rss
email
twitter
facebook

Wednesday, February 29, 2012

Adnan Sempit 2...ulasan

 

 

Malam tadi, hausmate aku ajak menonton cerita Adnan Sempit 2…skarang ni tengah hangat ditayangkan di panggung seluruh Malaya.

So sekarang, aku nak bagi pandangan tentang keseluruhan filem ni….kalau ada yang tak puas hati, maaf lah…ni mungkin pandangan aku sorang…

 

Jalan Cerita…….

 

Keseluruhannya, jalan cerita nampak biasa biasa jek…kisah tentang mat rampit bercinta dengan seorang gadis korporat. Untuk saling memahami kehidupan msing-masing, ayah si gadis meminta mat rampit berubah menjadi ahli korporat dalam tempoh 30 hari…dan ibu si gadis mencabar anaknya berusaha mempersiapkan diri menjadi isteri yg baik seperti mengemas rumah dan memasak…

Nampak terlalu biasa…banyak kali filem melayu ambil tema ni….

Tapi, tidak bagi penulis skrip dan pengarah, mereka memandang cerita ini dari sudut lain….pengarah pandai memanipulasikan kisah dongeng menjadi realiti. Kita semua tahu dan sedar, tak semua anak2 gadis kaya sanggup jatuh cinta dengan mat rampit yang biasa dan mat rampit sendiri sedar mereka mempunyai peluang yang tipis untuk mendampingi gadis korporat….

Bagi merealisasikan angan2 ini, pengarah berjaya menggarap cerita menjadikan angan2 bukan lagi impian kosong malah boleh menjadi reality……hehe

 

 

Cinematography…….

 

Nampak sangt ni cerita murah, jadi dengan budget yang tak besar, cukup untuk menjadikan cerita ni sedap mata memandang….seperti cerita melayu yang biasa-biasa, teknik pengambaran yang biasa sudah cukup menjadikan filem ni menarik untuk di tonton…..ok2 jek….

 

 

Lakonan……

 

Ni part yang paling aku suka….

Untuk Shahizy Sam, lakonon beliau nampak berkesan dan menarik, tapi agak membosankan untuk sesetengah babak…mungkin dah banyak kali tengok dia buat aksi yang sama untuk 2, 3 filem atau drama, jadi aku tak terasa teruja sangat…ada jugak lawak yang cuba dibuat, aku tak boleh nak gelak… sebab dan pernah tengok lawak ni kat filem lain…keseluruhan lakonan, baik sekali, tapi aku perlukan sesuatu yang berlainan dari segi lakonannya jika dia membawa watak yang sedemikian untuk lain kali…

 

Intan ladiyana….

Aku mula nampk perubahan dalam lakonannya…dalam siri Adnan Sempit yang pertama, lakonannya nampak kaku…sekarng, dia dah berubah banyak, lakonan hidup dan bersahaja….mungkin sebab dah banyak filem dia berlakon, jadi mutu lakonan semakin baik…aku nantikan aksi beliau di dalam filem akan datang.

 

Dalam filen ni ada aksi perempuan ‘lipat’ motor….aku kagum giler…tak sangka perempuan tu yang Nampak seperti bertudung, pantas melakukan aksi luar biasa…sangat mengkagumkan!!!!!!

 

Aku tak berapa suka dengan lakonan Angah, Nampak kasar dan tak mesra….dulu, semasa Angah menyertai Raja Lawak, lakonan beliau nampak lagi baik…..

 

 

Keseluruhannya……

 

Filem ni bagus untuk ditonton seisi keluarga….6/10

 

 

Saturday, February 25, 2012

Atok dan kiyai...

Pagi ni,aku termenung sekejap,bila ternampak gambar arwah atok seran.waktu tu,atok tengah giat anyam ketupat untuk hari raya....gambar ni pada tahun 1996....dah lama..

Dan secara tiba-tiba,terlintas salah satu kisah yang atok ceritakan pada aku....kisah dia bertemu seorang kiyai di kluang,johor....begini ceritanya...

Jam menunjukkan pukul 8 pagi,kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah.rupanya sahabat ku,dahlan.aku menjemputnya naik kerumah...dahlan nampak seperti runsing....

"Ko kenapa lan (nama singkatan dahlan),macam ada masalah jek?"

"Ran (singkatan nama atok aku,misran),boleh tak ko teman aku ke kluang hari ni,aku nak gi berubat laa,aku rasa sakit aku datang balik"

"Emm,takde masalah,lagi pun aku takde perkara penting nak buat hari ni,tapi bila kita nak bertolak?"

"Kalau kau takde masalah,kejap lagi aku datang,kau siap2 lah dulu,kita pergi naik motor aku"

"Bagi masa aku bersiap jap"

Aku memberitahu isteri (maimunah,nenek aku),tentang hasrat aku menemani dahlan ke kluang....langsung aku bersiap.

Kami berdua bertolak ke kluang dari segamat dengan motor honda...perjalanan mengambil masa 3 jam..sesampainya di rumah kiyai yg dimaksudkan....

"Lan,betul ke ni rumah kiyai?macam pondok ayam jek...kau tengok tu,bersepah ayam kat semua tempat"

"Betul ran,aku pernah datang dulu,ni lah kelebihan yang Allah berikan padanya"

Aku memberi salam,lalu keluar lah seorang tua menyambut salam kami.dia menjemput kami naik.

Tapi hanya Allah yang tau betapa risau aku waktu tu.setiap inci rumah dipenuhi tahi ayam...ayam bersepah2 memenuhi setiap ruang rumah.

"Jemput lah minum teh,wak buat sendiri ni,maaf la kalau tak sedap" pelawa tuan rumah.

Aku tengok,cawan teh dipenuhi kesan2 hati ayam di bibir2 cawan.tapi disebabkan tuan rumah dah mempelawa,aku kuatkan hati minum teh yg dihidangkan.

Walapun rumah,cawan,teko,dipenuhi tahi ayam,tapi tak pulak berbau busuk...malah baunya agak 'mendamaikan'...

Dahlan terus berbincang dengan tuan rumah tentang penyakitnya....aku perhatikan sahaja.

Salapas berbincang,tuan rumah mengajak kami berjemaah solat zuhur dirumahnya.ikutkan hati,nak saja aku tolak.masakan sembahyang di rumah yg penuh tahi ayam.

Tapi aku dan dahlan terus berjemaah dengan tuan rumah...hanya untuk menghormatinya.

Selesai solat,kami memintak diri untuk pulang...

"Wak,dah lewat ni,kami mintak diri dulu"

"Ialah,wak faham,hati2 dalam perjalanan,maaf lah kalau kalian tak selesa di rumah wak"

Kami hanya tersenyum.sedang aku bersalaman dengan tuan rumah (wak),tiba2,dengan kuasa Allah,seekor ayam bertenggek di bahu ku dan BERAK CAIR di atas bahu.

Aku beristigfar panjang...tapi aku membiarkan ayam tu teruskan 'hajatnya' hingga selesai.

Wak hanya tertawa kecil."Maafkan lah dia,dia memang nakal sedikit",sampuk wak.

Kesan tahi ayam tu aku biarkan.aku pasti ada muslihat disebaliknya.

Sewaktu aku melangkah keluar dari kawasan rumah wak,aku perhatikan hati aym dibahuku.

Masyallah!!!!,dibahu ku bukan ada tahi ayam,tapi daun2 teh muda,yang harum baunya.

Aku toleh ke belakang,ke arah rumah wak....suasanyanya sangat berbeza...yang tadinya dipenuhi ayah,tetapi kini,tiada lagi ayam,tetapi dipenuhi dengan lelaki2 yang berserban putih dan berjubah..tahi ayam bertukar menjadi daun2 teh yang wangi...masyallah...Allah maha besar.

"Ran,aku tau kau terkejut,marilah kita pulang,dah petang ni"

Aku dan dahlan meninggalkan rumah wak dengan rasa kerdil atas kekuasaan Allah.

Kisah ni berlaku sekitar tahun 80an..

Monday, February 20, 2012

Cerita Lawak Minggu Ini...

Balik dari makan,aku,nazdrie,azazi dan faiz,borak-borak depan tv....sambil2 ungkit kisah2 lama masa zaman belajar,zaman sekolah....

Dan secara mengejutnya,nadzrie membawakan kisah lucu waktu dia dizaman "kegemilangannya" dia kilang FREESCALE.....

Kisah pendek bermula....

Macam biasa,aku dan teman-teman berborak sambil minum pagi di kafe kilang...dan tiba-tibanya azrul membuka topik perbualan...

"Oit mat,lawa baju ko pakai,beli mana?"

"Aku beli kat rantau panjang"

"Ooooo....patut laa lawa.eh,aku nak tanya,,,banyak ke penyu turun sana skarang aa?senang jumpa penyu tak?"

"Haram sengallllllll.......heheheheheheheheheehehehehehehehehehe"

"Apahal ko gelak plak?"

"Penyu datang kat rantau abang,bukan rantau panjang..sengallllll"

"Kat rantau panjang,labi-labi pun susah jumpa,ni kan pulak penyu"

Heheheheheheheheheheheh....semua gelak nak haram!

Nak pecah perot aku gelak cerita nadzrie....hehehehe

Friday, February 17, 2012

Kisah lawak bulan ini...

Kisah Pertama...

Ada sehari tu,aku dimintak bos untuk hadiri kursus kat main ofis kat bandar melaka...dalam kursus tu kitaorang diminta untuk buat pembentangan ttg kertas kerja...kita orang perah otak setengah mati lah...

Pembentangan semua dibuat dalam english....suddenly

"Oi korang,tau tak JKR dalan english?"

"JKR tu jabatan kerjaraya ke?"

"Ha'a,jabatan tu la.sori la,english aku cam haram sket.ada ko tau jkr dalam english?"

Dengan selamber jek dia jawab "oh,itu mudah sekali,jkr dalam english ialah 'department work and celebration'...betol kan?!"

Setengah mampos aku gelak....adoiiiii laaaaaa...kawan,ko mmg buat lawak.


Kisah Kedua...

"Aku boring betol keje kilang skang ni.walaupun post engineer,tapi kerja cam haram"

"So ko nak buat apa skg?!"

"Aku nak kerja dalam bidang oil and gas engineer lah.gaji pun puluh ribu"

"Aku sokong ko.so bila nak apply?"

"Tulah masalahnya,susah nak dapat ooo...interbiu pun payah.dapat kerja ngan Petronas Carigali ke,SHELL ke,MOBIL ke...."

"Laaa,apanya susah.adik aku diploma jek.tp dapat jek keje ngan Petronas"

"Wah,dasat laa adik ko...boleh la dia hantarkan resume aku"

"Tapi skg adik aku kat SHELL,bukan kat petronas lagi.dia tahan keje Petronas seminggu jek,pastu dapat offer SHELL,dia jump ke shell la"

"Eh,seminggu jek?!,Bukan ke bila dah keje tu,kene tanda tangan kontrak 3 tahun?!"

"Oh,adik aku Pump Attendant jek"

"Sial ko!!!!!siallllllllllll koooooo!!!

Hehehehehe.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pic ni time tengah driving....bahaya!

Saja ambik....kalau sesapa tak larat tgok,jangan tgok!....blog aku,peduli hapa!heheheheh...

Saturday, February 11, 2012

Whitney Houston dalam kenangan....

Pagi ni aku bukak berita (yahoo punya news),dapat tau diva pop dunia meninggal dunia..Whitney Houston...

Punca kematian kemungkinan adalah dadah...

Sorang diva yg sangat aku kagumi dengan suaranya dan gaya persembahan yg mengkagumkan....

Bila dah sampai masanya untuk pergi,tidak sesaat pun akan dilambatakn...

Lagu2 beliau akan sentiasa dalam kenangan.....

Penat n Cake

Rasa penat giler.....sabtu pun kene kerja....baru habis keje nih!sakit kepala plak.

So,reward diri sendiri ngan blueberry cake......ngan teh panas.

Friday, February 10, 2012

Hari sabtu pun kene kerja......

Aku ni dah tanda tangan ngan bos yang aku sanggup jadi "hamba" syarikat dia.....huh

Jadi kalau dia kata kerja hari ni,dengan hormatnya,aku kene ikut apa dia cakap....

Dah macam tima keje kat kilang plak,hari sabtu pun kene kerja...hehehe

Thursday, February 9, 2012

Aku,arwah atok seran dan kedai gunting.....

Hari ni aku cuti...satu hari jek.tapi bila cuti di waktu orang lain kerja,memang best....hehehe.

Jadi kesempatan ni,aku gi laa potong rambut....dalam post yg lepas,ada aku cerita,bos aku dah rasa "semak" dengan rambut aku yg dah nak panjang mengurai....

Waktu potong rambut tu,tiba2 aku teringat arwah atok seran....kenagan dengan atok,time dia bawak aku gunting rambut...camni ceritanya.....

Setiap kali aku balik kampung (Felda Chemplak,Labis,Segamat),atok akan bawak aku gi gunting rambut.dengan alasan rambut aku dah panjang...tapi yg peliknya,tiap kali balik kampung pun,dia kata rambut aku dah panjang.

Masa tu aku satu2nya cucu atok yg paling besar....cucu sulong la nih,yg lain semua kecik2 lagi....atok muda betol time nie.baru 54,nampak tegap dan tak lekang ngan senyuman....kopiah dia sentiasa kat kepala,walaupun belom pergi haji.

Aku pun naik motor kapchai atok,pergi tempat gunting rambut.sebenarnya kedai gunting tu bukan lah kedai sebenar,tapi rumah orang.tukang gunting tu sebenarnya kawan masjid atok.aku panggil atok yunan....baik orangnya,dah arwah gak.

Sampai jek,atok tros angkat aku,letak atas kerusi gunting,agak tinggi gak rasanya...sejak saat tu atok yunan mulakan operasi gunting rambut aku.sambil gunting sambil borak2 ngan atok.aku tak paham sangt sebab diorang speaking jawa.

Yang tak tahannya,2 jam gunting rambut aku pun,masih tak habis2 lagi.maklumlah,orang tua gunting,separuh2 dia gunting....gunting sambil borak2 plak,mmg lama laa nak habis.

Aku sure tertido bila potong rambut ngan atok yunan.....pastu diorang berdua gelak2 tgok gelagat aku terpusing2 kepala menahan ngantok....hehe.

Pas dua jam,akhirnya,acara gunting rambut aku pun selesai....best!boleh balik lah.tiba2.....

"Yunan,ko potongkan rambut aku pulak,dah panjang rasanya"......

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 6, 2012

Pagi2 dah kene gerak gi kerja....

Selamat pagi

Saja tulis pagi2 ni....boring2 tunggu traffic light hijau,snap satu pic na....hehe

Sampai ofis,bos aku tegur "cantik rambut"......mampos,bos dah tegur...."Bos!petang ni saya gi potong rambut,menyahut saranan bos tercinta!".....hehehehe,....

Selamat menyambut maulidur rasul.semoga dapat bertemu Rasulallah di akhirat nanti.

Friday, February 3, 2012

Kisah boring sebab takder gambar....

Lately,boring pulak nak tulis dalam blog ni...bukan takder story,tapi takder gambar yg nak diletak....alih2 ambik gambar sendiri n letak dalam blog sendiri......sendiri letak,sendiri tengok,sendiri baca......hehehe..memang cam haram.

Sejak dua menjak ni,banyak pulak kerja kat ofis...mungkin nak maulud nabi kot,sebab tu bos kasi kerja banyak2......(kaitan tak munasabah langsung)!!!....hehehe

Oh...lupa,ada kisah best nak kasi cerita.camni....tadi aku drive balik ke seremban dari alor gajah...ikut highway plus....suddenly,jem terok.kereta gerak pelan2....kiranya siput leh jadi champion kalau ajak lumba lah....rupa2nya,accident terok giler....lori trailer ( rasa cam salah eja) langgar lori kecik (aka lori sayur nyonya dan apek)...2 ambulance di kejarkan ke tempat kejadian...rasanya takder kematian.cuma,cedera terok.sapa langgar sapa,tak pasti....tp aku sempat mintak adik aku record guna hp dia.....

Video tu akan aku upload nanti.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, February 1, 2012

Ayah dah semakin sihat...

Sejang seminggu nie,aku risau betol..ahad tu hari,ayah tiba2 mengadu pening2..aku hantar ayah ke hospital besar seremban..teros kene tahan wad sebab darah tinggi ayah terlalu tinggi dan kencing manis dia terlalu manis!!!!

Tapi pagi ni,ayah dah semakin ok..darah dah turun,tahap gula dalam darah pun dah di paras yang tak membimbangkan...

Imbas semula pagi ahad ayah sampai ke wad kecemasan,aku rasa aku paling longlai...tgok ayah terlantar lemah,aku jadi goyah..risau,berdebar,sedih...perasaan tak best!

Sepanjang ayah di hospital,merasa gak aku mandikan ayah,lapkan badan ayah,picitkan kaki ayah sampai ayah lena..kesian ayah.tu je yang mampu aku bantu.

Tiap malam di hospital,tido tak pernah lena.bukan sebab tak selesa (tapi memang tak selesa pun),tapi,setiap malam ada jek berlaku kematian.dan kebanyakkannya pesakit yg dekat dengan katil ayah....aku jadi sayu bila tgok mayat terbujur kaku,pulang menghadap Allah.lagi sayu bila mendengar suara tangis sanak saudara simati..rasa insaf...selalunya berlaku dalam jam 2.30 pagi sampai 4.00 pagi....waktu hening.

Ni waktu ayah sakit,anak2 ayah gilir2 jaga...bila tiba masa aku sakit tua nanti,siapa laa akan jaga aku...anak pun takder,harap anak buah je laaa....(Sedih plak)...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone