rss
email
twitter
facebook

Tuesday, April 13, 2010

REC 2 (bahagian 2)




malam tadi, aku meluangkan masa bersama2 mak, ayah dan adik2 tercinta menonton filem seram "REC 2". kita orang satu family ni memang hantu dengan filem hantu...kadang2 tu ktorang lebih menakutkan dari hantu2 yang ader dalam filem...(terutama bile bangun tido)


ni lah poster filem tu..seram kan~seram laa jugak~


sebenarnya, ayah tak laa terlalu obses dengan cerita hantu ni. dia lebih suke cerita perang2, tembak2, pukul2. biasa laaa....nak tunjuk ganas kat anak2. bukan aku tak paham. tapi tu lah ayah aku...tapi malam tadi, ktorang berjaya pujuk ayah tengok cerita ni....macam mana ktorang pujuk.....(rasuah ayah ngan filem action terbaru)...hancus laa~

mak memang suke kalau diajak tgok filem seram2 nih...sama laa dengan adik2 aku yg lain...tak kira laki ke pompuan. mak cakap, sebab ktorg suke tgok filem hantu kerana..."MASA AKU MENGANDUNGKAN KORANG SEMUA, AKU SELALU JADI HANTU KALAU ABAH KO BALIK TAK BAWAK PULUT PANGGANG"......(boleh pakai ke alasan mak nih, aku pun tak pasti)~

so, dipendekkan cerita, ktorang pun tgok laa beramai-ramai cerita REC 2 ni.....adik aku sempat laa belanja buger daging sorang satu...tapi, bile dah mengadap cerita seram, selera pun tak berapa nak ada~lah.....mata buntang perhati screen tv, macam nak telan tv tu skali...

disebabkan cerita ni dalam bahasa sepanyol dan takder sari kata disediakan...maka,kami pun buatlah sarikata sendiri...dari cerita seram,ader pulak gelak2...biasa laa bila dah ramai2....tapi bila sampai part hantu tercegat keluar..."MAKKKKKKKKKK"..masing2 menjerit nama mak aku..."MAK ADA KAT SINI,TAK PAYAH JERIT2"...sampuk mak aku yg slumber~



salah satu adigan yang best~tapi aku tak ingat adigan ni...mungkin aku pandang tempat lain time ni....(^^)



keseluruhan cerita memang best...banyak adigan terkejut...aku bagi laa 4 bintang dari 5.....harap korang bolehlah cari cerita ni, tonton bersama keluarga...

wassalam

Sunday, April 4, 2010

KISAH IKAN GATAL MIANG



Benda ni cam best jek...tu pasal laaa aku nak kongsi dengan org2 dalam internet... especially pada yg sempat baca blog aku.

Dua hari lepas, aku di ajak oleh kawan baik aku, gi melawat makcik dia punya kawan (atau dalam bahasa mudah, makcik kepada kawan aku punya kawan). Memandangkan aku pun tengah lapang masa tu, takder hal laa aku nak ikut. Sampai je kat rumah tu, kite org disambut baik oleh tuan rumah.

Aku tak terus masuk rumah, tp singgah kat laman rumah tu...wah~ader akuarium ikan emas laaa....aku memang minat ikan bela2 nie..cuma maybe tak sesuai dengan tangan (wan aku punya cakap laa)..so tiap kali bela ikan..pasti capat ikan tu masuk syurga...hehe

Berbalik pada cerita tadi...aku pun belek2 laaa akuarium yg penuh dengan ikan emas yg bergermerlapan tu..wah~wow~walawey~giler ah~mak ai~cantik sial~nauzubillah (tiba2 jadi alim).....lama2, baru aku perasan...APASAL MULUT IKAN NI SENTIASA KEDEPAN?......cam org nak bercium...

"Tu species ikan jenis miang nak kawin...ko tgok mulut dia,nak bercium jek"....tuan rumah membuat kesimpulan yg bernas lagi tepat ttg ikan2 beliau...ader gak ikan jenis gatal miang kat dunia ni~....hehe


lihat lah ciuman cinta ku~ewah~




a big kiss 4 u laling~




gue mau cium loh~!!!!




i jatuh cinta dengan mata u yang besr lagi menawan...bolehkan i cium u~hehe