rss
email
twitter
facebook

Sunday, December 26, 2010

riuh rendah di anugerah skrin.....gamaknya~!



malam khamis yg lepas, dengan badan yang menggigil2 dan batuk yg agak menyayat hati (uhuk2...uhuk2),tiba2 adik aku tanya satu rumah.."ada sesiapa nak ikut uda pergi anugerah skrin ?"....."uda dapat tiket free, 6 tiket"......aku dengan gagahnya menjawab "along nak ikut"....bantai kene gelak dengan adik aku yg lain "dah demam2 camnie pun nak gi gak,dok laa rumah jek"...."mana boleh jadi,tiket free tu"....haha,jawab aku dalam hati.

jumaat malam sabtu,tak kisah laa demam ke tak..aku follow adik2 aku gi anugerah skrin.guna dua kereta sbb bf adik pompuan aku pun kita orang ajak sekali.ramai2 lah kitaorang memeriahkan majlis anugerah skrin yg selalunya dapat tgok kat tv jek.


senarai jemputan yg terdiri dari adik2 aku


dipendekkan cerita,kita orang pun duduk laa dalam dewan yang PWTC yang agak best tu.acara pun bermula...oh ya,lupa cerita,sepanjang masa kita orang duduk kat luar dewan sebelom masuk tadi, sempat jugak jumpa ramai artis pakai baju cantik2..masalahnya,aku tak laa kenal artis malaysia sangt.kalau muka popular cam aflin shauki,farid kamil..aku kenal laaa...tp kalau muka baru yg betul2 baru nak tunjuk muka,aku tak kenal sangat.

dipendekkan cerita kali ke-2,acara pun bermula...anugerah satu persatu disampaikan..wah...dah masuk kes gayat gak laa aku nie...maklum lah,tak pernah pi anugerah industri seni negara tercinta...

perasan atau tak,majlis dah sampai ke pertengahan...tapi,aku ada terasa sesuatu yang tak kena dengan majlis nie...jumlah penonton ramai,artis yang datang pun ramai (sampai berebut2 lah kerusi kat dewan)...tapi, jumlah penonton yang tepuk tangan untuk majlis nie...alahai...adalah 2 3 kerat jek.cam nak tak nak jek tepuk....contohnya orang sebelah aku...pakai baju ngalahkan artis,tapi bila diminta untuk tepuk tangan oleh pengacara majlis,dia buat bodoh jek....cam2 perangai.bukan susah pun tepuk tangan tu...angkat dua belah tangan dan lagakan....kan senang.

maybe diorang malas nak tepuk kot sebab dah selalu sangt datang ke majlis cam nie...bagi aku,kita sebagai penonton,tak salah untuk kite tepuk bagi meriahkan majlis...kasik nampak grand lah~


ni lah pemandangan dari tempat aku pentas anugerah~


apa2 hal pun,anugerah skrin kali ni boleh tahan ok-nya...tak laa bosan sangt tp tak laa meriah sangt.tahniah pada yang menang~

Thursday, December 16, 2010

hantu kak limah



salam aku ucapkan kepada semua yg datang ke blog aku..hari ni aku ada cerita yang best nak kongsi ngan korang...mulanya begini....~

disebabkan aku bosan dok rumah sensorang,jadi aku dengan malasnya drive kereta menuju ke Alamanda Putrajaya. tanpa sebarang tujuan,aku pun ronda2 lah dalam pasaraya yang separa besar tu...jalan punya jalan...sampai laa depan cinema GSC...satu2 poster aku tenung...banyak gak cerita menarik tahun depan...boleh laa kumpul duit dari sekarang...hehe...disebabkan takder nak buat apa,aku tergerak nak tgok cerita terbaru dari mamat khalid "hantu kak limah balik rumah"...

ni laa filem tu...seram kan



masuk panggung jam 4.30 pm....

aku cari sit dan duduk...yang tak bestnya,aku tgok wayang kali ni sorang2...selalunya berteman.takpelah.skali sekala ye tak...

cerita pun bermula....ni cerita komidi seram...boleh tahan seramnya..tgah2 dok layan cerita hantu tu,tiba2...budak sebelah aku menangis..nasib baik ada mak ayah dia tolong pujuk..maybe seram kot...2 minit pas tu,budak belakang aku plak menangis...ada mak budak pujuk gak....selang 2 minit lagi..budak depan aku mengangis.....nasib baik akak dia pujuk...2 3 minit pas tu,budak ujung panggung pun nak nangis jugak....heheh....aku dah gelak time nie.

cam ni laa budak sebelah aku melalak......sian..nasib baik ada mak dia,kalau tak,dah lama aku cempak keluar panggung~


hehe...semua budak yang menangis bagi alasan yang sama.."takut,filem ni seram sangat"....dah laa cerita mamat khalid ni lawak,bertambah dengan lawak budak2 yg dok melalak nie...adoi...pecah perot satu panggung gelak...hehe

dah nama budak2...walaupun dah masuk tadika,dah kenal ABC, dah pandai ader awek bagai,tetap budak2 namanya...takut ngan hantu,dengan cerita hantu.mak bapak pun satu,ajak anak2 diorang tgok cerita seram...ajak laa anak2 layan cerita kartun ke,cerita perang ke,cerita cinta ke....hehe.

ya tuhan ku...jangan laa hantu kak limah balik umah aku...tolong lah~


teringat masa zaman aku budak2 dulu,mmg takut tgok cerita hantu.tp tgok kat video je laa...masa tu tak reti nak gi tgok wayang lagi.kalau cakap ngan mak nak tgok wayang,maunya dapat ceramah agama free tanpa bayaran...2 jam tanpa henti...hehehe

malangya,aku tak sempat nak snap pic2 diorang tgah nangis coz dalam wayang kannnnnn~maunya aku dituduh mencabul hak asasi umat manusia gamaknya...hehe...wasalam

Saturday, December 11, 2010

macam-macam

aku tak tau nak mula dari mana.macam2 benda terjadi dalam hidup aku sejak akhir2 nie.setelah diambil kira dari pelbagai sudut dan ukuran,aku mulakan dengan study aku~

aku baru jek lepas habis final exam untuk semesta ke 3.rasa lega sebab boleh buat dengan besar hati...hehehe.aku pernah ambik paper nie dulu,masa semesta satu,tapi gagal dapat cemerlang sbb tak berapa nak paham walau dah ulang baca dekat 10 kali...rasanya,time tu,aku rasa bebal tahap ungka.ni bukan terminum air semut lagi,dah masuk ketagori air kerengga.tapi, akhirnya,tadi, dapat gak aku selesaikan hutang aku ngan subjek tu.

sesasi yang kedua adalah berkenaan dengan berat badan...selalunya,org pompuan jek yg risau dengan berat badan...tp aku pun risau gak skarang nie...dulu berat aku dalam area 58kg jek.tp skarang nie,dah tak nampak dah 50an kg...dah muncul angkan 60kg keatas...dulu,kalau bergerak,rasa seperti pelepah burung...ringan jek....skarang nie,jalan sket jek dah mengah....diri terasa seperti lesung batu bergerak...penat,hongeh,lelah,letih.......malas jek nak gerak.

sensasi yang ketiga berkenaan dengan keghairahan aku pergi ke MAHA yg baru2 nie berlangsung kat UPM...MAHA tu adalah acara tahunan untuk semua industri tempatan dan antarabangsa mempamirkan produk terbaru dari diorang....dah macam kancil masuk gaung...tercengang2 aku dibuatnya...dulu sombong,orang ajak, tak teringin pun nak gi...skarang, aku plak yg jd promoter tambahn, dok promote member2 datang ke MAHA...mcam2 benda best aku jumpa kat MAHA antaranya produk madu yg dihasilkan org MALAYSIA.....kalau kita makan madu tu,kita boleh tahu tahap kesihatan diri kita....samada kita benar2 sihat atau buat2 sihat.....hehe...senang kata,ramai yg datang ke MAHA kali nie.

sensasi aku yang ke-empat berkenaan dengan adik aku sebenarnya.adik aku yg no.2 akan mengadakan majlis pertunangan pada 28/2/2010...tp,aku rasa aku yg paling glabah skali....tak tau kenapa.aku plak yg sibuk gi kedai2 emas,dok tanya harga cincin....survey sana sini,cari harga termurah...seperti aku yang nak tunang...myb ni lah 1st time adik aku nak tunang....aku jadi kalam kabut....

rasa2,tu jek sensasi2 yg senpat aku ingat setakat nie...maklum...otak aku nie iras2 kumbang jek.....kadar ingatan tak berapa luas...ingat benda2 yang penting jek....

