Camni ceritanya....masa aku darjah 5,cikgu adakan pemilihan untuk jadi ahli kumpulan nasyid sekolah...sebab nak masuk pertandingan peringkat zon..so cikgu panggil aku untuk test suara..mungkin suara aku bagus utk lagu2 dakwah ni,aku pun terpilih lah...hehe
semua pelajar yang terpilih terdiri dari pelajar darjah 5 dan 4 sahaja.aku rasa tak sedap hati la sbb aku rasa aku memang tak boleh nak nasyid2 ni.di pendekkan cerita,masa nak cari lead a.k.a ketua kumpulan,aku dipilih untuk bersaing dengan 3 orang lagi..orang tu adalah fakrurazi (skg dah jadi doktor) dan zarif (adik aku sendiri)..hehe.dan aku dipilih untuk jadi lead singger..hehe
So,ktorang berlatig cam nak rak lah!..habis jek waktu sekolah,kene stayback...ada kelas vokal katanya..kelolaan cikgu salasiah n cikgu salbiah..lupa,cikgu haliza jugak.
Aku tak ingat lagu apa yg ktorang nyanyi,tp masih boleh agak dia punya corus lah...giat gak berlatih waktu tu.konon lah nak menang..
Ok,hari pertandingan pun tiba.mmg gementar sangt.nak larik jek rasanya...kira bawak tanggungjawab besar la nak harumkan nama sekolah...hehe...harum ke?!hehe
Dan tak disangka2,ktorang menang tempat pertama dan akan mewakili zone ke peringkat daerah....nasyid yang sama lah jugak aku n the geng dilipih untuk mewakili negeri sembilan ke peringkat kebangsaan...hehehehehehe
Mengucap panjang doh.......sampai ke tahap ni ktorg melangkah..
Dan skarang,ktorang ada kat tengah2 bangunan pwtc....atas pentas yg aku rasa mmg grand lah waktu tu....hadirin yang hadir,lebih seribu rasanya...mmg ramai.
Aku pun stat bernansyid...rasanya memang dah cukup mendayu2 aku bawak lagu tu...mmg layan lah...agaknya lah,time tu vokal aku mmg superb kot (agak lah)...pas lagu pertama habis,tros masuk lagu kedua...oh,lupa nak bagi tau,sambil nasyid,ktorg ada buat gaya2..
Hehe....angkat tangan,turun tangan...pusing kanan,pusing kiri,kedepan,kebelakang...hehe
Dan sekali lagi ktorg menang di peringkat kebangsaan!!!!heheheheheheh....mmg menarik sangt!.....hadiah dapat duit lah,piala pusingan n sijil....
Ok...ni gambar sampingan jek...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Apa puncanya?..haaaa,ni la yang aku nak kasi cerita,buat tauladan kita semua.
Faizal,kawan lama aku masa kat universiti.orangnya biasa2,ada rupa,kerja bagus,nak kata alim sangt tu,tak lah..tapi sembahyang cukup.
Dia kawin pada usia 26,betol2 lepas kitaorang dapat degree...bini dia aku tak kenal sangt.katanya kawan skolah rendah dia..emm...kiranya cinta lama lah ni..time bercinta mmg sakan gak..sampaikan sanggup ponteng test elektronik,semata2 nak sambut birthday awek dia tu lah..dan skg bini dia lah..
Org cakap bini dia cantik bergaya...ada pinggang lagik.hehehe...tapi bila aku jumpa dia hari ni,semua cinta dulu tu,dah tak seperti dulu lagi...aku cuba tanya puncanya...
Mengikut kata faizal,benda ni berlaku sejak mereka dapat anak pertama...waktu bini dia bersalin,dia ada waktu tu..so dia tgok dengan jelas "keadaan bini dia" melahirkan anak waktu tu..
Sejak tu,dia rasa geli..rasa mual,setiap kali dia nak 'bersama' isterinya...dia terbayang2 waktu 'kejadian tu'...aku tros tergamam..aku tak pernah alami benda tu,jadi tak tau apa2..
Dan sewaktu dia rasa "geli tu"...dia berkenalan dengan kawan facebook..anak dara berumur 22 tahun..baru habis diploma.
Dan nak jadikan cerita..faizal dah terlanjur beberapa kali dengan budak tu..ish3..hubungan mereka berlanjutan sampai akhirnya budak pompuan tu tahu rupanya faizal dah berbini....marah betol budak tu kat faizal..kesan dari kes tu,budak pompuan tu berhenti kerja.dan menghilang.
Faizal rasa gian nak 'bersama' anak gadis muda...dan sekarang dia terjebak dengan aktiviti hubungan rambang nih...emm..keadaan dia dah makin trok...pernah satu malam,dia menangis depan bininya,mintak maaf...dan waktu tu bini dia pun menangis jugak,...mereka berjanji takkan bercerai..cuma bini dia selalu doakan fizal supaya berubah..
Emm.....aku diam jek sepanjang dengar cerita faizal...
Korang sebagai pembaca blog aku,camna aku nak tolong fizal?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tanggal 2.10.2012,aku konvo master di um..sesi petang..hehe,mmg panas konvo waktu ni..pakai jubah tabl yg meleret2...pakai topi lagi..memang mengundang peluh yg teramat banyak..takpe,demi konvo,aku gagahkan jugak..
Sampai jek kat UM,ayah mak aku din,kita gi makan lunch dulu..dah jam 12,perot dah lapar....ayah ngan mak jadi risau tak hingat...paksa aku cepat2 habiskan makan sebab "nak masuk dewan cepatkatanya"..hehe,nak dapatkan tempat duduk depan,view cantik...hehe
Pas makan lunch,aku mak ayah din ke tepi dewan besar..mak dan din tolong aku pakaikan jubah..payah gak..ayah pandang ngan rasa tak puas hati...hehehehehe,sebab dia beriya benar nak masuk dewan awal2...pakai jubah dikala tengah hari..mengucap panjang doh!hehe
Siap pakai jubah,aku tros bergerak n berkumpul kat kawasan yg ditetapkan,sebelom masuk dewan....mak n ayah cepat2 bergerak masuk dalam dewan...aku sempat telefon mak "mak ngan ayah kat dalam dewan dah ni,dapat dok depan"....hehe
So,pas 2 jam menunggu (tak sempat solat zuhur,jamak jek),peserta konvo pun berarak masuk dalam dewan...melangkah masuk jek dalam dewan,hati aku jadi berdebar...ni lah dewan yg ayah pernah konvo,30 tahun yg lepas....
Peserta dimintak duduk sementara menunggu Pro-Cancelor datang...tgah2 tunggu dia dtg,tiba2 akak yang dudk depan aku plak menangis dan.."Dik,tolong bagi tau pegawai,akak rasa akak nak bersalin"....sudahhhhh...aku cepat2 roger petugas2 wanita dan diorang semua jadi kalam kabut...dan time ni lah Raja Nazrin (Pro-Cancelor) masuk dewan dan naik pentas....dan masa ni jugak lah,akak tu menangis2 tahan sakit..nampak cam btol2 nak bersalin...hehe...tak lama lepas tu,ambulance datang dan bawak akak tu ke hospital terdekat...siap pakai jubah konvo naik ambulance dohhh!hehe...harap akak tu slamat bersalin..
Acara diteruskan dengan ucapan pro-cancelor..lepas tu barulah acara menyampaikan skrol pada graduan...lama gak aku tunggu turn aku...disebabkan terlalu lama,kadang2 majlis stop kejap,ada persembahan nyanyi2..pastu sambung semula...stop lagi pastu,bagi laluan pada lagu selingan...dan kali ni turn fakulti engineering...kira dan nak sampai turn aku.
Aku mark kat mana kamera diletak..supaya aku boleh pose baik punya time ambik skrol....ok,turn aku dah sampai...aku jalan pelan2,kasi feel "wind-blow" sket,menghadap depan pro-cancelor,tunduk,terima skrol,ucap "terima kasih" dan berjalan turun pentas...dan sepanjang proses tu,aku senyum selebar2nya!!!..hehe,jalan kasi dada ke atas,nampak macho sket...:ehe
Bila turun pentas,aku diminta duduk kat tempat aku semula..dan tunggu hingga jam 5 ptg baru majlis selesai..bila keluar dewan,atok2,adik2 aku dah tunggu depan dewan...
Acara mengambil gambar dimulakan...dekat satu jam lah..:ehe..dan dapat hadiah jam tangan lagi!!!hehe....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Disebelah meja aku...seorang bro yg agak berumur..dia sorang dimejanya...aku anggukkan kepala,dia membalas.....dan tiba2 dia beralih tempat ke meja aku...terkejut,tapi aku biarkan...kami berkenalan.....haris namanya.
Kami bebual panjang..seperti ada keserasian...dari hal yg ringan,kepada perkara2 yang sensitif...termasuk lah cara hidup kami..perbualan yg sangt mengujakan...
Dia adalah duda,beranak 3,umurnya 50 tahun dan dia gay.....aku tergamam...rupanya perhatiannya diberikan pada aku dengan harapan aku dapan dipancingnya....tapi,setelah menerangkan siapa aku dan yg paling utama,aku bukan gay...dia lantas mengerti dan kami teruskan bicara...
Aku tertarik dengan cerita dia,bagaimana menjadi gay...menjadi insan bergelar ayah dan kemudiannya menukar haluan menjadi gay...
Dia berkahwin pada usia muda,selepas selesai pengajian diploma...bakal isterinya seorang arkitek,lulusan ijazah luar negara...demi cinta,dikahwini juga walau latarnya berbeza....tapi,demi untuk menandingi kedudukan isterinya,dia sanggup berusaha gigih untuk sambung belajar dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan...dan dia berjaya..
Pada tanggal 18 tahun usia perkahwinannya,dia dan isteri ke mekah untuk haji...isteri bertudung labuh selepas itu dan kehidupan sangat normal...mereka sering ke masjid berjemaah bersama dan dia menjadi lebih tawaduk pada yg Mencipta..
Perkahwinannya diteruskan sehingga tahun ke 20...malang,sejak awal diusia ini,isterinya sering mencari alasan untuk bergaduh...sering memperkecilkan dia..mebandingkan tarap pendapatan n pendidikan...dia dilayan seperti orang bodoh...dia sendiri tertanya2 kenapa di kala usia perkahwinan ini,dia diuji...kenapa bukan diawal perkahwinan dulu..
Akhirnya...bercerai,isterinya mendesak untuk cerai....dia terasa kosong...hidupnya hanya dihabiskan bersama2 anak dan isteri,tapi kini,dia terpaksa laluinya seorang...dia terasa kekok dan keciwa.
Sunyi...itu lebih tepat lagi...dia terasa fobia dengan wanita bekerjaya...baginya,selagi wanita bekerja,susah untuk menghormati suami...
Kesunyian terubat bila dia berjupa teman lama..juga duda...masing2 saling cuba untuk memenuhi ruang sunyi yang selalu ada...
Demi tidak mahu berasa sunyi,dia sering mengikut temannya ke mana sahaja...hingga mengunjungi kelab2 malam terkenal sekitar kl...pada awalnya dia resah,sebab itu bukan dirinya...tapi digagahkan juga,dengan alasan untuk tidak sunyi....
Dan...dikala sunyi yg sering tidak hilang,si teman mengajak mencuba benda baru...meniduri lelaki yg bergelar anak ikan..walaupun dia tau itu salah,tapi apa salah mencuba,bukan banyak,tapi hanya sekali..
Itulah titik perubahannya...dari seorang family men,rajin ke masjid dan sudah bergelar haji,bertukar menjadi mepuas nafsu lelaki...dia tidak menyesal dengan apa yg terjadi...malah rasa puas dapat bergelumang dengan ramai lelaki muda,terutama dari golongan model..
Tamat cerita dia..aku terdiam...dari adigan cuba memikat,aku akhirnya ditukarkan menjadi tÉmpat berbicàra dan meluah rasa n pengalaman yang dilalui...
Allah maha besar...dan sebenarnya,realiti adalah sangt menyakitkan...terlàlu banyak kisah manusia dan aku dapat mendengar salah satu dari kisah hambanya yg diuji...
Aku bersimpati dengannya...Allah tukarkan dia dari seorang yang naif dan konservetif pada agama,kepada seorang hamba yg patuh pada kehendak sonsang...
Aku beredar dari meja dan bersalam denganyya...aku pulang...dalam hati,masih tertanya2...bilakan dia akan berubah..sangat sayang jika dia teros bergelumang dengan dosa....
Doaku padanya,hanya satu...biarpun apa yg terjadi,biarlah dia masih dibawah rahmat Allah,amin.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Hidup aku jadi murung bila aku mula2 ke sekolah..dari jauh pelajar lelaki dan perempuan selalu mengejek.."Budak lembut"...bukan budak jek yg cakap camtu,cikgu2 kat sekolah rendah cop aku dengan ayat tu..."lembut".
Aku jadi rimas,aku sakit hati,jadi murung...disebabkan tu,aku banyak habiskan masa seorang diri,melayari waktu2 persekolahan dalam dunia aku sendiri...takda kawan karib,takder teman sepermainan...
Aku jadi sangat tenang bila balik rumah..aku jumpa adik2 aku,jumpa rose sekeluarga...diorang tak pernah pandang aku sebagai lelaki lembut...aku dipandang sebagai abg yang menjadi tempat diorang berlindung,dan menjadi teman sepermainan yg tak pernah surut dengan gelak tawa...walaupun di sekolah tidak begitu,tapi dirumah aku gembira dengan kehidupan.
