rss
email
twitter
facebook

Wednesday, August 15, 2012

Kisah waktu kecik...aku dan ayah.

Aku saja nak tulis kisah ni dalam blog aku,supaya aku tak lupa n orang lain boleh baca...

Masa aku umur 7 tahun,darjah satu,mak dan ayah aku join persatuan Al-Arqam...aku tak pasti korang semua tau ke tak tentang persatuan ni...boleh google..pas join Arqam,mak aku tros pakai tudung labuh n berpurdah..ayah plak berserban dan berjubah.

Waktu tu hidup ktorang sekeluarga agak susah..sebab segala gaji yang ayah aku dapat harus diserahkan kepada pihak persatuan,supaya boleh diagihkan kepada semua ahli..semua org dalam persatuan pun buat camtu.

Tapi ayah tetap menjalankan tanggungjawab pada kelaurga kami.makan pakai,masih lagi cukup...cuma nak bermewah2 tu mmg takde la.

Satu hari,masa kat skolah,cikgu pendidikan seni mintak ktorang semua bawak water color pada esok hari sbb nak buat latihan lukisan..aku jadi susah hati.aku tau ayah takder duit...tapi aku teringin sangt nak water color tu..bukan apa,aku taknak malu depan kawan2 nanti.

Akhirnya,aku diamkan diri jek..esoknya aku tak bawak water color tu..sampai masa pendidikan seni,aku pinjam dari kawan sebelah...tapi budak sebelah aku tu kedekut sket..dia tak kasi aku guna banyak2...dia kasi aku guna 2 color jek..warna putih dan coklat..hehe..cam haram....

Disebabkan satu kelas tak siap lukisan,aktiviti melukis disambung ke minggu hadapan..

Kali ni aku taknak pinjam dari kawan sebelah aku tu..aku mesti mintak ayah belikan satu set water color...sampai rumah,aku ceritakan benda ni pada mak..dan mak ceritakan pada ayah.ayah hanya senyum...

Petang tu ayah pergi ke kedai..jangka aku,ayah mesti belikan set water color ptg tu..tak lama tu,ayah balik.aku perhatikan tangan ayah kosong.takder water color.aku agak keciwa..tp aku tak berani tanya ayah..aku senyap jek.malam tu aku tido awal sbb esok sekolah.

Pagi tu,mak kejutkan sembahyang subuh n siap2 untuk kesekolah...aku bukak mata..baru aku perasan ada bungkusan atas kepala aku...aku bukak...dan satu set water color....

Terima kasih ayah...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

ajak ajak said...

Macam cita kat iklan tv je,

Wo Jiao Patrick said...

Ouch, so touching :)

Post a Comment