rss
email
twitter
facebook

Sunday, May 13, 2012

Siol ko!..sebab ko aku sesat ke lembah kenhinaan..!!

Semalam hari paling penat...buat 3 jenis aktiviti dalam satu masa...jungle tracking - memasak - berakit tengah laut..

Aku cerita dari mula apa yg terjadi...

Jam 2 ptg,semua kene berkumpul kat ruang legar..naik bas ramai2 ke hutan dara berdekatan.sampai kat sana,semua berkumpul ikut kumpulan yg telah ditetapkan.aku jadi ketua utk kumpulan 5...cam haram.sebelom masuk hutan,setiap ahli diberi biskut merry sekeping n ketua kene pegang belon air sebagai amanah...so sepanjang jalan dalam hutan tu,kene jaga biskut n belon jangan kasi pecah atau rosak.

Korang bayangkan,tangan kiri pegang belon,tangan kanan pengang biskut merry....dah tu tangan mana nak pegang akar kayu nak panjat2 bagai?!....haaaa,time ni aku terasa nak ada banyak tangan..dah tu pulak,sepanjang jalan kene perhati tali hijau yg diikan kat pokok sekitar,supaya jangan sesat...melilau mata aku cari tali...sakit hati,sakit mata,sakit kaki...segala sakit ada!

Hujung2 tu,group aku boleh sesat!!!...cam sial kan!..ni semua punca pada sorang urusetia yg ikut group ktorang...dia cakap dia tau jalan...alih2 dah sesat tgah hutan,dia keluarkan handfon n call nak mintak bantuan...time ni aku rasa nak carut jek!...nak maki urusetia tu,nnti aku plak tak lulus kursus plak.

Akhirnya dapat gak aku n yg lain keluar dr hutan tu.nasib baik jumpa track yg betol...buat malu jek.kumpulan lain semua dapat sampai.

Pas habis aktiviti ni,semua pergi ke kawasan lapang yg disediakan utk makan malam...so diberi semua alatan memasak tentera,n kene masak time tu gak....nasib baik kumpulan aku ada kak fazilah,30 tahun pengalaman sebagai ibu empat anak!...hehe,so nasi n lauk dimasak dengan baik...ktorang makan dalam jam 9 malam.

Sambung utk bab 2...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment