rss
email
twitter
facebook

Friday, June 22, 2012

Aku segan dengan kau wahai budak...

Setiap kali aku teringat peristiwa ni,aku jadi sayu...waktu aku tulis entry ni pun aku still rasa sedih..betapa aku kerdil berbanding "budak tu"....

Camni ceritanya....

Seperti biasa,pas balik kerja,aku akan spend masa untuk pergi swimming..selalunya aku swimming kat kolam majlis bandayara melaka..terletak di sebelah menara tamingsari (menara yg boleh naik turun kat melaka tuuu)..aku suka tempat tu sebab kolamnya dalam dan selesa walaupun padat...

Selalunya aku swimming antara jam 7 malam ke 7.30 malam...pastu aku mandi dan solat lebih kurang jam 7.50 malam...ok,aku tau,mmg aku dah lewat solat...bukan apa,sengaja lewatkan,saja nak swimming dulu baru solat...

Pas siap2 mandi,aku tros menuju ke dewan solat...nak solat.masa tu jam dah pukul 7.50 malam...

Diluar surau,aku ternampak sorang budak menangis dengan kuat..dia terus menangis walaupun di pujuk ibunya..aku rasa budak tu dalam umur 7 tahun..tapi kesian,dia budak2 istimewa..

Aku tak hiruakan dia dan emaknya,aku terus ambik wuduk..budak tu teros menangis di depan pintu surau..gayanya seolah2 nak masuk ke surau..tapi ibunya tak benarkan,takut2 mengganggu orang tengah bersolat....

Lepas jek aku berwuduk,aku tros naik ke ruang solat...tiba2,sesuatu yg barakah terjadi..

Budak istimewa yang menangis tadi,tros meronta2..dia terlepas dari pelukan ibunya dan meluru naik ke ruang solat sambil air matanya berjurai ke pipi...ibunya mengejar dari belakang...si budak teros ke tengah ruang surau dan dengan pantas sujud menghadap kiblat...dengan deraian air mata..
ibunya hanya memerhati dari jauh sambil menangis...

Aku tergamam...tanpa sedar aku menangis...

Maha suci Allah yang menjadikan langit dan bumi...

Maha suci Allah yang menjadi hakim di hari pengadilan....

Kau telah menjadikan aku saksi kepada peristiwa ajaib ini...ramai sungguh hambamu yang lalai dengan Mu,tapi dia,walaupun serba kekurangan...air matanya untuk mu ya Allah...

Aku malu dengan mu,wahai budak...

Aku terus bersolat dengan mata ku masih basah...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment