rss
email
twitter
facebook

Tuesday, April 13, 2010

REC 2 (bahagian 2)




malam tadi, aku meluangkan masa bersama2 mak, ayah dan adik2 tercinta menonton filem seram "REC 2". kita orang satu family ni memang hantu dengan filem hantu...kadang2 tu ktorang lebih menakutkan dari hantu2 yang ader dalam filem...(terutama bile bangun tido)


ni lah poster filem tu..seram kan~seram laa jugak~


sebenarnya, ayah tak laa terlalu obses dengan cerita hantu ni. dia lebih suke cerita perang2, tembak2, pukul2. biasa laaa....nak tunjuk ganas kat anak2. bukan aku tak paham. tapi tu lah ayah aku...tapi malam tadi, ktorang berjaya pujuk ayah tengok cerita ni....macam mana ktorang pujuk.....(rasuah ayah ngan filem action terbaru)...hancus laa~

mak memang suke kalau diajak tgok filem seram2 nih...sama laa dengan adik2 aku yg lain...tak kira laki ke pompuan. mak cakap, sebab ktorg suke tgok filem hantu kerana..."MASA AKU MENGANDUNGKAN KORANG SEMUA, AKU SELALU JADI HANTU KALAU ABAH KO BALIK TAK BAWAK PULUT PANGGANG"......(boleh pakai ke alasan mak nih, aku pun tak pasti)~

so, dipendekkan cerita, ktorang pun tgok laa beramai-ramai cerita REC 2 ni.....adik aku sempat laa belanja buger daging sorang satu...tapi, bile dah mengadap cerita seram, selera pun tak berapa nak ada~lah.....mata buntang perhati screen tv, macam nak telan tv tu skali...

disebabkan cerita ni dalam bahasa sepanyol dan takder sari kata disediakan...maka,kami pun buatlah sarikata sendiri...dari cerita seram,ader pulak gelak2...biasa laa bila dah ramai2....tapi bila sampai part hantu tercegat keluar..."MAKKKKKKKKKK"..masing2 menjerit nama mak aku..."MAK ADA KAT SINI,TAK PAYAH JERIT2"...sampuk mak aku yg slumber~



salah satu adigan yang best~tapi aku tak ingat adigan ni...mungkin aku pandang tempat lain time ni....(^^)



keseluruhan cerita memang best...banyak adigan terkejut...aku bagi laa 4 bintang dari 5.....harap korang bolehlah cari cerita ni, tonton bersama keluarga...

wassalam

0 comments:

Post a Comment