rss
email
twitter
facebook

Wednesday, February 29, 2012

Adnan Sempit 2...ulasan

 

 

Malam tadi, hausmate aku ajak menonton cerita Adnan Sempit 2…skarang ni tengah hangat ditayangkan di panggung seluruh Malaya.

So sekarang, aku nak bagi pandangan tentang keseluruhan filem ni….kalau ada yang tak puas hati, maaf lah…ni mungkin pandangan aku sorang…

 

Jalan Cerita…….

 

Keseluruhannya, jalan cerita nampak biasa biasa jek…kisah tentang mat rampit bercinta dengan seorang gadis korporat. Untuk saling memahami kehidupan msing-masing, ayah si gadis meminta mat rampit berubah menjadi ahli korporat dalam tempoh 30 hari…dan ibu si gadis mencabar anaknya berusaha mempersiapkan diri menjadi isteri yg baik seperti mengemas rumah dan memasak…

Nampak terlalu biasa…banyak kali filem melayu ambil tema ni….

Tapi, tidak bagi penulis skrip dan pengarah, mereka memandang cerita ini dari sudut lain….pengarah pandai memanipulasikan kisah dongeng menjadi realiti. Kita semua tahu dan sedar, tak semua anak2 gadis kaya sanggup jatuh cinta dengan mat rampit yang biasa dan mat rampit sendiri sedar mereka mempunyai peluang yang tipis untuk mendampingi gadis korporat….

Bagi merealisasikan angan2 ini, pengarah berjaya menggarap cerita menjadikan angan2 bukan lagi impian kosong malah boleh menjadi reality……hehe

 

 

Cinematography…….

 

Nampak sangt ni cerita murah, jadi dengan budget yang tak besar, cukup untuk menjadikan cerita ni sedap mata memandang….seperti cerita melayu yang biasa-biasa, teknik pengambaran yang biasa sudah cukup menjadikan filem ni menarik untuk di tonton…..ok2 jek….

 

 

Lakonan……

 

Ni part yang paling aku suka….

Untuk Shahizy Sam, lakonon beliau nampak berkesan dan menarik, tapi agak membosankan untuk sesetengah babak…mungkin dah banyak kali tengok dia buat aksi yang sama untuk 2, 3 filem atau drama, jadi aku tak terasa teruja sangat…ada jugak lawak yang cuba dibuat, aku tak boleh nak gelak… sebab dan pernah tengok lawak ni kat filem lain…keseluruhan lakonan, baik sekali, tapi aku perlukan sesuatu yang berlainan dari segi lakonannya jika dia membawa watak yang sedemikian untuk lain kali…

 

Intan ladiyana….

Aku mula nampk perubahan dalam lakonannya…dalam siri Adnan Sempit yang pertama, lakonannya nampak kaku…sekarng, dia dah berubah banyak, lakonan hidup dan bersahaja….mungkin sebab dah banyak filem dia berlakon, jadi mutu lakonan semakin baik…aku nantikan aksi beliau di dalam filem akan datang.

 

Dalam filen ni ada aksi perempuan ‘lipat’ motor….aku kagum giler…tak sangka perempuan tu yang Nampak seperti bertudung, pantas melakukan aksi luar biasa…sangat mengkagumkan!!!!!!

 

Aku tak berapa suka dengan lakonan Angah, Nampak kasar dan tak mesra….dulu, semasa Angah menyertai Raja Lawak, lakonan beliau nampak lagi baik…..

 

 

Keseluruhannya……

 

Filem ni bagus untuk ditonton seisi keluarga….6/10

 

 

0 comments:

Post a Comment