan payah gak laa....dan akan tamat pengajian pada hujung tahun ni

aku sendiri susah nak percaya dengan apa yang berlaku....kalau dikenang semula, masa lampau aku, aku bukan laa tergolong dalam golongan yang pandai

upsr...kantoi...bannyak C dan D

pmr..dapat laa rasa 1 A,tu pun bahasa melayu

spm...satu A gak....untuk matematik

tapi, lepas spm aku agak kuat berusaha...dapat sambung bachelor engineering

habis bachelor..aku keje kat kilang jepun
ni laa kilang yg aku keje dulu



rasa2 cam tak best, aku berenti...dapat tawaran sambung master kat Australia...MARA support.tp disebabkan ada perkara yg tak dapat dielakkan, aku tunda pengajian dan akhirnya sambung kat Universiti Malaya.


ni laa universiti yg bakal aku pegi dulu...tp bukan takdir aku


Tuhan maha adil....walaupun aku bukan dari jenis otak cair,tapi sekarang, aku bakal ader master engineering dari UM


ni laa UM..univertiti malaya


Tuhan memang adil...setiap yg diciptakan,dah ada jalan ceritanya

Aku sangat bersyukur dengan apa yang telah DIA aturkan untuk aku..moga2, aku takkan lupakan DIA....amin.

Tuesday, March 16, 2010

KISAH DALAM TRAIN

sabtu dan ahad...aku ader kelas kat um (uni. malaya)..so masa ni laa aku guna kenderaan awam yang satu nie..TRAIN...atau dalam bahasa lain komuter. Macam2 peristiwa sepanjang aku gune train ni...dah dekat setaun lah aku naik benda alah nie ...

aku saja nak kongsi dengan sesapa yang bukak blog nie tentah peristiwa yang aku tengok,alami, saksikan dan hayati sepanjang aku gune train.

kisah 1...

satu pagi, macam biasa, aku berasak2 naik train (dari stesen UKM). tolak punya tolak, dapat laa masuk dalam train yg memang dah sempit giler. time nie, jangan harap lah dapat tempat duduk.maka dengan sopannya, aku berdiri depan sepasang laki bini dan 2 org anaknya. aku senyum2 tanda hormat.

si laki pegang anak paling kecik (BB) n si bini jaga anak yang besar sikit, dalam 5 taun cam tu. nak jadikan cerita, tiba2 handphone (hp) bini dia berbunyi, ader orang hntar sms....apa lagi, rancak laaa dia meng-reply sms tu...pada masa yg sama, bb yang suami dia pegang pun menangis (nak mak dia laa kot)...laki dia pun hulurkan bb tu pada bini dia (yg tgh dok sms).

"awak tak nmpak ke saya tengah sms, nnti laa"...bini dia boleh tengking suami camtu..~!!!!!
giler ah....si suami yg dah termalu, tarik semula bb dan pujuk jangan kasik nangis....yang aku hangin tu, bukan 1 minit, atau 2 minit...tapi setengah jam si bini main sms......

si suami sabo jek...tengok gelagat bini dia...dah nak wat camner,dah bini dia....sampai laa aku turun train.,si bini masih sibuk dengan hp...

pelik2....kalau aku laa yg jadi suami dia,memang makan hati sangat...mau aku tak ampunkan dosa bini cmatu....biar masuk neraka...aku gelakkan jek time tu~

bersambung......

Saturday, February 27, 2010

apa beza angsa dengan ostrich...???

Ni ada kisah yang aku nak kongsi dengan korang semua...

Aku sekarang nie ambik upah mengajar tuisyen anak sedara kawan aku. Kurang-kurang dapat laa tambah buit poket kan~. Aku ajar subjek sains, math, bahasa dan english. Ada dua orang yang aku ajar, abang darjah 5 dan adik darjah 3. Bayangkan lah, tengah 'meleding' laa umur cam nie....nak jek aku sebat ngan rotan panjang, tapi anak orang oi~tak berani gue~~~!!!..tak pasal2 nanti aku plak yang dituduh dera budak...zaman sekarang nie tak boleh main2...mak bapak ganas2...kalah siti tanjung perak tu~

Al-kisahnya, satu malam aku ajar subjek sains, tentang haiwan dan tumbuhan....aku tanya si abang..

Cik gu nak tanya, burung apa paling besar tapi tak boleh terbang?

............takder jawapan dari abang.

jawapannya OSTRICH laaaaa....~~!!!!

...........blur lak si abang tu~

tau tak OSTRICH tu apa?

tak~!

burung kaswari?

tak tak tak~!

tiba-tiba adik jawap....

adik tau, leher panjang..ader kepak...kan cikgu kan.

hah..betul laa tu...

ohh...kalau yang tu abang tau, nenek belakang rumah tok wan ader bela 3 ekor.
bukannnn~!!!!...tu angsa, bukan ostrich~~!!!...nak jerit jek...adoi laaa~

diorang blur semula.....

Aku terpaksa terangkan dari mula tentnag ostrich dan angsa...akhirnya diorang paham gak.

Apa nak jadi bebudak sekarang.....hehehe

Friday, February 26, 2010

kawin cerai artis kita~

aku mula-mula tu malas laa nak ambik kisah sangat cerita artis negara kita ni...tapi,tajuk berita dalam 2 hari nie kisah kawin dengan 'org luar' dan bercerai...dah jadi macam berita hangat...kalah laa kisah si sultan yang balik dari fasioterapi tu~

dari dulu kita biasa dengar, orang kita memang suke kawin dengan orang luar...tak kesah laa orang tu dari golongan 'mat saleh' hinggalah ke 'hero lombok'...memang menjadi pilihan orang perempuan negara kita nie....pelik~

terbaru, arits 'kesayangan' negara kita, Maya Karin...dah nak bercerai pun dengan suami dia, si mat saleh dari mana tah...tak pasti lak aku~
Maya Karin, antara artis yang aku suke, dengan lakonannya di layar perak, aku memang melekat lah depan panggung....
tapi bila aku baca kat paper, dia nak bercarai, aku langsung tak terkejut...dah agak dah. bukan aku nak doakan keruntuhan rumah tangga dia, tapi dah memang camtu resam hidup artis negara kita. nak kawin jantan luar jek, pas setahun, bercerai..biasa lah tu kann~

kadang-kadang, aku cuba cari jawapan, kenapa diorang nie memang suka-suka kawin dan bercerai lepas tu.....tengah-tengah aku cari jawapan, aku terdengar perbualan makcik kat dalam tren yang aku naik...cam nie perbualanya...

ko tau kenapa artis kite suke kawin mat saleh?

tak tau aku...ko rasa?

sebab diorang nie dah "bocor" laaa...ala, ko tau2 je laa kan...

ko jangan buat cerita...berdosa tu...

aku bukan buat cerita, tapi logik laa...kalau dah bocor tu, sapa yang nak lagi...orang melayu nie memang pentingkan 'benda' tu....lain laa mat saleh..kan~

logic jugak tu...sebab tu diorang kawin dengan mat saleh dulu, pas tu bercerai....jadi janda,dah sah2 bukan 'anak dara' lagi kan....

hah tu laaa....lepas bercerai tu, bolah laaa kawin dengan orang melayu....kira nak cover laaa...

mengucap panjang aku dengar buah mulut makcik berdua tu...tak sangka, nmpak cam mak aji balik surau, dasat gak mengata~

tapi aku tak rasa itu jawapan yang aku cari...diorang yang kawin cerai ngan mat saleh nie mesti ader reason tersendiri kenapa diorang buat cam tu....
kepada artis kita, sebelom kawin dengan orang luar, pikirlah bebaik dulu...sebab kesannya sangat mendalam....

aku doakan ini tak terjadi dengan serena ridzuan..anak chef wan..
kalai jadi gak laa...aku rasa chef wan teros kerat 14 menantu dia tu dan goreng buat sambal tumis...kan chef wan kan~

Sunday, February 21, 2010

kembar aku


aku jenjalan kat cyberjaya...

tiba2 terjumpa kembar aku yang dah lama hilang...i mis him so much

serupa kan~

jadi abang yang baik


dalam bulan nie, aku teman 2 adik bungsu aku jenajalan kat midvally

wayang + makan set tengah hari jepun n korea + shopping

tapi wayang cam tak best "case 39" hampeh lah~

tapi yang menarik minat aku sebenarnya, bukan berjalan bagai nak rak ngan adik2 aku, tapi aku dapat merenung kegembiraan yang aku rasa, dah lama hilang dari hidup diorang.

duduk bujang

dah lama tak tulis kat blog nie...ingatkan nak tinggalkan terus....tapi tak jadi
sekarang aku dah pindah ke kajang, tinggal dgn kawan !!!(^^)!!!
banyak benda aku belajar bila tinggal sendirian...termasuk memasak

aku dah boleh masak~!!! (^^)/''''

  1. kari ayam~tak laa susah sangat...tuang kari, tuang santan, masukkan ayam...tunggu 1 jam...siap~!
  2. sayur goreng~sayur n bawang putih n bawang merah...goreng...siap~!!
  3. masak kicap~minyak panas...masukkan ayam...tunag kicap sebanyak mungkin...best~~!
  4. lemak cili padi~yg perlu hanya santan dan cili,yg lain blasah~
  5. nasi~terima kasih rice cooker~!!
ok...tu je laa yg aku rasa boleh masak...tak susah mana,asalkan jangan bagi org lain makan...ko
makan sendiri....BAHAYA~hehe

Sunday, June 28, 2009

cinta tak kesampaian

hari jumaat, dalam suasana yang suam2 panas

aku termenung depan seorang lelaki, mendengar cerita tentang dia

tentang cinta yang tak kesampaian

aku jadi sedih dengan cerita dia

dah berlalu 30 tahun pun cerita tu,tp macam baru semalam bagi dia

aku simpati sangat sebab mereka tak ditakdirkan bersama

sekarang,masing2 dah berkeluarga,beranak pinak

terpaksa pendamkan kisah cinta yang lalu...jadikan kenangan

untuk mereka berdua...aku dedikasikan lagu ini untuk kalian

KU TAK BISA....dari kumpulan SLANK

semoga kalian teguh menghadapi hari yang mendatang

Monday, June 22, 2009

selamat sejahtera untuk hari ni (/^0^)/

hari ni berusaha untuk selesaikan semua kerja yang tertangguh..

termasuk nak barukan lesen memandu....

harap semuanya berjalan denagan baik

berusaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"\(><)/" yeahhhhhhhhhhhhhhhh

gi taman seremban


hari ahad lepas......

aku+din+mak+ayah+adik+wani+cucu angkat...qairina

ambil angin kat area taman bunga seremban

view..mmg can do~

~(OvO)~

suasana...banyak nyamuk sangat

~(><)~

perasaan...hepi + best!

~(^.^)~

buat iklan "milo"

aku suke tengok iklan "milo" masa kecik2 dulu

(^w^) ( ' v ') (~_~)

pernah mintak mak recordkan iklan "milo"

dan ulang tayang banyak kali...kalau tak silap masa tu umur 4 tahun

masa ambik gambar ni,aku kat dapur...nak makan malam

datang pulak idea nak buat iklan "milo"

apa lagi..snap ler....

dozo........(~~)/"

sayur petola yg pelik

ahad lepas...

melawat kebun ayah, jumpa petola yang pelik (*o*);

mak kata dia "tak cukup bulan" hehe (><) hehe

aku sempat bergambar bersama dia

"putera petola"

"si putera petola"

saksikanlahhhhhh (/^^)/



Wednesday, June 17, 2009

sudirman...susah giler nak download lagu dia (*x*)

puas laa aku cari lagu dia

"tak perlu dinyatakan"

memang takde kat mana-mana...marah aku

aku mengadu kat adik...keciwa laa kot

lepas tu adik aku sound...."along,ko salah tajuk lagu"

"huh?!"

"tak perlu diucapkan" laaaaa

"oh..ho....salah tajuk lagu rupanya"..hehehe

dah 50 kali aku ulang lagu ni pas abis download...(^w^);

kenangan buat rizal

pada 9hb jun 2009

sepupu aku meninggal dunia.....lemas di tasik

dia bakal mahasiswa di UMP hujung bulan ni, tapi Allah lebih menyayangi dia...

doa aku untuk dia, agar rohnya dicucuri rahmat...amin

walaupun tak berapa rapat (sebab dia bukan sebaya aku)...tapi aku dianggap abang besar dalam family ni..so,aku sentiasa ikuti perkembangan dia dan semua sepupu yg muda....agar diorang tak tersalah perhitungan...

al-fatihah buat rizal

mohammad rizal bin abdul rani

pic nie diambil masa hari raya lepas...(T.T)

"along,rizal nak belajar jauh...nak mintak restu along ye".....last words dr rizal untuk aku

Tuesday, June 2, 2009

1st time nonton kumbang...tututututut (OoO)


tadi..

aku singgah kat kebun ayah....

nampak laaa kumbang tengah bertenet +(^^)+

ambil ganbar buat kenangan

(^0^)~!

atok & cucu ~(^o^)~













pic ni aku snap masa cucu (qistina) request ayah aku lukis gambar

papa, mama & baby dia (qairina).....(/*o*)/

untuk tak keciwakan cucu sendiri...ayah aku lukis laa (^_^);

bawah ni adalah hasil lukisan ayah '\(_ _)/'

qairina nadhirah













nama :
qairina nadhirah

umur : belum pun setahun

hubungan : adik kepada qiatina (ader bagi tau sebelum ni)

keistimewaan : cantik sangat (darah campur laaa) (^v^)*

ni je laa pic dia yg aku dapat tangkap...{[(~~)]}

dia suka bergerak-gerak...susah nak snap "\(*o*)/"

Tuesday, May 19, 2009

makanan paling simple & best dari mak ~~!










walaupun simple....ni laa makan malam aku hari ni

<<<(^v^)>>>

sup sayur dengan nasi (dicampurkan bersama)

sesuai untuk makan time cuaca panas

(/^.^)/

style rambut baru \(^v^)/''''''














jarang buat...

aku ikat rambut .....~(^x^)~

terasa cam pelik...tapi best

go ashadi go

\(>v<)/

Saturday, May 16, 2009

Angle and Demon













hari ni nonton "Angle and Demon" dengan family tersayang...

(^.^)/'

malangnya....apa yang aku harapkan tinggal 'hampas' jek

m(*_*)m

ceritanya tentang konflik dalaman Vatican City dan institusi gereja tersebut....

ada komplot rampasan kuasa dari orang dalaman untuk jawatan POP

boleh kata cerita ni orang 'kristian' sahaja...(`_`)#

bagi kita umat Islam sejati....buang masa je tengok cerita tentang benda mengarut ni

(+_+;) lebih baik tido kat rumah je~

ceh~ ( ' .')```

rate : 2.5 / 5