rss
email
twitter
facebook

Saturday, March 31, 2012

Sabtu ahad mgu lepas,aku ditugaskan ke Johor Bahru,untuk tujuan promosi bebudak blajar ke universiti.....dengan kata kasarnya,bebudak skg tak gemar nak masuk universiti..nak masuk realiti tv katanya,so terpaksa lah cikgu2 kat universiti turun padang,ajak diorang masuk blajar sini.......kurang ajo sangat!!!!:ehehehee

Spanjang jadi promoter,banyak kisah2 menarik berlaku....so hari ni nak kasik cerita beberapa kisah:::

Kisah 1
Ada sorang makcik n suaminya dtg kat aku...dia tanya samada anak dia layak untuk buat diploma kat universiti...bila aku mintak slip spm anak dia, bapak terkejut giler..12A beb!....so aku nasihatkan makcik tu "Mak senah,anak mak senah ni bukan stakat buat diploma,buat 3 kali diploma pon layak"...hehe.

Kisah 2
Dua orang budak pompuan sexy dtg tanyakan camner nak buat diploma....aku agak tergagap waktu terangkan pada diorang,sbb tekak haus giler...ttba budak tu sound "abg gagap2 ni,sbb tergoda ke"....mcm haram punya budak,kecik2 dah gedik!

Kisah 3
Sorang budak ala2 nerd dtg jumpa aku,nak buat diploma katanya....so aku tanya berapa spm dia..dia jawab 8A...ok lah,aku terangkan semuanya....hujung2 tu,ttb dia kacap cam ni "tapi bang,bahasa malaysia saya fail"......aku pun jawab "ok,boleh gak ko wat diploma,tapi kat CONGO!"...hehehe

Kisah 4
Mak cik yang ala2 glamour datang jumpa aku,bersama2 anaknya, mintak diterangkan tentang diploma....aku pun baik punya terangkan....ttb dia menyampuk "oh,ni bukan universiti malaya ke?"...aku terkejut dan nyatakan UM kat sebelah....makcik ni mmg carik pasal.

Kisah 5
Ni kes yg paling banyak terjadi kat aku......sorang makcik2,ala2 gedik,datang kat aku n bertanya "Bahan untuk guru ada tak?Saya ni guru kaunseling".....nak mintak bahan konon,sebenarnya nakkan bag n goodies dr uni ktorang lah tu.kat tangan dia dah penuh bag dah....skali aku bagi plastik n dalamnya ada buku info,tu jek.....tapi pastu dia boleh sound "eh,ni bag plastic,bag2 kain takder ke?".....kannnnnnnnnnnn!

Sunday, March 25, 2012

1st time lagak seperti anak gedung...!

Anak gedung - anak orang kaya!!!

Ok...mulakan cerita...
Semalam, kawan baik aku merangkap hausmate aku, ajak main golf..aku tak pikir panjang,terus jek stuju utk ikut dia...

Disebabkan tak pernah turun padang golf,aku jadi cam nak kencing n berak dalam satu masa yang sama!!!!adoi laaaa...tapi,nak sangat cuba benda baru,aku kuatkan hati!

Sampai diving range (tah betok tah tidak namanya),daftar nama,ambik bakul bola....pergi kat tempat pukul, letak bola..dan pukul...kesannya ...LANGSUNG TAK KENA....!!!!!!hehehe

Dalam seratus bola,ada la yang kene dekat 30, kira ok la untuk beginner cam aku....

Terima kasih pada hausmate aku sebab ajar camner nak main golf n bukak mata akau tentang "golf boleh dimainkan oleh orang2 biasa jugak"...hehe.

Aku terasa cam orang kaya jek bila main golf ni.so kat tempat ni gak aku kenal beberapa orang yg terdiri daripada pakcik2 bisnesmen...so kesimpulan; golf ni gak membantu aku kenal ngan orang2 berduit..hehe,ok gak!

Friday, March 16, 2012

Tak selera...tapi,skali tengok.....teros berselera.

Tajuk jek panjang giler...tapi apa yg aku nak tulis sikt jek.

Lunch tadi,aku takda selera nak makan.tengok lauk jek aku dah jadi boring...so aku decide nak makan pas solat jumaat.tapi taknak makan nasi.

Aku singgah kat kedai kek yg slalau aku dtg (ada dlm post sebelom nih)...order laksa johor.ubah selera lah...

Skali laksa johor datang...mak ai..sedap betol nampaknya...tak buang masa,teros makan...TERBAIK DARI LADANG!!!!.

Thursday, March 15, 2012

Aku bengkek tahap malar!

Tadi,aku gi la rayau2 kat mahkota parade,melaka....sambil rayau2,aku cari la t-shirt baru...ni kira shopping gak la...

Aku ter-berkenan ngan 2 t-shirt dari jenama "police"...murah dan cantik..so tanpa buang masa,aku ambik t-shirt kaler hitam utk testing....ok,cantik.

Pas belek2 warna apa nak beli,aku decide nak ambik 2 kaler,biru muda n oren...jarang ada org pakai kaler ni.cantik.tros gi bayar tanpa tgok smula.

Sampai rumah,baru aku perasan.dua2 t-shirt tu jenis body fit...so kalau aku pakai nampak giler perot aku boroi!!!..dan yang paling aku terkejut,tulisan kat baju tu tertulis...

"This time I want a smart guy"

Mampos,camner aku nak pakai?!...sah2 org cop aku gay pastu...alamakkkkk!!!ni la padahnya kalau tak pilih betol2.

12 tahun tak jumpa...

Masa rehat tadi (berlaku 3 minit yang lepas),ada some 1 add aku kat fb...facebook lah...rupanya kawan lama aku kat sekolah.

Dia antara orang yang aku tak pernah lupa dan nak sangat aku jumpa..dan akhirnya dia dah ada dalam fb aku.

Dia tak berubah,masih ranggi macam dulu walaupun dah 2 anaknya..aku tak jumpa dia sejak tahun 2000,aku tamat sekolah time tu.

Rini namanya....emm..so hajat aku nak tau keadaannya dah tercapai...

Itu lah persahabatan namanya...walau lama tak jumpa,tak kira bagaimana keadaan pun,yg penting saling mengingati...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, March 14, 2012

Jelingan Manja...lirik

Sejak ku bersua
Dengan mu juita
Hati ku berdebar
Tidak ku tahu mengapa

Jelingan mu manja
Senyum mu mesra
Itukah gerangan
Yang menggoda

Andainya kau hilang dari mata
Seharian kita tak berjumpa
Dalam hati bimbang tak terkira

Duhai gadis manja
Tiada kuduga
Kita kan bersua
Dan bercinta


Boleh jumpa kat youtube!!


Nyanyian: Wan Salman Wan Ahmad
Nyanyian semula oleh: Azizul Haqim (Johan Bintang Klasik Nasional 09)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 13, 2012

Wan salman...bukan wan sulaiman..

Semalam aku ada post ttg wan sulaiman,penyanyi tahun 60an.tapi nama sebenarnya ialah WAN SALMAN WAN AHMAD!!!!

Hehehehe....salah nama.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, March 12, 2012

Wan sulaiman wan ahmad

Di sebabkan nama yang di atas lah,aku tido jam 3 pagi..dan jam 7 aku dah kene bergegas ke office.tapi aku rasa puas.....kenapa ya?

Hehe..dulu,masa aku kecik2,aku selalu ikut arwah atok pergi kenduri kawin...dalam satu majlis aku pergi,ada sorang hamba Allah mendendangkan 1 lagu yang cukup mendayu dan lunak merdu...ni kira acara pentas di majlis kawin tu la...

Sejak tu,alunan lagu tu tak pernah hilang dari ingatan aku...tapi masa tu,internet takde lagi,jadi hasrat nak cari lagu tu terkubur camtu jek.

Malam tadi,disebabkan terlalau boring,aku layan youtube...aku tonton pertandingan klasik nasional anjuran rtm...

Satu-satu aku belek...

Dan akhirnya aku klik pada video "juara bintang klasik nasional 2009".....dan aku tergamam.

Peserta tu yg bernama Azizul Haqim, menyandang johan dengan mendendangkan lagu "Jelingan Manja"...ni lah lagu yang bermain di fikiran aku sejak 20 tahun yang lepas...aku rasa nak meraung!nak menjerit!!!!!sangat gembira!..macam bertemu harta yang lama dah aku tinggalkan.

Tanpa membuang masa,aku try cari kat internet,siapa penyanyi asal lagu ni....dan aku berjumpa namanya Wan Sulaiman Wan Ahmad..bekas juara bintang radio di zaman 60an.

Dan satu malam aku mendengar lagu ni...."Jelingan Manja"...dan lagu wan sulaiman yang lain.."Kelohan Dara"..

Suara beliau,sangat merdu...aku betol2 terbuai perasaan dengan suara beliau...tapi,aku tak dapat cari maklumat lanjut ttg beliau...

Aku harap,sesiapa baca blog ni,plz dengarkan lagu "Jelingan Manja" dan "Kelohan Dara" dendangan Wan Sulaiman Wan Ahmad....

Dan kalau ada maklumat ttg beliau,bagi tau aku...aku nak sangat tau ttg dia.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 10, 2012

Pendapat aku tentang BUNOHAN

Malam semalam aku gi layan wayang cerita "Bunohan"...sebelom tu,aku dah lama dgr cerita ttg filem ni.ramai yg cakap bagus.tp aku tak percaya sangat sbb dah banyak kali kene tipu dengan filem melayu yg katanya "best"...

So aku masuk wayang dengan rasa sedikit teruja.nak sangat tau,best ke filem nih?.....

Sepanjang aku dalam wayang,aku tak rasa sejuk pun,walaupun suhu wayang dah masuk tahap beku....otak aku sentiasa berjalan,nak synchronize kan setiap babak supaya selari...

Kesimpulanya...oi korang2 kat luar sana,korang gi la tgok BUNOHAN kat pawagam skarang jugak...pasti korang tak rugi...sebaris filem hollywood,ala2 cerita the departed...

Aku bagi 9/10....sangat puas hati.terima kasih pada pengarah sbb buat cerita best.nampaknya aku akan terus menjadi peminat pengarah ni,menggantikan arwah yasmin ahmad...

Its just a curtain of the next life.....

Aku penat betol hari ni,banyak kerja nak kene buat dalam satu masa...mmg kerja sebagai pendidik bukan semudah yg aku anggap.

Untuk mengisi masa boring sbb terlalu banyak kerja,aku bukak facebook jap....ya Allah,baru aku tau,sahabat ku telah menyahut seruan Illahi.

Al-Fatihah untuk Wan Ahmad Hilmi yg telah pulang ke pangkuan Pencipta pada 6.3.2012...

Walaupun perkenalan kita singkat,tapi aku yakin,syurga Allah tersedia untuk manusia baik seperti mu.

Facebook hilmi akan kekal dalam fb aku dan no fon beliau akan aku simpan.biar sentiasa aku ingat padanya.kurang2 dapat di hadiahkan alifatihah sebarang dua.

Wan hilmi,tenanglah disana...tak perlu takut akan kematian..ia hanyalah tirai pemisah antara kamu dan syurga Allah.Insyallah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone