Tapi tu bukan yang aku nak ceritakan...sambil2 sarapan,ayah bukak cerita zaman dia remaja..kisah lelaki pendayung sampan di sungai bukit kepong...(Kalau sesapa tak tau kisah bukit kepong,aku rela hambat diorang!)
Begini ceritanya....
Kat setiap sungai kat malaysia ni,mesti ada sorang lelaki yg bertugas sebagai pendayung sampan.jadi dia akan jadi pemandu "taxi sungai".waktu tu,pengangkutan utama adalah melalui sungai...oh lupa,cerita ni berlaku tahun 80an.
Ditakdirkan satu hari,banjir melanda kawasan bukit kepong.air sungai melimpah ke darat.yang malangnya,rumah wak dol betol2 tepi sungai...dan rumah wak dol jadi mangsa banjir kali ni.
Banjir makin terok. Pihak keselamatan spt polis n bomba mula meronda dengan bot,mencari mangsa banjir,pindahkan diorang ke tempat selamat.
Wak dol jugak diarahkan untuk berpindah ke tempat selamat...tapi wak dol langsung taknak ikut polis peronda yg dtg menjemput....polis jadi hairan n teros paksa wak dol!!!..keadaan banjir semakin bahaya...puas dipaksa,dia tetap taknak tinggalkan rumahnya.
Keadaan semakin cemas,air semakin naik....akhirnya wak dol mengalah..tapi,dia bukan ikut polis2 yang menjemputnya,tapi mengajak polis2 tu masuk ke rumah dan menuju ke bilik usang rumah tersebut.
Alangkah terkejut polis2 tu!!!!...akhirnya mereka tau kenapa wak dol taknak berpindah!..wak dol menyimpan 4 tempayan air dalam biliknya....semua tempayan tu dipenuhi dengan duit syiling!!!!!!!!....4 tempayan beb!!!,banyak tu.tempayan besar2 plak tu.
Dengan bantuan angota polis yg bertambah ramai,tempayan2 duit tu diangkut ke tempat selamat....
Banjir pun surut,....pegawai bank dari muar dipanggil untuk mengira duit dlm tempayan mggunakan mesen kira duit....jumlah keseluruhan duit tempayan adalah RM 50 ribu!!!!....rupanya wak dol simpan sikit2 duit upah tambang taxi airnya....hehe.
Dengar cerita,duit tu wak dol guna utk beli tanah,menunaikan haji,dan dia tak lagi menjadi pemandu "taxi" hingga ke akhir hayat...
Kisah wak dol ni betol2 buat aku rasa kerdil...aku nak menabung seringgit pun payah....hehe.Al-Fatihah buat wak dol.
Tempat selamat tu dah di tetapkan oleh pihak pengurusan...so ramai2 lah angkatan ofis aku bergerak kesana...yg jadi haramnye,semua jalan sambil lenggang2,senyum,...dah tau ni latihan jek,so dah jadi cam acara pertunjukkan.
2 minit pastu,pasukan bomba dtg,keluarkan paip,sembur air.semua pakat pandang n terlopong......hehehe.mmg dah jadi cam acara suka suka!hehehehe
Ada gak aku letak pic kawan2 aku yg menonton "kebakaran" tu dalam keadaan senang lenang....lantak la kau senah oiii.
Ok...mulakan cerita...
Semalam, kawan baik aku merangkap hausmate aku, ajak main golf..aku tak pikir panjang,terus jek stuju utk ikut dia...
Disebabkan tak pernah turun padang golf,aku jadi cam nak kencing n berak dalam satu masa yang sama!!!!adoi laaaa...tapi,nak sangat cuba benda baru,aku kuatkan hati!
Sampai diving range (tah betok tah tidak namanya),daftar nama,ambik bakul bola....pergi kat tempat pukul, letak bola..dan pukul...kesannya ...LANGSUNG TAK KENA....!!!!!!hehehe
Dalam seratus bola,ada la yang kene dekat 30, kira ok la untuk beginner cam aku....
Terima kasih pada hausmate aku sebab ajar camner nak main golf n bukak mata akau tentang "golf boleh dimainkan oleh orang2 biasa jugak"...hehe.
Aku terasa cam orang kaya jek bila main golf ni.so kat tempat ni gak aku kenal beberapa orang yg terdiri daripada pakcik2 bisnesmen...so kesimpulan; golf ni gak membantu aku kenal ngan orang2 berduit..hehe,ok gak!
Lunch tadi,aku takda selera nak makan.tengok lauk jek aku dah jadi boring...so aku decide nak makan pas solat jumaat.tapi taknak makan nasi.
Aku singgah kat kedai kek yg slalau aku dtg (ada dlm post sebelom nih)...order laksa johor.ubah selera lah...
Skali laksa johor datang...mak ai..sedap betol nampaknya...tak buang masa,teros makan...TERBAIK DARI LADANG!!!!.
Aku ter-berkenan ngan 2 t-shirt dari jenama "police"...murah dan cantik..so tanpa buang masa,aku ambik t-shirt kaler hitam utk testing....ok,cantik.
Pas belek2 warna apa nak beli,aku decide nak ambik 2 kaler,biru muda n oren...jarang ada org pakai kaler ni.cantik.tros gi bayar tanpa tgok smula.
Sampai rumah,baru aku perasan.dua2 t-shirt tu jenis body fit...so kalau aku pakai nampak giler perot aku boroi!!!..dan yang paling aku terkejut,tulisan kat baju tu tertulis...
"This time I want a smart guy"
Mampos,camner aku nak pakai?!...sah2 org cop aku gay pastu...alamakkkkk!!!ni la padahnya kalau tak pilih betol2.
So aku masuk wayang dengan rasa sedikit teruja.nak sangat tau,best ke filem nih?.....
Sepanjang aku dalam wayang,aku tak rasa sejuk pun,walaupun suhu wayang dah masuk tahap beku....otak aku sentiasa berjalan,nak synchronize kan setiap babak supaya selari...
Kesimpulanya...oi korang2 kat luar sana,korang gi la tgok BUNOHAN kat pawagam skarang jugak...pasti korang tak rugi...sebaris filem hollywood,ala2 cerita the departed...
Aku bagi 9/10....sangat puas hati.terima kasih pada pengarah sbb buat cerita best.nampaknya aku akan terus menjadi peminat pengarah ni,menggantikan arwah yasmin ahmad...
Malam tadi, hausmate aku ajak menonton cerita Adnan Sempit 2…skarang ni tengah hangat ditayangkan di panggung seluruh Malaya.
So sekarang, aku nak bagi pandangan tentang keseluruhan filem ni….kalau ada yang tak puas hati, maaf lah…ni mungkin pandangan aku sorang…
Jalan Cerita…….
Keseluruhannya, jalan cerita nampak biasa biasa jek…kisah tentang mat rampit bercinta dengan seorang gadis korporat. Untuk saling memahami kehidupan msing-masing, ayah si gadis meminta mat rampit berubah menjadi ahli korporat dalam tempoh 30 hari…dan ibu si gadis mencabar anaknya berusaha mempersiapkan diri menjadi isteri yg baik seperti mengemas rumah dan memasak…
Nampak terlalu biasa…banyak kali filem melayu ambil tema ni….
Tapi, tidak bagi penulis skrip dan pengarah, mereka memandang cerita ini dari sudut lain….pengarah pandai memanipulasikan kisah dongeng menjadi realiti. Kita semua tahu dan sedar, tak semua anak2 gadis kaya sanggup jatuh cinta dengan mat rampit yang biasa dan mat rampit sendiri sedar mereka mempunyai peluang yang tipis untuk mendampingi gadis korporat….
Bagi merealisasikan angan2 ini, pengarah berjaya menggarap cerita menjadikan angan2 bukan lagi impian kosong malah boleh menjadi reality……hehe
Cinematography…….
Nampak sangt ni cerita murah, jadi dengan budget yang tak besar, cukup untuk menjadikan cerita ni sedap mata memandang….seperti cerita melayu yang biasa-biasa, teknik pengambaran yang biasa sudah cukup menjadikan filem ni menarik untuk di tonton…..ok2 jek….
Lakonan……
Ni part yang paling aku suka….
Untuk Shahizy Sam, lakonon beliau nampak berkesan dan menarik, tapi agak membosankan untuk sesetengah babak…mungkin dah banyak kali tengok dia buat aksi yang sama untuk 2, 3 filem atau drama, jadi aku tak terasa teruja sangat…ada jugak lawak yang cuba dibuat, aku tak boleh nak gelak… sebab dan pernah tengok lawak ni kat filem lain…keseluruhan lakonan, baik sekali, tapi aku perlukan sesuatu yang berlainan dari segi lakonannya jika dia membawa watak yang sedemikian untuk lain kali…
Intan ladiyana….
Aku mula nampk perubahan dalam lakonannya…dalam siri Adnan Sempit yang pertama, lakonannya nampak kaku…sekarng, dia dah berubah banyak, lakonan hidup dan bersahaja….mungkin sebab dah banyak filem dia berlakon, jadi mutu lakonan semakin baik…aku nantikan aksi beliau di dalam filem akan datang.
Dalam filen ni ada aksi perempuan ‘lipat’ motor….aku kagum giler…tak sangka perempuan tu yang Nampak seperti bertudung, pantas melakukan aksi luar biasa…sangat mengkagumkan!!!!!!
Aku tak berapa suka dengan lakonan Angah, Nampak kasar dan tak mesra….dulu, semasa Angah menyertai Raja Lawak, lakonan beliau nampak lagi baik…..
Keseluruhannya……
Filem ni bagus untuk ditonton seisi keluarga….6/10
Dan secara tiba-tiba,terlintas salah satu kisah yang atok ceritakan pada aku....kisah dia bertemu seorang kiyai di kluang,johor....begini ceritanya...
Jam menunjukkan pukul 8 pagi,kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah.rupanya sahabat ku,dahlan.aku menjemputnya naik kerumah...dahlan nampak seperti runsing....
"Ko kenapa lan (nama singkatan dahlan),macam ada masalah jek?"
"Ran (singkatan nama atok aku,misran),boleh tak ko teman aku ke kluang hari ni,aku nak gi berubat laa,aku rasa sakit aku datang balik"
"Emm,takde masalah,lagi pun aku takde perkara penting nak buat hari ni,tapi bila kita nak bertolak?"
"Kalau kau takde masalah,kejap lagi aku datang,kau siap2 lah dulu,kita pergi naik motor aku"
"Bagi masa aku bersiap jap"
Aku memberitahu isteri (maimunah,nenek aku),tentang hasrat aku menemani dahlan ke kluang....langsung aku bersiap.
Kami berdua bertolak ke kluang dari segamat dengan motor honda...perjalanan mengambil masa 3 jam..sesampainya di rumah kiyai yg dimaksudkan....
"Lan,betul ke ni rumah kiyai?macam pondok ayam jek...kau tengok tu,bersepah ayam kat semua tempat"
"Betul ran,aku pernah datang dulu,ni lah kelebihan yang Allah berikan padanya"
Aku memberi salam,lalu keluar lah seorang tua menyambut salam kami.dia menjemput kami naik.
Tapi hanya Allah yang tau betapa risau aku waktu tu.setiap inci rumah dipenuhi tahi ayam...ayam bersepah2 memenuhi setiap ruang rumah.
"Jemput lah minum teh,wak buat sendiri ni,maaf la kalau tak sedap" pelawa tuan rumah.
Aku tengok,cawan teh dipenuhi kesan2 hati ayam di bibir2 cawan.tapi disebabkan tuan rumah dah mempelawa,aku kuatkan hati minum teh yg dihidangkan.
Walapun rumah,cawan,teko,dipenuhi tahi ayam,tapi tak pulak berbau busuk...malah baunya agak 'mendamaikan'...
Dahlan terus berbincang dengan tuan rumah tentang penyakitnya....aku perhatikan sahaja.
Salapas berbincang,tuan rumah mengajak kami berjemaah solat zuhur dirumahnya.ikutkan hati,nak saja aku tolak.masakan sembahyang di rumah yg penuh tahi ayam.
Tapi aku dan dahlan terus berjemaah dengan tuan rumah...hanya untuk menghormatinya.
Selesai solat,kami memintak diri untuk pulang...
"Wak,dah lewat ni,kami mintak diri dulu"
"Ialah,wak faham,hati2 dalam perjalanan,maaf lah kalau kalian tak selesa di rumah wak"
Kami hanya tersenyum.sedang aku bersalaman dengan tuan rumah (wak),tiba2,dengan kuasa Allah,seekor ayam bertenggek di bahu ku dan BERAK CAIR di atas bahu.
Aku beristigfar panjang...tapi aku membiarkan ayam tu teruskan 'hajatnya' hingga selesai.
Wak hanya tertawa kecil."Maafkan lah dia,dia memang nakal sedikit",sampuk wak.
Kesan tahi ayam tu aku biarkan.aku pasti ada muslihat disebaliknya.
Sewaktu aku melangkah keluar dari kawasan rumah wak,aku perhatikan hati aym dibahuku.
Masyallah!!!!,dibahu ku bukan ada tahi ayam,tapi daun2 teh muda,yang harum baunya.
Aku toleh ke belakang,ke arah rumah wak....suasanyanya sangat berbeza...yang tadinya dipenuhi ayah,tetapi kini,tiada lagi ayam,tetapi dipenuhi dengan lelaki2 yang berserban putih dan berjubah..tahi ayam bertukar menjadi daun2 teh yang wangi...masyallah...Allah maha besar.
"Ran,aku tau kau terkejut,marilah kita pulang,dah petang ni"
Aku dan dahlan meninggalkan rumah wak dengan rasa kerdil atas kekuasaan Allah.
Kisah ni berlaku sekitar tahun 80an..