Wednesday, September 15, 2010

Kisah Cerita Raya



Hari ni hari ke-7 kite semua sambut raya..dah senak gak laa perut aku sumbat cam2 jenis makanan..dari kuih,biskut yg cam2 bentuk,sampai laa ke makanan berat.time ni laa aku balun semua yg aku rasa mampu mengisi setiap ruang perot yg ala2 stokin nih.

Time ni laa gak aku dapat jumpa kawan2 lama yg banyaknye dah menghilang...ada yg dah kawin,dah beranak,sedang mengandung,nak bertunang,dah nak kawin....tp bile jumpa,borak sakan nak giler...semua cerita lama pun keluar lah...hehehe...siap ada yg tarik muka lagik...hehe...tp nak wat camner,kawan2 lama.....


alahai senah...lama tak jumpa ko~


Tapi yg aku nak kongsi cerita kat sini kisah tentang ayah aku....ni part paling best!

Sebelom raya,aku n adik2 ada gak cadang2 nak beli tv LCD yg nipis tuh....saja nak kasi meriah raya ni...tp bila tanya pendapat ayah,di boleh cakap "wat pe bazir2,tv lama kan ada lagi...sama jek"...sambung...."nipis ke,tebal ke,orang tgok tv bukan dari tepi,dari depan...so bukan nmpak pun tv tu nipis ke tebal ke".....hambik ko...pendapat bernas dr kepala family.

ni laa tv yg aku idam2kan..SNSD pakai tv ni laaa


Ok lah...so,aku pun tak jadi nak beli tv nipis LCD tu...kempunan gak rasanya....tp nak wat camner,dah boss tak kasik beli...diam kan je lah.

So,bila tiba time raya,ktorg pun beraya laa ke umah sedara mara aku yg ada kat felda2 n kampung2 sekitar muar n segamat...ngan ayah aku skali lah...
Yg paling tak tahan tu,semua umah sedara mara aku pakai tv nipis pelbagai gaya...dok tayang kat ruang tamu..senang nmpak katanya...walhal nak tayang produk baru gamaknya kan~

Apa lagi,tercabarlah keperibadian ayahanda aku..."Org felda pun pakai tv nipis ayah..."...sambung adik aku...merah padam muka yg dipertuan agong tu...hehe

Balik je rumah...tros2 ambik katalog tv...cari tv nipis yg baru...pastu ,puasla usung mak aku ke kedai tv,usha tv nipis...hehe...hambek,tercabar laa tu...hehehe

Apa2 pun,bukan tv yg jadi ukuran,tp kenangan yg berlaku akan aku simpan untuk diulang-gelak di lain masa....hehehe

Sunday, August 22, 2010

kisah LIM GUAN ENG


Dalam minggu ni sibuk satu negara bincangkan isu Lim Guan Eng yang namanya disebut dalam khutbah jumaat. Macam2 pandangan dan saranan yang kite dengar untuk meneliti kes ni termasuk menubuhkan badan khas yg menyiasat benda alah ni. Tak ketinggalan juga ada pihak mendesak Abdul Malik (Exco Agama PP) supaya meletak jawatan.


Nama I dalam khutbah..apa I peduli.....


Pada mulanya, aku rasa ni memang saja jek pihak penbangkang nak cari nahas. Baca khutbah dengan menyebut nama LGE. Dah la berlaku pada bulan yang baik2 ni, berlaku pulak kes hangat cam ni. Memang nak cari nahas laa siapa yang buat benda ni. Ramai yang percaya ini semua adalah dalang dari pihak pembangkang, tak kesah laa PAS ke, KEADILAN ke atau DAP.

Dari mata kasar, memang dalang kepada perkara ni adalah datang dari 3 parti komponen utama pihak pembangkang. Tapi bila aku teliti dengan baik, aku sedar sesuatu yang berlaku disebaliknya. Kalau dipikir2 kan, pembangkang tak laa terlalu bodoh nak buat isu2 bodoh cam ni melainkan diorang memmang bodoh. Hal2 berkaitan agama sangat sensitif. Jadi, ada 3 kemungkinan disebalik peristiwa ni, siapa dalangnya...

A) Pihak Pembangkang
Sah2 ni adalah dalang yang paling boleh disyaki. Sekali pandang mmg mereka lah dalang disebalik semua ni. Saja nak kasik panas. Dah laa haritu tak kasi org buka bazar ramadhan, pun berlaku kat PP.

"Aku n orang2 aku bukan lembu OK~!!!!"



B) Imam
Dalang yg seterusnya yang boleh disyakki adalah imam yang baca khutbah time tu. Sah2 dia yang begitu bodoh, atau dengan sifat sayang sangt kat pembangkang, saja sebut nama LGE dalam doa khutbah dia. Mmg nak cari nahas.

"Lim Guan Eng.....Aku setia dengan mu"



C) Pihak lain
Ni pun boleh jadi dalang utama gak. Mungkin dioarang ni adalah orang melayu yang beragama Islam yang sayang kepada agama n negara diorang. So, group ni sengaja upah someone baca khutbah dengan menyebut nama LGE. So nak kasi satu malaya panas, buat benda ni pada bulan Ramadhan di negeri yg ditadbir pembangkang. Motifnya, ini pun sejenis provokasi gak. Bila terjadi benda ni, kesatuan melayu n Islam jadi semakin kuat. Orang Islam semakin bersatu dan semakin sedar kedudukan mereka ni bumi ni....ada logik gak kan...

Wohooo...rancangan den berjayo mak oi~



Macam2 benda berlaku antara kaun di negara ni sejak akhir2 ni...kalau tgok hubungan antara 3 kaum utama semakin tak baik..renggang semacam...termasuk hubungan aku dengan kawan2 bangsa lain...ada jek yang nak dibangkitkan..masing sibuk tegakkan pendapat...



"Satuuuuu Malaysiaaaaa..."


Penat gak laa PM kite laung "SATU MALAYSIA" dok terjerit2 kat tv tiap2 hari...semata2 nak kembalikan hubungan baik 3 kaum utama ni...harapan aku hanya satu....KEAMANAN.

Friday, June 11, 2010

aku bingung



susah betul bila dah buka blog ni tapi tak tau nak mula dari mana. yang penting skarang aku tengah pening sangt2. dengan keadaan jiwa kacau yang memang serabut, ditambah pulak dengan hati yang suram2 mentari yang tenggelam~hehe~falsafah gitew~


makin hari aku pikir, mungkin dah tiba masanya aku kumpul duit dengan giat. setakat ni la, akaun bank ada 3 4, tapi yang berisi satu jek. maklum, income kecik,kerak besar. kekadang jealous dengan kawan2 lama sume. mewah jek sentiasa, aku kat sini kais pagi makan pagi, kais petang makan untuk 3~4 petang. tak ke naya namanya. nak tak nak, kene tempuh jugak. cita2 setinggi gunung, tapi sampai hari ni, kaki gunung pun tak nampak lagi.


kalau dikira masalah aku ni, tak laa sebesar mana. cuma bila dah takder masalah yang lagi besar dlm kepala, masalah kecik pun dianggap besar jugak. waktu2 cam ni laa aku rasa nak mengadu kat seseorang yang aku sayang...selain family laaa. tapi awek pun takder. nak mengadu kat Tuhan..err...dah buat. sebakul gak laa doa lepas sembahyang...hehe


ader kawan cadangkan pergi bercuti. malangnya, poket kering sepanjang tahun, bercuti kebendanye~sabtu ahad, dok rumah je laa...puas laa tgok tv...sampai boleh tau laa ukuran tv tu yang sebenar.terperinci~!..hehe..nak tgok internet..alahai..dah malas nak tekan butang keyboard.


tapi, tv laa teman setia yang aku ada...nak mengaji, takut tersalah harakat n hukum, berdosa (alasan)...hehe...yang penting hidup mesti diteruskan, kegembiraan mesti dicipta...hehe



Wednesday, June 2, 2010

result master

hari ni aku berkobar2 nak bukak University Malaya punya laman web just nak tgok result aku yang terbaru....hasilnya,sangat mengecewakan......
aku rasa buntu skarang ni....boleh je kalau aku nak redah,tapi untuk menjadikan kedudukan aku lebih selesa, aku kene ambik semula subjek yang aku dapat tak berapa baik tu....dengan kata lain..repeat paper laaaa....
nak buat cam ner,stakat ni jek yang aku mampu lakukan. aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi dimasa akan datang dan apa yang terbaik untuk aku...sekurang2nya aku tak lah hampas sangt.
apa2 hal pun hidup mesti diteruskan dan aku kene lebih ceria..banyak berdoa dan bersyukur dengan apa yang aku dapat...

