rss
email
twitter
facebook

Thursday, April 11, 2013

Allah pernah berfirman..sewaktu aku sampai ke dunia nanti,aku akan dijaga oleh malaikat yg diutusnya....

20 tahun yang lepas....

Masa tu aku sekolah rendah..kalau tak silap aku waktu tu 12 tahun,darjah enam lah..dan aku masih ingat,waktu tu disekolah ada pemilihan pengawas sekolah..oh,nak bagi tau sikit info...aku sekolah rendah di satu skolah agama swasta yg agak terkenal di malaysia...jadi calon2 pengawas mestilah bagus ahlaknya...

Dan dengan tak disangka,aku terpilih menjadi pengawas sekolah..dan dengan bangga akan menyarung baju biru pengawas..

Sampai rumah,aku bagi tau berita ni pada mak..dan mak sangat gembira..mak cakap,ayah dulu pun pengawas jugak..jadi aku sama dengan ayah..sangat bangga bila aku disamakan dengan ayah...ayah terlalu tinggi..

Dan aku bagi tau mak,mulai minggu depan,aku diminta untuk pakai baju biru,baju pengawas...dan baju tu harus dibeli segera...mak hanya ketawa mendengar permintaan aku...

Esoknya,hari sabtu...aku tak nampak mak atau ayah keluar rumah beli baju biru..hari ahad pun takder jugak....aku jadi resah.

Petang ahad,aku baru perasan..mak merendam baju putih aku,iaitu baju skolah aku,kedalam cecair berwarna biru...dan bila diperhatikan dengan lebih lama,rupanya mak merendam baju skolah aku ke dalam nila...dengan kata lain,baju putih aku akan ditukar warna ke warna biru...

Baru aku tau,permintaan aku telah menyusahkan mak dan ayah...baru aku sedar,mak ayah takde duit yg cukup waktu tu,untuk beli baju pengawas baru untuk aku...dan demi memenuhi permintaan aku,mak buat begitu..

Dan bila baju tu siap,warnanya tak la begitu biru dan tak sekata...bertompok2....masyallah..demi aku,mak sanggup memenuhi permintaan anaknya,hanya untuk meraikan aku sebagai pengawas baru...

Dengan bangganya,aku pakai baju yang dah mak "hasilkan"..walaupun ia nampak pelik dan agak buruk,tapi aku banggan menyarungkannya...walaupun aku dikutuk kawan2..tapi aku tetap bangga menjadi anak Puan Norilah binti Sagap dan Md Johari bin Misran..walau sesusah mana kita,kita tetap bersama...

Baru aku ingat firman Allah pada ku..siapa malaikat utusanNYA untukku...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment