rss
email
twitter
facebook

Friday, June 11, 2010

aku bingung



susah betul bila dah buka blog ni tapi tak tau nak mula dari mana. yang penting skarang aku tengah pening sangt2. dengan keadaan jiwa kacau yang memang serabut, ditambah pulak dengan hati yang suram2 mentari yang tenggelam~hehe~falsafah gitew~


makin hari aku pikir, mungkin dah tiba masanya aku kumpul duit dengan giat. setakat ni la, akaun bank ada 3 4, tapi yang berisi satu jek. maklum, income kecik,kerak besar. kekadang jealous dengan kawan2 lama sume. mewah jek sentiasa, aku kat sini kais pagi makan pagi, kais petang makan untuk 3~4 petang. tak ke naya namanya. nak tak nak, kene tempuh jugak. cita2 setinggi gunung, tapi sampai hari ni, kaki gunung pun tak nampak lagi.


kalau dikira masalah aku ni, tak laa sebesar mana. cuma bila dah takder masalah yang lagi besar dlm kepala, masalah kecik pun dianggap besar jugak. waktu2 cam ni laa aku rasa nak mengadu kat seseorang yang aku sayang...selain family laaa. tapi awek pun takder. nak mengadu kat Tuhan..err...dah buat. sebakul gak laa doa lepas sembahyang...hehe


ader kawan cadangkan pergi bercuti. malangnya, poket kering sepanjang tahun, bercuti kebendanye~sabtu ahad, dok rumah je laa...puas laa tgok tv...sampai boleh tau laa ukuran tv tu yang sebenar.terperinci~!..hehe..nak tgok internet..alahai..dah malas nak tekan butang keyboard.


tapi, tv laa teman setia yang aku ada...nak mengaji, takut tersalah harakat n hukum, berdosa (alasan)...hehe...yang penting hidup mesti diteruskan, kegembiraan mesti dicipta...hehe



Wednesday, June 2, 2010

result master

hari ni aku berkobar2 nak bukak University Malaya punya laman web just nak tgok result aku yang terbaru....hasilnya,sangat mengecewakan......
aku rasa buntu skarang ni....boleh je kalau aku nak redah,tapi untuk menjadikan kedudukan aku lebih selesa, aku kene ambik semula subjek yang aku dapat tak berapa baik tu....dengan kata lain..repeat paper laaaa....
nak buat cam ner,stakat ni jek yang aku mampu lakukan. aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi dimasa akan datang dan apa yang terbaik untuk aku...sekurang2nya aku tak lah hampas sangt.
apa2 hal pun hidup mesti diteruskan dan aku kene lebih ceria..banyak berdoa dan bersyukur dengan apa yang aku dapat...