rss
email
twitter
facebook

Sunday, October 16, 2011

Pulang Kepangkuan ....

Hari ni genap dua bulan aku bekerja di UTeM..Universiti Teknikal Melaka...lupa nak bagi tau yang aku dah diterima bekerja di sini.dan dah mulakan tugas sejak pas raya tu hari lagi..

Masa dapat surat dari UTeM, aku masih bekerja di AEX System kat Shah Alam. Time tu tengah rancak menyelesaikan satu projek mega..agak sibuk laa...dan suddenly dapat tawaran bekerja di UTeM...rasa terkejut,rasa best dan rasa tak percaya.

Pas balik dari cuti raya, aku hantar notis 2 miggu...sedih laa waktu tu, nak tinggalkan AEX. Walaupun aku sorang je melayu kat department aku, tp aku dah anggap diorang semua keluarga aku sendiri...masa hantar surat ni pada boss (Lim Jong Chiueh), aku nmpak dia macam sedih sangt....bila aku bagi tau benda ni pada carol and yep, diorang seakan2 tak percaya. terutama yep.....tp dia tahu, ni untuk kebaikan aku,dia galakkan aku lakukan apa yg aku rasa nak lakukan...carol rasa sebak n nak menangis...sedih sangt waktu tu.

Aku sepatutnya berhenti dalam 2 minggu, tp disebabkan ayah yg terlalu exited aku dapat kerja gomen, ayah push aku berhenti awal...jadi belom sempat aku habiskan masa 2 minggu terakhir kat AEX, aku dah angkat kaki...ke UTeM.

Sampai masa,aku ke UTeM dan mendaftarkan diri disana...semuanya berjalan lancar...kini aku bergelar salah seorang tenaga pengajar di sini....

Entahlah,dah takdir aku disini...aku pun mmg pernah bercita2 untuk jadi pensyarah...Allah tunaikan permintaan aku...harap2 rezki Allah ni adalah rahmat, bukan bala....amin

1 comments:

~p@nd@~ said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment