rss
email
twitter
facebook

Sunday, August 22, 2010

kisah LIM GUAN ENG


Dalam minggu ni sibuk satu negara bincangkan isu Lim Guan Eng yang namanya disebut dalam khutbah jumaat. Macam2 pandangan dan saranan yang kite dengar untuk meneliti kes ni termasuk menubuhkan badan khas yg menyiasat benda alah ni. Tak ketinggalan juga ada pihak mendesak Abdul Malik (Exco Agama PP) supaya meletak jawatan.


Nama I dalam khutbah..apa I peduli.....


Pada mulanya, aku rasa ni memang saja jek pihak penbangkang nak cari nahas. Baca khutbah dengan menyebut nama LGE. Dah la berlaku pada bulan yang baik2 ni, berlaku pulak kes hangat cam ni. Memang nak cari nahas laa siapa yang buat benda ni. Ramai yang percaya ini semua adalah dalang dari pihak pembangkang, tak kesah laa PAS ke, KEADILAN ke atau DAP.

Dari mata kasar, memang dalang kepada perkara ni adalah datang dari 3 parti komponen utama pihak pembangkang. Tapi bila aku teliti dengan baik, aku sedar sesuatu yang berlaku disebaliknya. Kalau dipikir2 kan, pembangkang tak laa terlalu bodoh nak buat isu2 bodoh cam ni melainkan diorang memmang bodoh. Hal2 berkaitan agama sangat sensitif. Jadi, ada 3 kemungkinan disebalik peristiwa ni, siapa dalangnya...

A) Pihak Pembangkang
Sah2 ni adalah dalang yang paling boleh disyaki. Sekali pandang mmg mereka lah dalang disebalik semua ni. Saja nak kasik panas. Dah laa haritu tak kasi org buka bazar ramadhan, pun berlaku kat PP.

"Aku n orang2 aku bukan lembu OK~!!!!"



B) Imam
Dalang yg seterusnya yang boleh disyakki adalah imam yang baca khutbah time tu. Sah2 dia yang begitu bodoh, atau dengan sifat sayang sangt kat pembangkang, saja sebut nama LGE dalam doa khutbah dia. Mmg nak cari nahas.

"Lim Guan Eng.....Aku setia dengan mu"



C) Pihak lain
Ni pun boleh jadi dalang utama gak. Mungkin dioarang ni adalah orang melayu yang beragama Islam yang sayang kepada agama n negara diorang. So, group ni sengaja upah someone baca khutbah dengan menyebut nama LGE. So nak kasi satu malaya panas, buat benda ni pada bulan Ramadhan di negeri yg ditadbir pembangkang. Motifnya, ini pun sejenis provokasi gak. Bila terjadi benda ni, kesatuan melayu n Islam jadi semakin kuat. Orang Islam semakin bersatu dan semakin sedar kedudukan mereka ni bumi ni....ada logik gak kan...

Wohooo...rancangan den berjayo mak oi~



Macam2 benda berlaku antara kaun di negara ni sejak akhir2 ni...kalau tgok hubungan antara 3 kaum utama semakin tak baik..renggang semacam...termasuk hubungan aku dengan kawan2 bangsa lain...ada jek yang nak dibangkitkan..masing sibuk tegakkan pendapat...



"Satuuuuu Malaysiaaaaa..."


Penat gak laa PM kite laung "SATU MALAYSIA" dok terjerit2 kat tv tiap2 hari...semata2 nak kembalikan hubungan baik 3 kaum utama ni...harapan aku hanya satu....KEAMANAN.