Masa berlalu..aku masuk ke sekolah menengah...berkenalan dengan kawan2 dari kawasan lain dan berbeza latar belakang...disini,"lembut" tak lagi menjadi teman "seperjuangan ku"...aku di pandang seperti orang lain,yang punya hati untuk maju dan memalui zaman persekolahan yang mengasyikkan...
Dan selepas tamat sekolah menengah,aku diterima masuk ke matrik...kat sini aku jumpa ramai bekas pelajar dari asrama penuh...hajatnya nak berkawan,tapi aku dengan mudah diketepikan dan tros di cop "lelaki lembut"....dan sekali lagi peristiwa hitam disekolah rendah menjadi permainan imaginasi aku....untuk meredakan tekanan,aku hidup dalam dunia aku sendiri..tapi syukur,roomate aku semuanya ok,tak pernah memandang aku "lembut yang hina"...dan sampai satu ketika,diorang turut dipulaukan disebabkan berkawan dengan aku dan menjadi teman sebilik aku.paling aku ingat bila student perempuan dengan terus memanggil aku "si lembut"...hina.
Kehidupan di matrik aku tinggalkan dan aku ke dunia siswazah...ok,syukur sangt...tiada yg menmandang aku lembut lagi...aku tak tau kenapa,tapi pada firasat mungkin aku dah tak lembut,atau diorang hormat dengan "kejadian" seperti aku...
Dan aku teruskan hidupku ke alam pekerjaan...aku menjadi engineer..6 tahun aku memegang title tu sebelum aku ditawarkan menjawat jawatan pensyarah di salah satu IPTA awam....dan ini lah aku sekarang....
Satu malam yg baik,aku disapa oleh seorang perempuan..."Awk ni nampak ensem tapi sayang awk lembut"..aku terkedu...dunia aku rasa sunyi...segala kenagan lama kembali menghantui aku...aku seperti dihukum lagi.....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Meroyan lak tiba2 kan aku nih..hehe...alahhhh,bukan pe,gurau2 jek...dulu nak jadi pelakon,tapi mak ayah tak kasi..alasannya.."Ko ada rupa ke?"..hehe..so aku jawab.."Kalau tak dapat jadi hang tuah,hang kebun pun hang kebun lah"....
Ok,dah jauh tersimpang.....
Ni baru nak kasi cerita...sebenarnya,pejam celik,dah 7 bulan aku join gym..angkat berat,tarik berat,tolak berat,dukung berat...dah macam2 aku buat...dan sekarang,hasilnya sangtlah memuaskan hati...
Tapi,pic aku dengan badan baru tak dapat nak letak kat sini...bahaya.takut dikata menunjuk2...sia2 dapat dosa kering.
Aku nak tambah cerita lain...camni,sebelom ni aku selalu anggap kat gym akan dipenuhi orang2 yang berbadan tegap dan sasa...tu menjadi salah satu sebab aku segan nak ke gym,maklumlah kita lansung tiada sasa-nya.....rupanya tak...kat gym hanya penuh ngan org yang langsung tiada bentuk badan...hehe..bila difikikan semula,mmg logic...hanya org yg badannya blom cantik yg datang ke gym..badan dah cantik dtg skali skala jek...
Cerita lain....kat gym ni ramai gak anak2 gadis yang datañg...mula2 aku ingat nak datang bersenam lah..yg peliknya diorang dtg dengan baju fit giler,makeup lagi..buat senaman gitu2 jek...osahnya diorang di saja pasang pancing...hehe.mana tau mengena...
Cerita hot plak...dan baru aku tau rupanya kat gym ni tempat golongan gay..buktinya terjadi depan mata aku kat bilik salin...dua tiga kali aku jumpa orang bercium..jantan sama jantan.hehehe...tak campur.tu korang punya pasal
Cerita sedih plak...hehe,ni kes memang best...bila dtg gym ni,kita tak boleh buat latih senam tu sensorang..dengan kata lain,kene upah instructor la...ni tak,datang2,tros buat guna segala macam peralatan..kejap guna itu,kejap guna ini....ada plak kes yg terkehel,terseliuh...dah jadi masalah...dan yg paling kesian "dik,badan ko tu lagi kerempeng dari abg,tapi apasal ko guna pemberat 20kg??"...hehe..camtu lah keadaannya..
Cerita kelakar plak....tiba2 datang sorang mamat...dari belakang,nampak cantik giler badan dia..tapi skali dia pusing depan...hehehehehehehe...besar giler dada dia!...dah macam dada perempuan...aku menitiskan air mata menahan gelak..so tujuan dia dtg gym sebab nak seimbangkan semula bentuk badan...sebelom ni dia mmg kaki gym,tapi katanya dia hanya buat senaman besarkan dada...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone