rss
email
twitter
facebook

Friday, October 28, 2011

bila aku mau kawin...????

ramai yang bertanya dengan aku bila nak kawin...dah masuk 29 pun...jawapanya, aku pun tak tau...

kadang2 aku keliru dengan diri aku sebenar....bukan bermaksud aku tak 'mengidamkan' seorang wanita dalam hidup aku sebagai suri, tapi mungkin masanya belom sampai...kadang2 aku cemburu dengan kawan2 yang dah berumah tangga, ada anak2, ada isteri....itu memang naluri seorang lelaki.ingin kan kebahagaiaan rumah tangga...

aku akui, aku tidaklah sekacak aeron aziz atau sapa2 pelakon ensem kat malaysia ni, tp aku yakin aku ada rupa laa...hehe.kerjaya yang bagus....dalam usaha mendapatkan gelaran doktor falsafah...senang cerita,kalau aku masuk meminang, susah untuk orang menolak.

cuma,mungkin pandangan aku terhadap wanita agar berbeza dengan lelaki lain...aku mempunyai ibu yang sangat baik,menjadi pendorong semangat aku selama ni...sehari tak mendengar suaranya,aku rasa resah....sebahagian dari cinta aku adalah untuk ibu...aku terlalu menyayangi dia dan sanggup ku lakukan apa saja untuknya....dan aku ada 2 saudara perempuan yang sangt aku sayangi....sebahagian lagi cinta ku telah aku berikan kepada meraka berdua...aku tak sanggup mereka 'jatuh' di tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab.....syukur,salah seorang darinya telahpun ditunangkan dengan lelaki yang aku percayai.

jadi....cinta ku pada wanita,dah dipenuhkan oleh 3 wanita yang dah lama menjadi suri dalam hidup aku....aku pernah beberapa kali menyukai wanita,tapi semuanya berakhir dengan kegagalan kerana aku tidak dapat memberikan komitmen yang baik pada mereka...

di akhir setiap percitaan ku,akan disudahi dengan perkahwinan bekas teman wanita ku...dan aku sangat sedih bila mengenangkannya....

dan setiap kali aku menemui wanita baru, sangat mudah aku menemui keburukan mereka....ada saja perkara yang tak kena dimata aku....

misalnya baru2 nie,aku mengenali sue....seaktu aku bekerja di AEX..aku ingin menjadikan dia teman istimewa ku...tapi, diawal perkenalan, semuanya nmpak lancar....bila dah lama,aku mula rasa perkenalan ini tiada keistimewaannya...terlalu biasa. dan sekarang,aku malas untuk meneruskanyya lagi...

mungkin ada yg mengatakan aku terlalu memilih...mungkin juga...sedangkan fantasi ku sentiasa disatukan dengan wanita sexy seperti di internet....dan aku mengaku...aku memang inginkan wanita seperti itu....tapi siapalah aku...bukan laa hartawan atau si kaya dari kayangan.

ada kalanya aku rasa,masalah aku ini berpunca dari ayah ku juga....sejak kecil aku disogokkan dengan cerita2 buruk rumahtangga seperti isteri main kayu tiga, queen control...yang sedikit sebanyak mempengaruhi calon isteri ku...

ada suatu masa...adik ku yang ke-3 membawa pulang teman wanitanya...pada mataku, dia sangt cantik...maklumlah,model pakaian...tp dimana ayahku....layak saja diberi "C"...langsung tiada tarikkan.....langsung aku keliru....

kini.....aku menanti kehadiran wanita yang bakal kujadikan isteri...dengan harapan,dia akan datang sebelum aku menutup pintu hati untuk bergelar suami...


akan ku sambung dengan..."wanita...bekas kekasih ku"

1 comments:

Si Bunga SAKURA said...

...untuk menjadi manusia sempurna itu memang mustahil...tetapi untuk menikmati kesempurnaan dalam sesuatu hubungan di antara 2 manusia yang bergelar suami isteri itu sesuatu yang boleh dicapai dengan sabar dan tolak ansur...sudah tiba masanya untuk memberanikan diri memulakan langkah pertama iaitu yakin bahawa diri sendiri dan bakal pasangan mampu membina sebuah keluarga yang bahagia. Destinasi cinta tidak akan tercapai jika tak mahu mengambil risiko untuk mengorak langkah pertama. memang hidup ada turun naiknya...tapi percayalah risiko yang diambil itu berbaloi...

Post a Comment