rss
email
twitter
facebook

Monday, September 16, 2013

happy birthday...siapa yang patut di raikan?



malam semalam, aku teman mak borak2 depan tv...sambil layan drama kat astro, mak ada ceritakan tentang kisah sedara mara, apa yang berlaku pada adik beradik mak sekarang ni..kiranya mak update tentang keadaan makcik pakcik aku lah...

tiba2 terkeluarlah kisah sambut hari jadi...mak tak kisah orangnya..dan dia sangat open minded...ada orang yg pantang kalau tak sambut hari jadi, tapi bukan mak....walaupun camtu,setiap kali hari jadi mak, aku dan adik2 akan wish mak atau adakan sedikit sambutan kecil2lan untuk mak....

malam tu, mak bertanya satu soalan pada aku berbunyi.."kenapa setiap kali sampai time birthday, kita akan tunggu wish dari orang lain?..kalau ada orang tak wish, kita jadi tak berapa nak suka orang tu?..sebabnya orang tu tak ingat tarikh lahir kita...terutama kalau time hari jadi, teringin nak dapatkan wish dari suami, isteri, anak atau kawan2 rapat...tapi, apa pulak yang kita buat bila dah dapat semua wish tu?"......

ok......soalan mak aku blur tros...tak dapat tangkap dan aku bertanya pada mak apa idea mak....dan mak beri satu jawapan yang aku rasa time tu jugak aku nak ulang masa lampau dan buat apa yang mak buat...

ini jawapan mak....

"setiap kali sampai hari jadi mak, mak akan cari telefon sesegera mungkin dan mak akan telefon nenek dan atok...dan mak akan ucapkan "mak, hari ni hari jadi uda (panggilan untuk mak aku dalam family dia), uda nak ucapkan terima kasih sebab lahirkan uda, didik uda dan membesarkan uda selama ni..uda sayang mak....abah,uda mintak maaf kalau selama ni uda banyak susahkan abah, uda nak ucapkan terima kasih sebab besarkan dan didik uda sampai ke hari ini...mak abah,terima masih lahirkan uda ke dunia ni...."

itu jawapan mak...itu yang mak buat setiap kali tiba hari jadi dia....dan aku,aku tak pernah wish pada mak sedemikian setiap kali tiba hari jadi aku....

aku sebak dengar jawapan mak.....dan aku rasa bersalah dengan aku sendiri...dan aku akan betulkan apa yang sepatutnya aku betulkan....

3 comments:

The Legends Prince said...

Yes bang, that is how is should be anyway :) It's never too late for you too :)

Amar Muhamad said...

kadang-kadang kita tidak terfikir apa langkah yg patot kita buat.Yang terfkir tunggu wish dri org. its time 4 me to change too :)

ashadi said...

btol tu...aku pun lupa benda ni sampaikan aku ceritakan utk org lain baca dan ambik iktibar...sebelom terlambat

Post a Comment