rss
email
twitter
facebook

Wednesday, January 30, 2013

Saksi....(Part 2)

Sambungan kepada blog yg lepas...

Aku terkejut bila mark kata dia nak jumpa mak ayah rita..dia nak minang rita!...ni mmg kes serius.!!..dah lah mak ayah rita tak terima mark,tak percaya mark langsung,dan ttb mark plak nak meminang rita...

Kerja giler!!!

Ok,dah mark bersungguh2 sangt nak minang rita,aku bagi tau mark bahawa kalau nak minang rita,mark kene bawak sedara mara...dia tak boleh pergi sendiri...yg bagusnya,mark ada jugak la sedara yang kawin ngan orang melayu....

.......lepas tu,aku langsung tak dengar carita ttg mark n rita..senyap camtu jek.

Satu hari,rita kol henset aku...suara dia sayu jek..aku dah boleh agak apa yang berlaku..dah aku jangka,pinangan mark ditolak cara baik oleh mak ayah rita.dengan alasan,rita masih lagi mampu ditanggung atau disara oleh mereka suami isteri.

Sampai part ni,rita ceritakan pada aku sambil menangis...sesekali suara rita hilang2,tersekat di kerongkong..ada bait ayat yang kadangkala tak mampu nak dihabiskan rita....

Ayat yang paling aku ingat waktu tu,rita berkata "Allah memilih aku untuk memalui dugaan ni,dan aku harus redha.."..masa tu,aku plak yang rasa sebak...kenapa cinta mereka berdua dihalang dengan halangan yang cukup besar...mereka berniat baik,nak dirikan masjid,tapi Allah masih tak benarkan masjid tu dibina waktu tu...why she?why he?..

Mark langsung tak kol aku sejak tu.aku paham,mark terlalu sedih...penolakkan ni umpama menerangkan padanya pandangan masyarakat malaysia terhadap orang luar sepertinya...mark brtindak berdiam diri...

Aku tak berani nak kol mark atau rita.aku takut kalau2 kata2 aku akan mungkin menyakitkan hati diorang berdua...tapi rita selalu kol aku dan update cerita terbaru...mcm2 cara yang mark n rita buat untuk menjadikan impian mereka jadi realiti,termasuk memujuk mak ayah rita,merapatkan hubungan mak ayah rita dengan mark....ajak mark join aktiviti keluarga rita.....tapi tetap tak dapat mengubah pendirian mak ayah rita "mark tak akan mampu menyara,membahagiakan anak mereka".

Benda ni berlarutan hingga 4 tahun..aku tak tau nak buat apa...sebagai 'saksi' cerita ni,aku sepatutnya boleh buat sesuatu untuk tolong mereka berdua...tp aku memilih hanya untuk menjadi 'saksi' jek...aku ada reason aku sendiri....aku taknak jadi penghalang hubungan antara rita dengan mak ayah rita..aku kenal mak ayah rita,walaupun perkahwinan ni dihalang,tapi aku percaya,mak ayah rita tak buat keputusan ini dengan melulu...gerak hati mak ayah adalah anugerah Allah yang sangt istimewa...jadi,aku hanya menjadi pemerhati,dengan harapan gerak hati mak ayah rita finally ada kebaikannya....amin

Selepas 2 tahun tak berjumpa mark,satu petang di hari rabu,aku dapat kol dari rita,mark kemalangan dan berada di ICU.....

Aku terkejut,sangt terkejut....aku yakin rita lagi terkejut dengan berita ni...

Sambung ke siri yang ke 3....Saksi (part 3)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment