rss
email
twitter
facebook

Sunday, November 24, 2013

Itu lah orangnya...hehehe

Aku btol jadi excited hari ni.....kisahnya bermula 2 tahun yg lepas....

Masa tu aku tgah layan facebook...dok belek2 facebook kawan2,aku terjumpa dengan satu fb kepunyaan seorang lelaki bina badan...aku kagum ngan badan dia...cantik..aku mmg teringin nak dapat badan cm malik noor...hehehe

Dan yng lebih aku kagum,budak tu bukan setakat badan cantik jek,tapi ada rupa...complate package,so aku bercita2 nak jadi macam dia...sorang lelaki yg jaga penampilan,badan cantik dan ada awek cun..hehe...dia adalah inspirasi utk aku mula main gym..tak mustahil aku boleh dapat badan cam dia kalau aku kuat berusaha...

Dan sekarg,aku dah dapat bentuk badan yg aku idamkan..hehehe..dalam masa hampir 2 tahun...

Hari ni,aku ikut keluarga uncle razak gi kuala Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sedara diorang...time tengah makan tu aku ada perasan,kebanyakan kawan lelaki pengantin mmg jenis main gym,badan cantik...dan tiba masanya pengantin masuk bersanding...aku hirau tak hirau jek...tapi memang perasan badan pengantin lelaki mmg besar ala2 sazali samad....

Lepas makan,aku gi kat penganting yg tengah makan berdamai,saja nak tgok close up...baru aku perasan....pengantin lelaki tu adalah idola aku dan dia adalah anak buah uncle Razak...hehehehe

Aku jadi teruja sebab dapat menghadiri majlis perkahwinan dia tanpa dirancang..hehehehehe.

Saturday, November 16, 2013

Jadi pengait dan ke seberang tanpa passport

Pada 2 minggu yg lepas,aku telah dilantik oleh uncle razak untuk jadi pengapit fuad...ni kali ke 3 aku dilantik jadi pengapit...masalahnya,perlu perlantikan ke nak jadi pengapit?....hehehe

Fuad kawin kat Perlis..dan ni 1st time dalam idup aku kene drive ke Perlis...bapak jauh giler...dah naik kejang kaki aku..berenti banyak kali gak...berenti minum lah..dan kencing...kat mana ku berenti,aku tak pasti....

Aku sampai Perlis petang Jumaat,tapi majlis kawin hari ahad...ktorang stay kat satu home stay tengah bendang....gayat gak lah...so,disebabkan ada satu hari free,ktorang plan nak gi padang besar dan wang kelian.... sebenarnya aku tak la berkenan sangat sbb orang yg paling hepi kalau gi tempat camni ialah mak aku....periuk,kuali,toto...semua murah2....

Pagi Sabtu berderet2 ktorang gi padang besar...sampai padang besar,dengan bantuan pakcik imegresen sedara fuad,ktorang masuk pekan siam...so secara tak lansung melancong ke thai lah....tak buat apa pun,gi makan moi ayam jek..moi tu bubur nasi....

Masuk balik ke melayaia, ktorang terus menuju ke padang besar punya pasar...aku tak tau nak bli apa kat sini,dan terpaksa mintak bantuan mak...aku kol mak dan tanya mak nak bli apa....mak menjawab dengan gagah nya "blikan mak toto 2 pasang dan cerek air kopi..."...kannnnnn,dah agak dah,mak mesti tau apa nak bli kat tempat camni...aku blikan apa yg mak mintak dan harga kesemuanya tak sampai pun seratus....pas beli belah,aku ajak uncle ajak makan pulut mangga....dah lama aku mengidam nak makan,dapat gak akhirnya...dan.....sesuanguhnya tak sedap..myb sbb aku tak berapa gemar benda yg terlalu manis...heheh

Hari ahadnya plak,pagi2 lagi aku dah bersiap ngan baju melayu,almaklum,nak bagi pengapit mmbr menikah...dah siap segalanya,ktorang as rombongan lelaki bergerak menuju ke masjid yang diarahkan...majlis pernikahan bermula...dan yg aku pelik si imam nikahkan kawan aku tanpa pengang tangan..main cakap camtu jek...dah kawan aku ingat tu hya rehasel....hehehe

Petang tu,pas majlis nikah dan makan berdamai,ktorang sekli lagi gerak ramai2 gi wang kelian plak....hehe...masuk sekali lagi ke kawasan pekan siam tanpa passport...sama jek cam padang besar,tempat jual banyak benda murah..layan gak...tapi toto kat sini lagi murah dari padang besar...hehe...kat sini,aku makan satu benda..tak tau lah betul ke tak namanya.pekedai tu bagi tau aku itu namanya "yam yam"....dan pekedai tu tak tau cakap melayu pun
.cakap Inggeris jauh sekali lah..tapi makanan tu mmg pedas..boleh kene buasir pedasnya.....

Balik dari wang kelian,aku btol2 rasa penat dan tombang malam tu....esoknya aku gerak balik kl...pengsan,drive selama 7 jam...

Tuesday, October 22, 2013

Kampong Hang Tuah

Aku rasa tak ramai yang tau tentang ni...aku yang duduk kat Melaka ni pun baru jek tau 2 minggu lepas...secara tak sengaja...ceritanya bermula bila cuti sabtu ahad,aku tak tau nak buat apa kat rumah,so plan nak jalan2 sekitar Melaka lah....sampai kat satu tempat area Duyung, aku nampak signboard tulis "Kampong hang tuah"....OMG,aku dah termasuk zaman purba gamaknya sampaikan terjumpa Kampong si hang tuah plak....

Perjalanan di teruskan ke celah2 perkuburan lama...dengan kata lain, sebelom sampai ke perkampongan nih, kita kene merentas kawasan kubur lama dlu....sampai la ke hujung kuburan,baru nampak ada komplaks perkampungan zaman purba.....ada istana,ada rumah2 Kampong.....cantik tempatnya.....

Rupanya kerajan Melaka yang bangunkan tempat nih...inspirasi dari Kampong hang tuah yang asal....dengarnya hang tuah punya Kampong mmg kat area duyung.....so,di sebabkan bukan free,masuk Kampong ni dikenakan bayaran 5 rimgget jek....

Ni tempat baru,jadi kebanyakkan rumah dan peralatan dalam rumah mmg baru lah....

Dalam istana utama yg dipangil istana hang tuah,pengunjung boleh tgok sejarah hang tuah yang sebenar...ada sudut teater,sudut bergambar dan sudut info....ok lah,sampai kan aku baru tau sebenarnya hang tuah pernah pergi Turki....buat haji....gi rusia...kelasss hang tuah sebenarnya..hehehe

Kat sekitar rumah hang tuah,ada rumah2 lain iaitu rumah hang hang best fren pada hang tuah....dalam setiap rumah tu di buat small musium lah....muzium keris, muzium pakaian Melayu....

Aku rasa dalam 5 tahun akan datang,tempat ni boleh jadi terkenal.....laa ni,panas lah area tu,sbb pokok pun kecik2....

Selamat bertunang adik adik sepupu....

Minggu lepas aku menghadiri majlis pertunangan adik sepupu aku...bukan2....adik adik sepupu aku...maksudnya dua orang bertunang dalam masa yang sama...sangat seronok lah...aku sebagai abang sulung dalam family, rasa bertuah dapat tgok adik2 aku membesar hingga tahap ni....hehe,bahagia sungguh!!!!!

Atiqah Samad dan Farhana Samad....tahniah untuk korang berdua...

Majlis berjalan dengan lancar..walaupun pertunangan dilakukan serentak untuk 2 orang sekali gus,tapi semuanya berjalan teratur seperti yg dirancgkan...semua ni aturan Allah...alhamdulillah.

Mula2,keluarga bakal mertua atikah yang datang dulu.lebih kurang jam 11 pagi..dengan hantarn 12 ribu,majlis selesai....acara tangkap gambar dan jemput semua yang hadir utk makan jamuan yg disediakan.....tepat jam 12.30..keluarga mertua farhana pulak yang datang,...dengan hantar 10 ribu,majlis selesai dengan bagus skali..

Aku sempat snap pic dengan diorang berdua...hehe

Ramai jugak jemputan yang datang....seb baik lauk cukup.

Monday, September 16, 2013

happy birthday...siapa yang patut di raikan?



malam semalam, aku teman mak borak2 depan tv...sambil layan drama kat astro, mak ada ceritakan tentang kisah sedara mara, apa yang berlaku pada adik beradik mak sekarang ni..kiranya mak update tentang keadaan makcik pakcik aku lah...

tiba2 terkeluarlah kisah sambut hari jadi...mak tak kisah orangnya..dan dia sangat open minded...ada orang yg pantang kalau tak sambut hari jadi, tapi bukan mak....walaupun camtu,setiap kali hari jadi mak, aku dan adik2 akan wish mak atau adakan sedikit sambutan kecil2lan untuk mak....

malam tu, mak bertanya satu soalan pada aku berbunyi.."kenapa setiap kali sampai time birthday, kita akan tunggu wish dari orang lain?..kalau ada orang tak wish, kita jadi tak berapa nak suka orang tu?..sebabnya orang tu tak ingat tarikh lahir kita...terutama kalau time hari jadi, teringin nak dapatkan wish dari suami, isteri, anak atau kawan2 rapat...tapi, apa pulak yang kita buat bila dah dapat semua wish tu?"......

ok......soalan mak aku blur tros...tak dapat tangkap dan aku bertanya pada mak apa idea mak....dan mak beri satu jawapan yang aku rasa time tu jugak aku nak ulang masa lampau dan buat apa yang mak buat...

ini jawapan mak....

"setiap kali sampai hari jadi mak, mak akan cari telefon sesegera mungkin dan mak akan telefon nenek dan atok...dan mak akan ucapkan "mak, hari ni hari jadi uda (panggilan untuk mak aku dalam family dia), uda nak ucapkan terima kasih sebab lahirkan uda, didik uda dan membesarkan uda selama ni..uda sayang mak....abah,uda mintak maaf kalau selama ni uda banyak susahkan abah, uda nak ucapkan terima kasih sebab besarkan dan didik uda sampai ke hari ini...mak abah,terima masih lahirkan uda ke dunia ni...."

itu jawapan mak...itu yang mak buat setiap kali tiba hari jadi dia....dan aku,aku tak pernah wish pada mak sedemikian setiap kali tiba hari jadi aku....

aku sebak dengar jawapan mak.....dan aku rasa bersalah dengan aku sendiri...dan aku akan betulkan apa yang sepatutnya aku betulkan....

Tuesday, September 3, 2013

pic raya ni paling aku suka

ok...korang mesti tak berapa faham pic raya kali ni...time ni,aku mintak adik aku snap pic aku depan rumah uwan aku..dan disaksikan oleh 2 orang lagi adik aku (laki bini)...tanpa diorang ni sedar, diorang pun telah di snap masuk dalam pic raya aku....hehehe..konon lah diorang dok tepi tapi tak masuk dalam gambar ...sebenarnya TIDAK!!!!..hehehe


Monday, September 2, 2013

Tanda Putera buat aku rasa sedih laa...

Aku gi tgok tanda putera,filem kontroversi tu kat wayang ngan mak n ayah...1st time aku gi tgok ngan mak ayah tanpa ada 8 askar kat belakang (adik2 aku...hehehe).

Sebelom cerita ni mula, ada lah iklan tentang wira negara dan keamanan malaysia...mak ai,sedih la ngan iklan tuh...tahan air mata mak senah jek...kalau ikutkan nasfu,dah lama meratap dah nihhh...hehehe..iklan tu tentang perpaduan negara kita yang semakin terok...

Dah habis iklan, ttb kene bangun nyanyi lagu negaraku...rasa bersemangat sangt!!!!!..dah lah baru tgok iklan sedih tentang keamanan,pastu nyanyi lagu negaraku plak..mmg bertambah lah perasaan cintakan negara!!!!..

Cerita pun bermula....patut lah DAP mati2 tak nak cerita ni di tayangkan di Pulau Pinang...kalau korang nak tau,dalam cerita ni menunjukkan dengan jelas bahawa DAP adalah pihak yang bertanggungjawab menghidupkan semangat komunis masa lepas pilihanraya dan akhirnya terjadi peristiwa 13 may.....sejarah hitam negara kita.

Cerita ni bukan rekaan,tapi fakta sejarah yang diakui benar oleh semua pihak...dan aku nak ingatkan, yg menyebabkan rusuhan 13 may bukan orang cina, tapi DAP!!...orang cina,melayu dan india terasa tempiasnya waktu peristiwa 13 may....cerita ni btol2 macam baca buku sejarah catatan yang dilupakan....akhirnya aku faham.

Kesian aku tgok Tun Abd Razak dan Tun Dr.Ismail...sampai sakit2 pun masih lagi rasa bertanggungjawab nak selamatkan negara walaupun waktu tu mereka berdua sakit terok..sorang kene kanser,sorang lagi masalah jantung kritikal....tapi masih lagi tenang menghadapi 13 may dan karenah orang malaysia....

Sepanjang cerita, aku tgok ayah menangis....air mata ayah laju cam hujan....aku ngan mak tak berani tegur ayah...aku tahu,ayah sendiri rasa camna teroknya 13 may sbb masa tu ayah dah besar....aku dapat rasakan,cerita ni cam mengulang semula kisah2 sedih ayah di masa lalu yang aku tak tahu....aku ngan mak tgok jek ayah nangis....seb baik dalam gelap.

Aku sendiri banyak kali sekat air mata aku dari jatuh...mmg sedih la bila kenangkan pengorbanan pemimpin dulu nak amankan negara ni.....aku mmg tak mampu buat apa yg diorang buat...ketepikan kepentingan peribadi hanya untuk negara......tapi,ujung2,bila babak Tun Abd Razak dibawa balik ke Malaysia, kali ni aku btol2 rasa nak menangis lah...

Dan yang aku kagum,ramai jugak orang cina dan india tgok cerita ni....maksud aku dalam wayang sama ngan aku.....

diorang pun nak tgok camner peristiwa 13 may dan pengorbanan Tun berdua handle kes ni bila di adaptasi di layar perak......

Keseluruhan,aku suka cerita ni...aku sarankan sebagai rakyat negara ni,aku mintak korang semua tgok semula sejarah yang dilupakan ni...

Terima Kasih Datin Paduka Suhaimi Baba.....makcik mmg terbaik lah!!!!!

Wednesday, August 21, 2013

Kisah raya dan labu sayong

 

selamat selamat.....hari ni kali pertama aku tulis blog guna pc semula..sebab blackbarry aku dah kong..baru tukar fon baru touch screen,tp masih hampeh lagi tahap penggunaannya (cam salah eja)...touch screen ni susah la nak guna...nak tekan lain,kang keluar benda lain..kekadang sakit hati sebab semua text kene tulis semula

ok...lupakan kisah tu,sambung dengan kisah raya...

Kisah Raya Aku

Kali ni aku beraya kat kampong kat segamat, satu felda yang dekat dengan gunung ledang...so kekadang tu boleh dengar suara puteri gunung ledang nyanyi2 tengah malam..hehehe..so orang kampong aku kira dah tak berapa nak heran lah dengan cerita gunung ledang tuh...klas ko senah..hehe

Raya pertama berlangsung dengan meriah, cuma kali ni aku malas nak bermaafan dengan family sebab sentap secara tiba2..hehe...jangan kata jantan tak sentap, keras diluar tapi lembut didalam..hehehe...ewahhh...dengan kata lain,senang dilunturkan dengan air mata wanita (awas pada bakal bini ku,dont do this to me only for set of berlian, i rather buy it then see u crying like a bunch of babies)...hehehe...

kenapa aku sentap?...hah!,ni bermula bila makcik2 aku dah taknak salam ngan aku kerna aurat katanya...sedey la ttb kita hulur tangan diorang langsung taknak salam...nnti berdosa masuk neraka lah....sentap kan...selama idup setiap kali raya, tangan mak cik pakcik aku ni lah yang aku salam mintak ampun mintak berkat,alih2 tahun ni semua pakat taknak salam aku...hehe...lantak lah labu. sekurang2nya kalau tak nak bersentuh kulit pun,boleh lapik guna kain tudung...aparaaaa

itu kat rumah ayah aku...kat umah mak aku plak, semua adik beradik mak tak balik raya...jadi atok ngan nenek beraya dalam kesunyian, seb baik umah belah ayah n belah mak dekat jek...so kita orang adik beradik lah yg memeriahkan suasana...yelah,dah sentap tadi kan, tros la larik umah nenek belah mak plak...hehe

raya ke 3,kita orang ramai2 gi hantar ayat bertunang kat JB..ayat tu sepupu aku dan aku dah anggap cam adik aku sendiri...dia bertunang ngan mimi,..orangnya baik dan berbudi bahasa...hantaran 15 ribu wooo...maklumlah,ayat ni chef,gaji besar...bangga aku ngan ayat...dan bersyukur ayat dapat mimi, baik budaknya...

dan, satu perkara yang tak diingini berlaku waktu bertunang tu....aku ke majlis tu ala2 lady gaga...baju lip lap lip lap sakan...kalau angin tiup tu mmg nampak lah wave nye...ujung2,ayah aku suruh baca doa penutup majlis...tak ke sengal namaya..hehehehehe....merah padam muka aku...korang bayangkan lady gaga baca doa penutup majlis...keji kan..hehehe...

btw,tak la lady gaga sangt...saja nak kasi sedap cerita


Kisah Labu Sayong..

dan jangan ingat ni ada kena mengena ngan raya...langsung takde...
Aku ada beli labu sayong masa gi kuala kangsar sebelom puasa tu hari...harga labu tu dalam 10 ringget jek dengan saiz 1.5 liter...nak buat bekas air katanya...

Baru2 nih, aku masak air dan air tu still lagi panas bila aku tuangkannya dalam labu sayong....
15 minit pastu aku tergerak nak buat air milo...minum milo sebelom tido, baru cam mat saleh,aku tgok kat t iklan dia buat camtu " i wanna coklet berofe sleep"...untuk minda yang cergas...cawan+gula+milo....dan aku tuang air dari labu sayong....korang tau apa jadi?..milo aku terapung secara sendirinya!!!!!!

bukan magic...tapi air dalam labu tu dah sejuk sesejuknya!!!!!....aku kagun jap...wahhhhh....tak sangka orang dulu dah jumpa penemuan ni yg aku baru jek jumpa masa umur 31 tahun di tahun 2013....hehehehe


Sekian

Friday, August 16, 2013

Testting2

Hai

Friday, July 12, 2013

Kisah Ramadhan

Hehe...

Dah lama tak menulis kat blog nih.sebelom tu nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..

Best kalàu dapat puasa nih,badan jadi ringan,takyah nak pikir makan lunch dan sentiasa sejuk walaupun dok tengah panas!!! (Kurang lemak namanya)...masa mula2 blajar posa (umur 6 tahun),siap curi2 minum air wuduk...kumur2,telan...hehe..tp telan sikit2 jek,buat basah tekak...

Dah masuk 30an ni,mmg tak jadi masalah la tentang posa dan tahan lapar...cuma,lately susah nak bangun sahur..kalau dapat bangun,pas sahur jangan tidur...kalau tidur jugak alamatnya subuh tuang lah!.....ataÙ subuh gajah....gigih,terawikh buat sampai 20 rakaat,ujung2 subuh jadi gajah...hehe

Untuk mengelakkan subuh gajah,aku try bukak internet n baca artikel apa2 yg best...cerita nabi lahh,kisah sahabat2 nabi lah...kisah ayah pin pun aku blasah jugak....sampaikan cari soal jawab agama tentang "adakah puasa batal kalau korek idung"...hehe

Semalam gi lah tarawikh kat masjid yg dekat dengan rumah...ramai jemaahnya...kat sini buat 20 rakaat lah...kalau pikirkan mmg banyak,ßo jangan fikir,follow jek imam...masalahnya,mlm semaLam,pakcik depan aku buat lawak daaa...baru rakaat pertama dah bagi salam...pastu mengelampit sebab semua org berdiri.....tak tau nak buat apa,dia tros berdiri semula dan acting like nothing happened...hehehe...drama sangatttt!!

Dulu,(teriñgat zaman kecik),aku rajin bawak adik2 gi tarawikh kat surau balkang umah...nak jadikan cerita,time tu aku sembahyang kat ujung saf...dan bersebelahan ngan saf pompuan..hanya dipisahkan dengan tabir nipis jek....ttb,angin luar bertiup kencang..tabir sebelah aku tersingkap..dan bila tabir tu turun semula,aku dah ada dalam kawasan pompuan!!!!...cuak jap...ni semua tabir tu punya pasal,landing kat org sebelah aku..sampai habis solat aku kat area wanita...hehehehe...pas habis solat cepat2 singkap semula tabir tu dan labuhkan kat sebelah aku...gelak makcik2 kat area pompuan....

Hehe...solat subuh jap naaaa...


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Friday, June 7, 2013

Aku,kawan2 ABIM....nampak jurangnya..

Tgah lah syok skrol pic2 dalam fb,aku terjumpa satu pic lama,time skolah rendah..kawan aku yg post pic tu kat wall dia...aku tros baca komen2 kat pic tu...terkedu jap..

Aku tgok,kawan2 skolah rendah aku bagi komen,sangat sopan dan masih mengekalkan ciri2 islam..takde la perkataan 'bodoh'..'sial'..'Cilaka'...atau perkataan lucah lain spt 'alat kelamin lelaki dan wanita' (paham2 sendiri la yek)...

Dan disebabkan pic tu jugak,aku jumpa ngan fb2 kepunyaan kawan2 lama yg lain (time skolah rendah dulu)..dan yg paling mengejutkan ialah, diorang berjaya mengekalkan ciri2 islam yang kami diajar masa skolah rendah..

Aku kagum...

Aku dulu,skolah rendah kat sekolah rendah islam seremban "sri seremban"..di bawah kelolaan ABIM (angkatan belia islam malaysia)...dan skolah ni mementingkan sangt pembelajaran agama termasuk tauhid,fiqah dan adab...so tak hairan lah kalau didikan agama aku waktu kecik sangat kukuh...

Cuma,yang paling aku kagum,kawan2 aku time skolah rendah semuanya masih dapat mengekalkan identiti islam...

Aku?..hehe..masih lagi solat lah..cuma kehidupan aku agak rancak sket..biasa la,baru 31..banyak benda nak buat.....hehehe...cuma blom sampai masa nak 'berkopiah' 24 jam...hehehe...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Monday, June 3, 2013

Tuan rumah yang pelik..

Aku duduk kat satu rumah sewa dengan penyewa yang lain...dulu,5 bulan yang lepas,aku menyewa bersama kawan2 satu ofis..tapi semuanya dah keluar atas pelbagai sebab..kawin,dpt rumah baru dan nak duduk bersama keluarga...jadi yang ada skarang adalah penyewa baru..

So,aku tak kenal sangt dioranga..lantak lah..asalkan diorang tak curi susu "low-fat" aku secara senyap2..hehehe

Kalau dulu,bayar sewa rumah serentak,sbb semuaorang dapat gaji pada tarikh yang sama...skg tak lagi..semua pun dapat gaji pada tarikh yg berlainan...

Kisah bermula bila tuan rumah aku selalu naik hangin sbb bayar tak ikut perjanjian asal (bayar sebelom masuk bulan baru).."Mak cik nak tanya,kenapa ko bayar sewa lambat sangt..makcik tak pahàm..bukan banyak pun,600 jek..bayar je lah"...puas aku terangkan,tapi makcik tuan rumah susah nak terima...

"Camni lah makcik,makcik berdoa lah bebanyak..bukakan pintu hati penyewa2 yang lain supaya bayar kat saya seperti yg sepatutnya..senang saya nak bayar kat makcik"...

Masa berlalu selama 3 bulan,makcik tu tak msg atau kol...tiba2,satu pagi di awal bulan,makcik tuan rumah kol aku..

"Makcik sakit hati ko tetap tipu makcik..ko suruh makcik berdoa supaya korang dibukak hati bayar sewa awal,makcik dah berdoa banyak2..tiap2 hari berdoa....siang malam berdoa..tapi,makcik tetap dapat bayaran sewa lewat dari sepatutnya!!!!!"..."Korang tipu makcik suruh berdoa!!!"..

Aku terdiam...makcik ni dah kenapa..dia selama ni dia berdoa semata2 duit sewa ke???!!!...hehehehehehehhehe...gelak tak hengat aku dibuatnya!!


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Saturday, May 18, 2013

Ayah dan uwan...mmg gelak..

Uwan tu panggilan untuk nenek perempuan..aku ada 2 nenek..sebelah mak dan sebelah ayah..dua2 tinggal ngan mak ayah aku sejak sekian lama..

Tapi sebelah mak,aku tak panggil uwan,tapi panggil atok jek..

Nak jadikan cerita..dua2 nenek (uwan) aku ada henset...senang anak cucu nak kol tanya kabar..dan senang diorang kol anak cucu yg dah lama tak tanya kabar neneknya...hehe

Dan tiba2 telefon uwan berbunyi dengan kuat..dia punya ring tone mmg bapak kuat gile..cam dengar jam loceng lah....

Ayah yang pada masa tu dekat dengan telefon tu,cepat2 capai telefon tu dan try untuk pickup the call...but he really donno which buttom should he press...dan finally the ringing stopped...dan uwan aku menjerit dari kejauhan "siapa yang kol ri (uwan panggil ayah aku 'ri'..stand for johari).."Entah mak,sapa tah kol,aku tak sempat angkat"..

Ayah bawak fon tu ke tempat uwan aku melepak...dan uwan perhatikan screen henset dia..."Meh sini mak ajak ko camner nak tekan,nak angkat telefon ni"..ayah pun dengar satu persatu ajaran uwan..

Hehehe...situasi tu mmg buat aku gelak kehkehkeh....aku tak pernah tgok camner uwan ajar anak..garang gak aku tgok ayah kene marah ngan mak dia..sbb tak pickup kol...hehe

Kenagan terbaik utk aku simpan...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Friday, May 17, 2013

Burung Makan Nasi..

Entry ni biasa jek..cuma ada kisah sebalik burung dan nasi..cerita bermula camni..

Aku ngan kawan2 gi makan kat satu kedai..lunch lah.gi makan ramai2 memang best..dah senduk lauk,cari port dan mula makan sambil ngumpat2...tp orang skg tak panggil mengumpat,di panggilnya bergosip..haaa,tak la nampak berdosa sangt...

Tengah2 ktorang bergosip tu,ttb aku nampak satu pinggan yg nasinya belom terusik..tapi dipenuhi dengan burung yg datang makan kat pinggan tu...dan tiba2 tuan pinggan tu dtg dan makan bersama2 burung2 tu...

Tergamam aku...betapa mulianya tuan pinggan tu..mesti dia orang alim sampaikan mahluk Allah yang lain berebut2 nakkan berkat lelaki itu...dan aku boleh jangkakan,lelaki tu org alim rasanya..tgok pada gaya,senyuman dan air muka dia..tenang jek..

Iktibar untuk kita semua...

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Saturday, May 11, 2013

Pilihanraya 2013..dah selesai..

Semuanya dah terjawab..pilihanraya kali ni dimenangi oleh BN dengan 133 kerusi parlimen.

Yang aku nak cerita bukan tentang pilihanraya,tapi apa yg aku alami waktu hari mengundi..

Ada sorang pakcik tu,beratur kat line 2..punyalah panjang line tu dan pakcik tu beratur dengan penuh kesabaran dan adab sopan..tiba2 "cam haram punya pilihanraya..lama beratur,buat penat orang jek"...dan dia berlalu pergi..masa tu,tinggal 5 orang jek depan dia....bangang kan..hehe

Lagi satu plak,masa sebelom aku masuk dewan,aku nampak sorang pakcik keluarkan kerusi roda dari bonet kereta...oh,mesti pakcik tu bawak mak atau bapak dia yg dah tak leh jalan,gi mengundi...bagusnya..SALAH!!!!....bila aku tgah beratur jek untuk mengundi..aku nampak ada petugas tolak pakcik tu masuk ke bilik undi dan dia diberi peluang mengundi dulu..hehehehe...pakcik tu mmg cerdik doh..hehehe....

Ni plak kes peraih undi..kat kawasan aku,peraih undi yg ditugaskan buat kempen "ala2 majlis kematian"..hehe..sunyi jek..paling tinggi pun "adik mengundi lah parti kami"...layuuuu jek..hehe...lebih baik ko takyah jadi peraih undi,ko jadi tiang jek lagi bagus..dok kat tebing jalan,pegang bendera parti..hehe

Skali aku dtg melaka..tu diaaaaa...dah macam org hilang akal..menjerit,melolong...ada yg joget2...hehe..baru best gi mengundi...makcik ke,pakcik ke..sama jek...giler!hehehe...5 tahun sekali kannn....tak dapat masuk kilauan emas, jadi peraih pun jadi lahhh!!


Tapi,kali ni,pilihanraya paling bersejarah dalam idup aku sebab semua ahli keluarga dapat mengundi bersama...mak,aku,uda dan din mengundi kat senawang...pagi2 lagi ktorang dah sampai tempat mengundi..jam 8.30 dah siap mengundi..pastu ramai2 hantar ayah plak mengundi kat melaka,kat pengkalan minyak...semangat kan...!!

Pas habis mengundi,ktorang carik kedai makan kat melaka..nak makan asam pedas melaka...cadangnya nak gi tempat yg feymes,tp tutup plak..so ternampak la satu kedai..tuan kedai tu dok panggil2 ktorang dtg kedai dia..."Sini dik,makan sini,semua sedap2 dik".."Mari la semua sini"....hehe..akibat dari godaan makcik2 kedai tu,aku sekeluarga terpedaya...so ktorang makan kat kedai tu..makan untuk sepuluh orang rm 78 ringget..ok lah..

Mak sempat plak nak gi kedai tudung kat melaka sentral..nak cari lerang 80 katanya..aku pun tak paham sangt..tp maksudnya tudung saiz besar lah..hehe

Pastu,..gegas balik ke seremban sebab nak tau keputusan pilihanraya...

Kesimpulannya,pilihanraya dah jadi acara outing keluarga..meriah!!..disertakan gambar jari aku,mak,din dan uda pas menundi..hehe

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Saturday, May 4, 2013

Another ghost movie..

I suddenly found 1 ghost movie at cinema website..malay movie.."Bisikan syaitan" was a title..

So plan to watch it tonight..after dinner with my office colleague..at steamboat restaurant.

I reached at cinema around 10 pm and quickly get the ticket,afraid it was sold out coz today is an opening...but as usual,malay movie kinda no one would like to watch..only few seats are sold..so pithy.

But,only to support malaysia product,I willing to buy 'stupid' malay movie ticket rather than 'amazing' english movie..really sound stupid isn't it?...hehe..hopefully one day,dis industry really can stand together with hollywood..

For overall,the movie just so-so..not really interesting..in early part,show some ghost image and its quite promising...but in the middle part until the end,its turn to rubbish..to many part was hanging and unexplain.....but it can conclude that this is really malay movie style...which seems quite promising at early and ended with disappointment..

I gave 5/10...

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Wednesday, May 1, 2013

Khas untuk bacaan pasangan bercinta...

Kita dipisahkan dengan jarak yg jauh...berbatu jauhnya.dan untuk jadikan ia dekat,telefon,sms dan fb selalu jadi penghubung kita..sebagai tanda saling menghargai,cincin dijadikan tanda ingatan...

Tapi,walau bagaimana jauh pun,kita tetap terasa dekat..seperti sedang bernafas di udara yang sama...disebabkan itu,langsung terasa seperti menjalani hidup seharian bersama-sama.

Perkenalan yang singkat..dan seterusnya proses melamar dan cuba memahami hati budi...walaupun masih lagi belajar untuk mencintai dan dicintai,tapi ini antara moment terbaik pernah dirasai..setiap detik dilalui dengan setiap kenangan indah..

Masa hanya diberikan 10 hari,terlalu kejap ia berlalu...masih lagi terbayang wajah sayu yg dihiasi garis2 pengalaman...dan ia tetap indah..

Dan kini...aku merenung masa depan..apa akan dilalui..sewaktu kita sama2 tua,dan sama2 sudah pandai menghargai cinta...dah sebati..tiada lagi cemburu menghiasi hari2 kita bersama...

Cinta...baru kini ku rasa seperti ada..ia benar2 wujud..Tuhan jadikan mahluk bernama cinta,datang menemani hidup kita berdua..dan cinta akan kekal bersama kita selagi kita berusaha untuk mempercayainya..

Pada kejauhan...aku cinta padamu..

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Monday, April 29, 2013

Kaki aku lenguh2 btol...

Tak tau kenapa,sejak sabtu lepas,kaki aku lenguh jek..lenguh2 tu terasa dari pangkal peha sampai ke buku lali...nak tido pun tak selesa...

Nenek aku ada suggest bli satu minyak "minyak serai wak dakam"..nenek kata eLok untuk kurangkan lenguh2 kaki...dengan minyak ni saya aku guna untuk hilangkan lenguh..habis dua belah kaki aku sapu ngan minyak ni...

Time keje tadi sempat tgok internet,cari petua tentang kaki lenguh,cara nak kurangkan..jumpa la 3 cara:

1.Pusingkan tapak kaki ikut arah jam dan lawan jam secara bergilir.

2.Tetakkan kaki lebih tinggi dari badan..

3.Refleksologi...

Aku buat ketiga2 tapi teta kurang berhasil...so aktiviti aku di gym terhenti buat seketika..untuk elakkan berat badan meningkat ke tahap yang menyeramkan..aku jaga makan...malam jangan makan karbo langsung!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Monday, April 15, 2013

Christina with her Lotus

I just brought her new album.."Lotus"..oh,forget to tell..dis is new album from Christina Aguilera..is just showing a new her and try to express in different wey I guess..

From album cover..she really appreciate her body so much..try to be sexy by wearing nothing..nude..try to make fans believe that she still hot even though she is mother already..but still impressed me "ohhhhh..wahhhh"..hehe

From track 1 until 5,most of it are beat song..really attractive especially to youngster...but not me,hate these tracks..annoying...do I old already?!...

But,the rest of,really perfect...most of songs really challenging for her to bring it on..got high pitch,waved part..but she proved that she is different..just name it,she can sing various kind of tempo...

I'm not kind of music expert,just an ordinary listener and music lover..so myb my review slightly different from others...

Overall...I credit 7.8/10


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Thursday, April 11, 2013

Allah pernah berfirman..sewaktu aku sampai ke dunia nanti,aku akan dijaga oleh malaikat yg diutusnya....

20 tahun yang lepas....

Masa tu aku sekolah rendah..kalau tak silap aku waktu tu 12 tahun,darjah enam lah..dan aku masih ingat,waktu tu disekolah ada pemilihan pengawas sekolah..oh,nak bagi tau sikit info...aku sekolah rendah di satu skolah agama swasta yg agak terkenal di malaysia...jadi calon2 pengawas mestilah bagus ahlaknya...

Dan dengan tak disangka,aku terpilih menjadi pengawas sekolah..dan dengan bangga akan menyarung baju biru pengawas..

Sampai rumah,aku bagi tau berita ni pada mak..dan mak sangat gembira..mak cakap,ayah dulu pun pengawas jugak..jadi aku sama dengan ayah..sangat bangga bila aku disamakan dengan ayah...ayah terlalu tinggi..

Dan aku bagi tau mak,mulai minggu depan,aku diminta untuk pakai baju biru,baju pengawas...dan baju tu harus dibeli segera...mak hanya ketawa mendengar permintaan aku...

Esoknya,hari sabtu...aku tak nampak mak atau ayah keluar rumah beli baju biru..hari ahad pun takder jugak....aku jadi resah.

Petang ahad,aku baru perasan..mak merendam baju putih aku,iaitu baju skolah aku,kedalam cecair berwarna biru...dan bila diperhatikan dengan lebih lama,rupanya mak merendam baju skolah aku ke dalam nila...dengan kata lain,baju putih aku akan ditukar warna ke warna biru...

Baru aku tau,permintaan aku telah menyusahkan mak dan ayah...baru aku sedar,mak ayah takde duit yg cukup waktu tu,untuk beli baju pengawas baru untuk aku...dan demi memenuhi permintaan aku,mak buat begitu..

Dan bila baju tu siap,warnanya tak la begitu biru dan tak sekata...bertompok2....masyallah..demi aku,mak sanggup memenuhi permintaan anaknya,hanya untuk meraikan aku sebagai pengawas baru...

Dengan bangganya,aku pakai baju yang dah mak "hasilkan"..walaupun ia nampak pelik dan agak buruk,tapi aku banggan menyarungkannya...walaupun aku dikutuk kawan2..tapi aku tetap bangga menjadi anak Puan Norilah binti Sagap dan Md Johari bin Misran..walau sesusah mana kita,kita tetap bersama...

Baru aku ingat firman Allah pada ku..siapa malaikat utusanNYA untukku...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 1, 2013

Hari Buat Kad Pengenalan...

Dah terok sangt kad pengenalan aku...hukum bunag jelah..

So sebabkan hari ni takde kelas,aku ambik peluang buat kad pengenalan baru..ingatkan boleh la cepat,rupanya ramai jugak org..walaupun cuti sekolah dah habis..

Tapi yang dtg hari ni kebanyakkannya atok dan nenek yg nak tukar kad pengenalan baru..aku tak tau kenapa,mungkin diorang nak gi haji kot...atau nak keluarkan duit kat kwsp...entah lah..

Tapi kebanyakkan ditemani anak2...masing pimpin mak ayah diorang yg dah tua..bagus gak orang malaysia nie...slalu sangt aku tgok kat tv kisah derhaka pada mak ayah..sampai siap sanggup terajang lah,bunuh lah...tu yg ingat semua org pun camtu...

Pada memurid aku yg baca blog ni...ambik pengajaran..seagi kita ada mak ayah,jaga lah mereka elok2...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 31, 2013

Scorpio Guy

This time, the post its about me..hehe

I read an article about people who born under scorpio zodiac..suddenly found it from old magazine.

That article mention that scorpio guy is very independent and really hard working...can work without supervised and high intention on difficult task...and the same time,they are really easy got tempered if people try to obey them or not complete work accordingly...no matter boss or head of department..will get the same scold..

Last two weeks,my boss suddenly call me lazy worker...because of certain things that I don't know, he keep call me lazy...actually, that procedure he supposed to explain to me first because I'm still new in this field...but he fail to do that and thought I already knew about that...

I really angry at that time and me suddenly shouting at him...and the whole office listened to it...my boss also just stand and don't know what to react ..

This case was so famous at my office until now..hehe...so,don't play2 with scorpio guy ok!...they will venom u any time without asked..hehe


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 30, 2013

Pertama kali aku ke sini....

Susah aku nak mulakan dari mana..berlumba2 cerita2 menarik yang aku nak keluarkan...ok..camni,pada sesiapa yang baca tentang cerita ni,mesti ada yg anggap aku poyo atau berlagak atau jugak ada yg anggap 'budak baru belajar,biasa laaa'...hehehe...

Mlm haritu bersamaan 19 malam march 2013, aku ikut azmir gafar ke satu majlis fashion show...azmir ni kawan aku dan dia designer yg sedang mendaki kejayaan...maksudnya feymes lah tu...dia yg ajak aku teman dia ke majlis ni....dengarnya hanya socialite bertaraf 5 bintang jek yg dtg ke party majlis camni...kelassss kannnn

Aku pakai biasa jek,..takde la nak bersari bagai..atau dress 5 meter..aku org bukan socialite ok!!...bukan designer !!...aku memang orang biasa!!hehehe...mesti korang tak caya kan...hehehe

Mula tu,sebelom masuk tempat tu..aku rasa dah cam nak pitam...maklum,rusa masuk kampong..gayat lah!....tu yg nervous tak tentu pasal...dari rumah aku dah berak siap2..supaya tak la mengelampit nak ke tandas bila dalam majlis nnti..

Sebelom masuk ke dalam dewan, semua yg hadir diminta tunggu kat lobby untuk dapatkan sikit refreshment...bukan pe,dapat la minum air coke...lega sket tekak..time ni reporter2 dari magazine2, paper2 atau blogger2 akan bergambar2...bukan utk kenangan,tp utk dimuatkan dalam magazine atau paper diorang..nak kasi laku lah...so,aku sempat lak bagi pose isitmewa waktu diorang nak ambik gambar aku...(Istimewa sangat sbb bergambar ala2 kayu!)..hehe

Aku jumpa ramai socialite malaysia,termasuk designer cam amir luqman dan bon zainal...jumpa gak ngan retis2 top cam awal dan jehan...diorang semua borak2,tergelak2...aku senyum jek..tak tau nak masuk line...jauh btol jurang hidup aku ngan diorang2 semua...hehehehehe...ttb aku ternakpak satu watak dalam Lord of The Ring...GOLLUM!!!....hehehe...sebenarnya dia designer a.k.a pengkritik fashion malaysia....tp mmg cam sibling2 gollum..hehe...dosa lagik!..aku tak kenal orang2 kat sini,jadi tak tau nak bergaul...aku tgok si azmir tu melayan jek ngan semua guess yg dtg...hehe

Ttb,diorang umumkan semua dah boleh masuk dewan...aku ngan mmber aku cepat2 ambik peluang masuk awal ke dewan....kene masuk cepat sbb kene berebut tempat terbaik depan runaway stage..hehe,,,...

Bila dah dapat tempat duduk,tros aku jadi patung cendana...diammm jek..nak buat apa pun tak tau.tgok jek model2 tu jalan ke hulu ke hilir...tapi majlis nampak sangt meriah....ada gak acara art design ttg rambut...aku tak paham sangt ttg ni...tp,tgok je lah...

Habis2 tu,ada acara party...buat kat ruang sebelah dewan utama...ok,makan dia sedap cuma sbbkan angin dah masuk perot,aku rasa loya plak nak makan...ada yg menari,yg borak2,bergurau2...ada gak adigan "pancing memancing"...hehe...1st time aku tgok party camni....aku ambik pendekatan jadi anak dara sunti duduk di anjung.....maksudnya dok kat penjuru dewan jek...hehe

Tepat jam 12.30,aku ngan azmir bertolak balik ke melaka...

Azmir Ghafar...tq yek bawak aku ke majlis camni...best!...tp susah jugak sbb diorang semua dressing sakan,aku jek yg biasa.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, March 18, 2013

Palying with SimSimi

I just knew about this software last week..o funny and can release tension also..hehe

Last week, just gathered with my brother sister,after long time not see them...so many thing talked and really excited talk about everything...about angah wedding pictures,about work and suddenly about simsimi....

Actually its just a simple software created by korean (according to my sister)...image of yellow duck,will reply any massage we sent to it...

If I sent "morning"..it will reply back like "morning" or other reply such "I dun care"...it really funny if simsimi reply something different than usual.

That software installed in my sister samsung hand phone...and we all played with it....really funny!!!..hehe...

That's application also can be open in our PC,blackberry and other android hand phone....so can play at office,on my office PC.....its make me crazy coz massage with no one (just pc application)..and laugh after that..hehehe...so, I passed the link to all my colleague...wanna share happiness with them...hehe

www.simsimi.com



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone