rss
email
twitter
facebook

Tuesday, October 22, 2013

Kampong Hang Tuah

Aku rasa tak ramai yang tau tentang ni...aku yang duduk kat Melaka ni pun baru jek tau 2 minggu lepas...secara tak sengaja...ceritanya bermula bila cuti sabtu ahad,aku tak tau nak buat apa kat rumah,so plan nak jalan2 sekitar Melaka lah....sampai kat satu tempat area Duyung, aku nampak signboard tulis "Kampong hang tuah"....OMG,aku dah termasuk zaman purba gamaknya sampaikan terjumpa Kampong si hang tuah plak....

Perjalanan di teruskan ke celah2 perkuburan lama...dengan kata lain, sebelom sampai ke perkampongan nih, kita kene merentas kawasan kubur lama dlu....sampai la ke hujung kuburan,baru nampak ada komplaks perkampungan zaman purba.....ada istana,ada rumah2 Kampong.....cantik tempatnya.....

Rupanya kerajan Melaka yang bangunkan tempat nih...inspirasi dari Kampong hang tuah yang asal....dengarnya hang tuah punya Kampong mmg kat area duyung.....so,di sebabkan bukan free,masuk Kampong ni dikenakan bayaran 5 rimgget jek....

Ni tempat baru,jadi kebanyakkan rumah dan peralatan dalam rumah mmg baru lah....

Dalam istana utama yg dipangil istana hang tuah,pengunjung boleh tgok sejarah hang tuah yang sebenar...ada sudut teater,sudut bergambar dan sudut info....ok lah,sampai kan aku baru tau sebenarnya hang tuah pernah pergi Turki....buat haji....gi rusia...kelasss hang tuah sebenarnya..hehehe

Kat sekitar rumah hang tuah,ada rumah2 lain iaitu rumah hang hang best fren pada hang tuah....dalam setiap rumah tu di buat small musium lah....muzium keris, muzium pakaian Melayu....

Aku rasa dalam 5 tahun akan datang,tempat ni boleh jadi terkenal.....laa ni,panas lah area tu,sbb pokok pun kecik2....

0 comments:

Post a Comment