Tuesday, April 13, 2010

REC 2 (bahagian 2)




malam tadi, aku meluangkan masa bersama2 mak, ayah dan adik2 tercinta menonton filem seram "REC 2". kita orang satu family ni memang hantu dengan filem hantu...kadang2 tu ktorang lebih menakutkan dari hantu2 yang ader dalam filem...(terutama bile bangun tido)


ni lah poster filem tu..seram kan~seram laa jugak~


sebenarnya, ayah tak laa terlalu obses dengan cerita hantu ni. dia lebih suke cerita perang2, tembak2, pukul2. biasa laaa....nak tunjuk ganas kat anak2. bukan aku tak paham. tapi tu lah ayah aku...tapi malam tadi, ktorang berjaya pujuk ayah tengok cerita ni....macam mana ktorang pujuk.....(rasuah ayah ngan filem action terbaru)...hancus laa~

mak memang suke kalau diajak tgok filem seram2 nih...sama laa dengan adik2 aku yg lain...tak kira laki ke pompuan. mak cakap, sebab ktorg suke tgok filem hantu kerana..."MASA AKU MENGANDUNGKAN KORANG SEMUA, AKU SELALU JADI HANTU KALAU ABAH KO BALIK TAK BAWAK PULUT PANGGANG"......(boleh pakai ke alasan mak nih, aku pun tak pasti)~

so, dipendekkan cerita, ktorang pun tgok laa beramai-ramai cerita REC 2 ni.....adik aku sempat laa belanja buger daging sorang satu...tapi, bile dah mengadap cerita seram, selera pun tak berapa nak ada~lah.....mata buntang perhati screen tv, macam nak telan tv tu skali...

disebabkan cerita ni dalam bahasa sepanyol dan takder sari kata disediakan...maka,kami pun buatlah sarikata sendiri...dari cerita seram,ader pulak gelak2...biasa laa bila dah ramai2....tapi bila sampai part hantu tercegat keluar..."MAKKKKKKKKKK"..masing2 menjerit nama mak aku..."MAK ADA KAT SINI,TAK PAYAH JERIT2"...sampuk mak aku yg slumber~



salah satu adigan yang best~tapi aku tak ingat adigan ni...mungkin aku pandang tempat lain time ni....(^^)



keseluruhan cerita memang best...banyak adigan terkejut...aku bagi laa 4 bintang dari 5.....harap korang bolehlah cari cerita ni, tonton bersama keluarga...

wassalam

Sunday, April 4, 2010

KISAH IKAN GATAL MIANG



Benda ni cam best jek...tu pasal laaa aku nak kongsi dengan org2 dalam internet... especially pada yg sempat baca blog aku.

Dua hari lepas, aku di ajak oleh kawan baik aku, gi melawat makcik dia punya kawan (atau dalam bahasa mudah, makcik kepada kawan aku punya kawan). Memandangkan aku pun tengah lapang masa tu, takder hal laa aku nak ikut. Sampai je kat rumah tu, kite org disambut baik oleh tuan rumah.

Aku tak terus masuk rumah, tp singgah kat laman rumah tu...wah~ader akuarium ikan emas laaa....aku memang minat ikan bela2 nie..cuma maybe tak sesuai dengan tangan (wan aku punya cakap laa)..so tiap kali bela ikan..pasti capat ikan tu masuk syurga...hehe

Berbalik pada cerita tadi...aku pun belek2 laaa akuarium yg penuh dengan ikan emas yg bergermerlapan tu..wah~wow~walawey~giler ah~mak ai~cantik sial~nauzubillah (tiba2 jadi alim).....lama2, baru aku perasan...APASAL MULUT IKAN NI SENTIASA KEDEPAN?......cam org nak bercium...

"Tu species ikan jenis miang nak kawin...ko tgok mulut dia,nak bercium jek"....tuan rumah membuat kesimpulan yg bernas lagi tepat ttg ikan2 beliau...ader gak ikan jenis gatal miang kat dunia ni~....hehe


lihat lah ciuman cinta ku~ewah~




a big kiss 4 u laling~




gue mau cium loh~!!!!




i jatuh cinta dengan mata u yang besr lagi menawan...bolehkan i cium u~hehe

Wednesday, March 31, 2010

TIDUR DALAM TRAIN




Setiap hari sabtu dan ahad, aku akan menggunakan kenderaan yg satu ni~Train Komuter. Time menunggu tu punyalah lama ya amat...sempat laa main dadu dulu (kalau bawak laa). Bila train sampai...tu dia, berpusu-pusu umat manusia berebut2 nak masuk dulu. Tak kira mak aji ke, pak lebai ke, yg muda, yg remaja, bertolak2 sakan nak masuk.

Bila dah dapat masuk, berebut2 cari tempat duduk. Masa ni laa saat paling kritikal skali. Boleh bertumbuk laa kalau tersalah cara. Itu lah rakyat Malaysia. Pemandangan biasa setiap pagi. Kalau ader 'minah saleh' dalam train waktu tu, boleh tersembul biji mata dia dengan gelagat rakyat Malaysia tercinta.

Aku pulak, ikut keadaan. Kalau nasib baik, dapat laa duduk. Kalau tak berdiri laa sepanjang perjalanan. Tapi selalunya memang tak dapat duduk pun. Seat bukan banyak pun, tok sah laa nak main rebut2 kerusi ngan bebudak...wat malu jek. Bagi laa org yg sepatutnya duduk dulu, org tua, mengandung, yg tak berkeupayaan.

Sambil2 berdiri tu, sempat laa aku perati keadaan dalam train. Ada yg tidur, yg berborak, yg bergosip, yg layan blues......kalau ada yg menarik, cepat2 aku snap pic diorang guna handphone aku......tp dengan syarat, jangan sampai diorang perasan, mau dimaki nanti~

So kat bwah ni aku bagi korang semua tengok pic yg sempat aku snap...



punya lah mithali sibapak...peluk anak dia..dua2 pun lolap~



ko tgok balak nie..tido betul2 atau sengaja cari peluang skodeng awek sbelah....korang judge laa sendiri~



korang tgok plak 2 pic diatas...mula2 aku mati2 ingat mamat 'man in black' ni tak tido...tp tegak semacam jek....tp akhirnya, tersungkur gak...lolp gak beb...ngantuk bebenor rasanya.




sekumpulan anak2 yg terasa seperti dirumah sendiri...hambik kau...tido tak ingat punya...hehe....biasa laaa,bebudak~



dua orang bakal warga emas...memandang jauh merenung masa hadapan...~



dengan gaya tidur yang paling steady.....emm....tp mamat pink tu dok pandang tak puas hati jek....apa kes beb~!



ni kes ngantuk tak hingat~maklumlah..badan dah penat...tgok muka je aku dah boleh agak...tu mesti baru kene maki ngan bos....hehehe

Wednesday, March 24, 2010

AKU BERSYUKUR..



semalam, sedang orang lain nyenyak tidur, aku masih lagi mentelaah buku2 tentang wireless coz minggu ni aku ader test untuk subjek ni....sambil layan rancangan astro (yang aku sendiri tak pasti rancangan apa).

tiba2 aku teringat satu perkara....

sekarang ni aku sedang buat master dalam engineering, satu benda yang boleh dikatakan payah gak laa....dan akan tamat pengajian pada hujung tahun ni

aku sendiri susah nak percaya dengan apa yang berlaku....kalau dikenang semula, masa lampau aku, aku bukan laa tergolong dalam golongan yang pandai

upsr...kantoi...bannyak C dan D

pmr..dapat laa rasa 1 A,tu pun bahasa melayu

spm...satu A gak....untuk matematik

tapi, lepas spm aku agak kuat berusaha...dapat sambung bachelor engineering

habis bachelor..aku keje kat kilang jepun
ni laa kilang yg aku keje dulu



rasa2 cam tak best, aku berenti...dapat tawaran sambung master kat Australia...MARA support.tp disebabkan ada perkara yg tak dapat dielakkan, aku tunda pengajian dan akhirnya sambung kat Universiti Malaya.


ni laa universiti yg bakal aku pegi dulu...tp bukan takdir aku


Tuhan maha adil....walaupun aku bukan dari jenis otak cair,tapi sekarang, aku bakal ader master engineering dari UM


ni laa UM..univertiti malaya


Tuhan memang adil...setiap yg diciptakan,dah ada jalan ceritanya

Aku sangat bersyukur dengan apa yang telah DIA aturkan untuk aku..moga2, aku takkan lupakan DIA....amin.

