rss
email
twitter
facebook

Friday, August 10, 2012

Bila orang pandang kita dengan pandangan sinis....

Aku dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati...mak ayah dan adik2 aku selalu saling mengambil berat antara satu sama lain....jadi aku tak hirau sangt bila masuk ke dalam masyarakat...cuma ambik masa nak sesuaikan diri...

Hidup aku jadi murung bila aku mula2 ke sekolah..dari jauh pelajar lelaki dan perempuan selalu mengejek.."Budak lembut"...bukan budak jek yg cakap camtu,cikgu2 kat sekolah rendah cop aku dengan ayat tu..."lembut".

Aku jadi rimas,aku sakit hati,jadi murung...disebabkan tu,aku banyak habiskan masa seorang diri,melayari waktu2 persekolahan dalam dunia aku sendiri...takda kawan karib,takder teman sepermainan...

Aku jadi sangat tenang bila balik rumah..aku jumpa adik2 aku,jumpa rose sekeluarga...diorang tak pernah pandang aku sebagai lelaki lembut...aku dipandang sebagai abg yang menjadi tempat diorang berlindung,dan menjadi teman sepermainan yg tak pernah surut dengan gelak tawa...walaupun di sekolah tidak begitu,tapi dirumah aku gembira dengan kehidupan.

Masa berlalu..aku masuk ke sekolah menengah...berkenalan dengan kawan2 dari kawasan lain dan berbeza latar belakang...disini,"lembut" tak lagi menjadi teman "seperjuangan ku"...aku di pandang seperti orang lain,yang punya hati untuk maju dan memalui zaman persekolahan yang mengasyikkan...

Dan selepas tamat sekolah menengah,aku diterima masuk ke matrik...kat sini aku jumpa ramai bekas pelajar dari asrama penuh...hajatnya nak berkawan,tapi aku dengan mudah diketepikan dan tros di cop "lelaki lembut"....dan sekali lagi peristiwa hitam disekolah rendah menjadi permainan imaginasi aku....untuk meredakan tekanan,aku hidup dalam dunia aku sendiri..tapi syukur,roomate aku semuanya ok,tak pernah memandang aku "lembut yang hina"...dan sampai satu ketika,diorang turut dipulaukan disebabkan berkawan dengan aku dan menjadi teman sebilik aku.paling aku ingat bila student perempuan dengan terus memanggil aku "si lembut"...hina.

Kehidupan di matrik aku tinggalkan dan aku ke dunia siswazah...ok,syukur sangt...tiada yg menmandang aku lembut lagi...aku tak tau kenapa,tapi pada firasat mungkin aku dah tak lembut,atau diorang hormat dengan "kejadian" seperti aku...

Dan aku teruskan hidupku ke alam pekerjaan...aku menjadi engineer..6 tahun aku memegang title tu sebelum aku ditawarkan menjawat jawatan pensyarah di salah satu IPTA awam....dan ini lah aku sekarang....

Satu malam yg baik,aku disapa oleh seorang perempuan..."Awk ni nampak ensem tapi sayang awk lembut"..aku terkedu...dunia aku rasa sunyi...segala kenagan lama kembali menghantui aku...aku seperti dihukum lagi.....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

3 comments:

Opie. said...

sabar, kuatkan hati.. kita memang susah nak memuaskan hati semua pihak. biarlah org tu nak kata apa2.. padahal mukan dia yg bg rezeki pada kita.
teringat kata2 Nabi Isa alaihi Salam,
"setiap orang di sekeliling kita adalah aset bagi kita"

maksudnya, semua manusia di sekitar kita, yg menentukan kita ni masuk syurga atau neraka. so bagaimana buruknya layanan mereka pada kita, kita serahkan pada Allah nak menilai. asalkan kita redha & syukur atas nikmat2-Nya ke atas kita, nescaya DIA akan tambah lagi nikmat2 yg lain.. ni janji Allah dalam kitab-Nya..

*opie ade pengalaman yg sama mcm Shadi dulu. cume ok sikit kot.. *wink*

eliyana said...

relax bro..aku ada cousin mcm ko...but he's my fav cousin 4ever...aku fhm ape yg ko lalui..don worry..aku xpernh pndg serong terhdp ko...xmudah utk fulfill kehendak sume org..janji u happy...

rose kamal said...

eh eh...name sy der la dlm cite nie..hehhe..
ala abg shadi..pedulik la pe orng nk kate kn... yg penting kami semua yg kenal rapat abg shadi, tau abg shadi cmner.. n now, abg shadi pon dh bjaya dlm bidang yg diceburi kn.... :)

Post a Comment