Tuesday, March 16, 2010

KISAH DALAM TRAIN

sabtu dan ahad...aku ader kelas kat um (uni. malaya)..so masa ni laa aku guna kenderaan awam yang satu nie..TRAIN...atau dalam bahasa lain komuter. Macam2 peristiwa sepanjang aku gune train ni...dah dekat setaun lah aku naik benda alah nie ...

aku saja nak kongsi dengan sesapa yang bukak blog nie tentah peristiwa yang aku tengok,alami, saksikan dan hayati sepanjang aku gune train.

kisah 1...

satu pagi, macam biasa, aku berasak2 naik train (dari stesen UKM). tolak punya tolak, dapat laa masuk dalam train yg memang dah sempit giler. time nie, jangan harap lah dapat tempat duduk.maka dengan sopannya, aku berdiri depan sepasang laki bini dan 2 org anaknya. aku senyum2 tanda hormat.

si laki pegang anak paling kecik (BB) n si bini jaga anak yang besar sikit, dalam 5 taun cam tu. nak jadikan cerita, tiba2 handphone (hp) bini dia berbunyi, ader orang hntar sms....apa lagi, rancak laaa dia meng-reply sms tu...pada masa yg sama, bb yang suami dia pegang pun menangis (nak mak dia laa kot)...laki dia pun hulurkan bb tu pada bini dia (yg tgh dok sms).

"awak tak nmpak ke saya tengah sms, nnti laa"...bini dia boleh tengking suami camtu..~!!!!!
giler ah....si suami yg dah termalu, tarik semula bb dan pujuk jangan kasik nangis....yang aku hangin tu, bukan 1 minit, atau 2 minit...tapi setengah jam si bini main sms......

si suami sabo jek...tengok gelagat bini dia...dah nak wat camner,dah bini dia....sampai laa aku turun train.,si bini masih sibuk dengan hp...

pelik2....kalau aku laa yg jadi suami dia,memang makan hati sangat...mau aku tak ampunkan dosa bini cmatu....biar masuk neraka...aku gelakkan jek time tu~

bersambung......

Saturday, February 27, 2010

apa beza angsa dengan ostrich...???

Ni ada kisah yang aku nak kongsi dengan korang semua...

Aku sekarang nie ambik upah mengajar tuisyen anak sedara kawan aku. Kurang-kurang dapat laa tambah buit poket kan~. Aku ajar subjek sains, math, bahasa dan english. Ada dua orang yang aku ajar, abang darjah 5 dan adik darjah 3. Bayangkan lah, tengah 'meleding' laa umur cam nie....nak jek aku sebat ngan rotan panjang, tapi anak orang oi~tak berani gue~~~!!!..tak pasal2 nanti aku plak yang dituduh dera budak...zaman sekarang nie tak boleh main2...mak bapak ganas2...kalah siti tanjung perak tu~

Al-kisahnya, satu malam aku ajar subjek sains, tentang haiwan dan tumbuhan....aku tanya si abang..

Cik gu nak tanya, burung apa paling besar tapi tak boleh terbang?

............takder jawapan dari abang.

jawapannya OSTRICH laaaaa....~~!!!!

...........blur lak si abang tu~

tau tak OSTRICH tu apa?

tak~!

burung kaswari?

tak tak tak~!

tiba-tiba adik jawap....

adik tau, leher panjang..ader kepak...kan cikgu kan.

hah..betul laa tu...

ohh...kalau yang tu abang tau, nenek belakang rumah tok wan ader bela 3 ekor.
bukannnn~!!!!...tu angsa, bukan ostrich~~!!!...nak jerit jek...adoi laaa~

diorang blur semula.....

Aku terpaksa terangkan dari mula tentnag ostrich dan angsa...akhirnya diorang paham gak.

Apa nak jadi bebudak sekarang.....hehehe

Friday, February 26, 2010

kawin cerai artis kita~

aku mula-mula tu malas laa nak ambik kisah sangat cerita artis negara kita ni...tapi,tajuk berita dalam 2 hari nie kisah kawin dengan 'org luar' dan bercerai...dah jadi macam berita hangat...kalah laa kisah si sultan yang balik dari fasioterapi tu~

dari dulu kita biasa dengar, orang kita memang suke kawin dengan orang luar...tak kesah laa orang tu dari golongan 'mat saleh' hinggalah ke 'hero lombok'...memang menjadi pilihan orang perempuan negara kita nie....pelik~

terbaru, arits 'kesayangan' negara kita, Maya Karin...dah nak bercerai pun dengan suami dia, si mat saleh dari mana tah...tak pasti lak aku~
Maya Karin, antara artis yang aku suke, dengan lakonannya di layar perak, aku memang melekat lah depan panggung....
tapi bila aku baca kat paper, dia nak bercarai, aku langsung tak terkejut...dah agak dah. bukan aku nak doakan keruntuhan rumah tangga dia, tapi dah memang camtu resam hidup artis negara kita. nak kawin jantan luar jek, pas setahun, bercerai..biasa lah tu kann~

kadang-kadang, aku cuba cari jawapan, kenapa diorang nie memang suka-suka kawin dan bercerai lepas tu.....tengah-tengah aku cari jawapan, aku terdengar perbualan makcik kat dalam tren yang aku naik...cam nie perbualanya...

ko tau kenapa artis kite suke kawin mat saleh?

tak tau aku...ko rasa?

sebab diorang nie dah "bocor" laaa...ala, ko tau2 je laa kan...

ko jangan buat cerita...berdosa tu...

aku bukan buat cerita, tapi logik laa...kalau dah bocor tu, sapa yang nak lagi...orang melayu nie memang pentingkan 'benda' tu....lain laa mat saleh..kan~

logic jugak tu...sebab tu diorang kawin dengan mat saleh dulu, pas tu bercerai....jadi janda,dah sah2 bukan 'anak dara' lagi kan....

hah tu laaa....lepas bercerai tu, bolah laaa kawin dengan orang melayu....kira nak cover laaa...

mengucap panjang aku dengar buah mulut makcik berdua tu...tak sangka, nmpak cam mak aji balik surau, dasat gak mengata~

tapi aku tak rasa itu jawapan yang aku cari...diorang yang kawin cerai ngan mat saleh nie mesti ader reason tersendiri kenapa diorang buat cam tu....
kepada artis kita, sebelom kawin dengan orang luar, pikirlah bebaik dulu...sebab kesannya sangat mendalam....

aku doakan ini tak terjadi dengan serena ridzuan..anak chef wan..
kalai jadi gak laa...aku rasa chef wan teros kerat 14 menantu dia tu dan goreng buat sambal tumis...kan chef wan kan~

Sunday, February 21, 2010

kembar aku


aku jenjalan kat cyberjaya...

tiba2 terjumpa kembar aku yang dah lama hilang...i mis him so much

serupa kan~

jadi abang yang baik


dalam bulan nie, aku teman 2 adik bungsu aku jenajalan kat midvally

wayang + makan set tengah hari jepun n korea + shopping

tapi wayang cam tak best "case 39" hampeh lah~

tapi yang menarik minat aku sebenarnya, bukan berjalan bagai nak rak ngan adik2 aku, tapi aku dapat merenung kegembiraan yang aku rasa, dah lama hilang dari hidup diorang.

duduk bujang

dah lama tak tulis kat blog nie...ingatkan nak tinggalkan terus....tapi tak jadi
sekarang aku dah pindah ke kajang, tinggal dgn kawan !!!(^^)!!!
banyak benda aku belajar bila tinggal sendirian...termasuk memasak

aku dah boleh masak~!!! (^^)/''''

  1. kari ayam~tak laa susah sangat...tuang kari, tuang santan, masukkan ayam...tunggu 1 jam...siap~!
  2. sayur goreng~sayur n bawang putih n bawang merah...goreng...siap~!!
  3. masak kicap~minyak panas...masukkan ayam...tunag kicap sebanyak mungkin...best~~!
  4. lemak cili padi~yg perlu hanya santan dan cili,yg lain blasah~
  5. nasi~terima kasih rice cooker~!!
ok...tu je laa yg aku rasa boleh masak...tak susah mana,asalkan jangan bagi org lain makan...ko
makan sendiri....BAHAYA~hehe